TERAS mengutuk keras serangan keganasan Israel ke atas penduduk Palestin di Gaza. Serangan yang tidak berperi kemanusiaan itu telah mengorbankan 200 orang dan ratusan lagi tercedera. Malah kesan daripada serangan ini bukan sahaja mempengaruhi keadaan semasa di Gaza tetapi dalam jangka masa panjang juga kerana banyak kemudahan awam seperti hospital,air dan elektrik telah musnah dalam serangan tersebut.
TERAS dengan ini mendesak agar bantuan ketenteraan daripada Negara-negara Islam segera dihantaruntuk melindungi rakyat Gaza daripada keganasan Israel. OIC mesti segar bersidang untuk melaksanakan kerahan bantuan ketenteraan ini.
TERAS juga menyeru umat Islam seluruh Negara mengadakan dan solat hajat dan demonstrasi di semua masjid bagi menyatakan bantahan keras terhadap serangan ini. Umat Islam di Malaysia mesti menegaskan pendirian terhadap Negara pengganas Israel yang didalangi Amerika Syarikat. Untuk itu umat Islam mesti memperharui serta mempertajam kempen boikot terhadap produk Amerika da Israel.
TERAS juga mengesa supaya semua kerajaan Negara Islam memutuskan hubungan diplomatik dengan Amerika yang menghalalkan tindakan Israel di Gaza.
Mohd Azmi Abdul Hamid
Presiden TERAS
Tinggalkan Jawapan