PENDIRIAN TERAS PENGUPAYAAN MELAYU (TERAS) TERHADAP ISU KEPUTUSAN SULTAN PERAK MEMBENARKAN BN MENGAMBIL ALIH KERAJAAN – PILIHANRAYA KECIL ATAU PILHANRAYA NEGERI SEPATUTNYA DIADAKAN.

TERAS mengambil pendirian bahawa keputusan Sultan Perak untuk tidak membubarkan Dewan Undangan negeri Perak serta terus membenarkan perampasan kerajaan negeri dengan tidak melalui proses usul tidak percaya di Dewan adalah prisiden yang salah yang bakal membawa petaka besar kepada politik Negara.

Dengan cara empat orang wakil rakyat beraleh pendirian dan mengisitiharkan diri sebagai wakil bebas bukan sahaja merendahkan intergriti peribadi mereka yang terlibat malah menghumban keluar prinsip politik beramanah kepada rakyat yang cuba ditegakkan di Negara ini.

Negara kini berada diambang politik jual-beli dan tawar-menawar yang sangat merbahaya sehingga kedudukan mana-mana kerajaan yang dipileh rakyat dalam pilihanraya boleh berubah hanya  dengan wakil rakyat melompat keluar parti. Siapa yang dapat menjamin wakil rakyat yang sedia ada tidak akan  berpaling tadah dari parti masing-masing selepas ini walaupun berjanji didepan Sultan?

Adakah benar secara moral wakil rakyat berhak berbuat demikian tanpa samasekali merujuk kepada kehendak pengundi yang telah memileh mereka berasaskan parti yang diwakilinya? Kami mempersoalkan apakah sebuah kerajaan boleh dibentuk  hanya dengan berasaskan majoriti sokongan dalam dewan tanpa mengambilkira suara majoriti dari pengundi diluar dewan yang telah mengumpulkan  suara mereka dalam pilihanraya ?

Dalam soal isu perampasan kuasa kerajaan Pakatan Perak oleh BN melalui cara ini nampaknya telah dibenarkan oleh Sultan Perak. Prisiden ini akan mendedahkan seluruh politik Perak dalam keadaan sangat tidak menentu kerana Sultan Perak hanya bergantung kepada satu faktor semata-mata iaitu bilangan majoriti wakil rakyat yang sangat tipis dikatakan berada ditangan BN. Mungkinkah Sultan Perak sanggup melalui proses yang sama dan membuat keputusan yang sama bila 2 orang wakil rakyat yang kini terkait  dalam kes rasuah gugur jawatan mereka  jika didapati bersalah  manakala seorang lagi tidak menyokong BN dalam dewan ?

Bagaimanapun BN melalui Najib sebagai Pengerusi BN dan UMNO di Perak telah menunjukkan ada kelebihan angka sokongan wakil rakyat kepada Sultan , baginda tidak seharusnya dengan mudah mengenepikan proses perundangan didalam Dewan Undangan Negeri yang memerlukan usul undi tidak percaya diluluskan terlebih dahulu. Setidaknya hal ini sepatutnya dipertimbangkan oleh Sultan.

Rakyat kecewa dan memendam rasa bila keputusan Raja tidak menunjukkan sikap yang adil terhadap pertelengkahan rakyat jelata. Memang betul Raja mempunyai kuasa , namun rakyat telah mendaulatkan Raja dengan penuh muafakat bahawa tatkala berlaku persengketaan maka keputusan yang berasaskan Perlembagaan jualah yang akan dirujuk oleh Raja.

Apakah rakyat yang sudah melalui pelbagai pengelaman bernegara tidak memahami segala aturcara dan bidangkuasa yang dihadkan oleh undang-undang bagi setiap institusi termasuk institusi Istana? Tidak munasabah setelah 51 tahun merdeka rakyat maseh hendak diperlakukan sebagai hamba rakyat yang naïf dan hanya menjadi pacal hina dan hanya mengikut arahan tanpa soal .

Sementara kami menerima hakikat Raja Berpelembagaan maseh memberi kesitimewaan kepada Raja-raja  dalam membuat keputusan , namun bukankah berdaulatnya Raja juga adalah dari rakyat yang menjunjungnya . Tidakkah urusan memerintah dengan cara membahagi kuasa kerajaan melalui pilihanraya bagi menentukan pemegang kuasa legisltaif , kuasa eksekutif dan kuasa kehakiman terletak kepada hasil dari sebuah proses pilihanraya merupakan sistem yang diipersetujui oleh para Raja sendiri.

Kini dengan keputusan yang dibuat oleh Sultan Perak , rakyat bukan sahaja terkejut dan sangat kecewa akan tetapi telah melontarkan negeri ke dalam amalan  politik yang tidak sihat disamping mencetuskan krisis perlembagaan yang serius.

TERAS dengan yang demikian merayu agar Sultan Perak memperbetulkan kesilapan yang telah dibuat. Ini adalah semata-mata untuk kebaikan dan nama baik institusi Raja-raja.  Suara rakyat perlu dipertimbang dan dihormati serta mandat baru dari rakyat sahajalah yang paling wajar diutamakan untuk memileh kerajaan yang mereka mahu.

Mohd Azmi Abdul Hamid

Presiden TERAS Pengupayaan Melayu

6 hb Februari 2009


Advertisements
Perihal

TERAS PENGUPAYAAN MELAYU, sebuah badan bukan kerajaan yang memperjuangkan agenda melayu

Dikirim dalam Minda Presiden
One comment on “PENDIRIAN TERAS PENGUPAYAAN MELAYU (TERAS) TERHADAP ISU KEPUTUSAN SULTAN PERAK MEMBENARKAN BN MENGAMBIL ALIH KERAJAAN – PILIHANRAYA KECIL ATAU PILHANRAYA NEGERI SEPATUTNYA DIADAKAN.
  1. orang minyak berkata:

    Hina besi kerana karat, Hina raja kerana rakyat mendaulat pikir-pikirkan lah kata-kata ini.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Perhubungan TERAS

Bagi mendapatkan maklumat lebih lanjut mengenai TERAS Pengupayaan Melayu (TERAS), sila hubungi:

Salman Siddiqiy (019-4013782)
Cikgu Azmi (019-4744856)
Tarmizi (017-5606131)

KELAS BAHASA ARAB
(selangkah memahami al-Quran dan As-sunnah)
Di Kiosk Palestin, Sungai Petani
Hubungi : Ustaz Salman 019-4013782

laman utama
Jumlah Pengunjung
  • 335,922 hits
Kalendar
Februari 2009
I S R K J S A
« Jan   Mac »
 1
2345678
9101112131415
16171819202122
232425262728  
%d bloggers like this: