Rasuah dalam atau luar Parti tidak boleh dikompromi

TERAS mengambil perhatian serius terhadap gejala Rasuah yang maseh belum menunjukkan penurunan , baik dalam parti politik mahupun dalam kerajaan.

Sementara pencegahannya sedang cuba di ambil dengan pelbagai tindakan dalam dan luar parti namun yang jelas sudah nampak betapa amalan ini kian menjadi suatu budaya yang sangat sukar dikikis.

Walaupun hujah pelbagai pihak mengutarakan bahawa pencegahannya sangat bergantung kepada persoalan individu masing-masing namun yang jika ujud ketidakyakinan awam bahawa gejala ini tidak dapat diatasi dengan sistem dan pemerintahahn yang ada , maka suatu perubahan drastik perlu dilakukan segera. Ini termasuk mendakwa kepimpinan yang berkaitan melalui kuasa undang-undang dan kuasa undi.

Kini jelas perebutan kuasa dan kedudukan dalam parti terutama parti yang mempunyai kuasa sangat meruncing sehingga segala perubahan yang dicanang akan dilakukan , tidak berupaya lagi mengembalikan keyakinan rakyat.

TERAS melihat ini bukan sahaja soal persepsi malah ia sudah menjadi suatu realiti yang tidak boleh disanggah.

Tindakan Lembaga Disiplin UMNO yang telah memutuskan mereka yang didapati bersalah kerana terlibat dengan rasuah namun dihukum dengan pelbagai cara yang kelihatan tidak adil , tidak akan meredakan gejala rasuah ini.

Tidakkah sudah lebih 900 aduan disampaikan kepada Lembaga Disiplin sejak kempen untuk pemilihan UMNO dilancarkan .

Walaupun mungkin ada asas atau tidak dalam setiap aduan itu , namun yang jelas dan nyata ialah gejala rasuah dalam UMNO semakin meningkat dan calon yang ghairah untuk bertanding mencari ruang untuk memancing undi dari perwakilan dengan pelbagai cara termasuk melalui politik wang.

Soalnya , bagi TERAS yang aneh ialah bagi kes-kes yang disiasat , hanya dijatuhkan hukuman yang berkaitan dengan keahlian UMNO sahaja iaitu semada digantung , dilarang bertanding , diberi amaran atau dipecat. Sedangkan dalam kontaks perjawatannya dalam kerajaan tidak pula diambil tindakan.

TERAS berpendapat ini tidak akan menyelesaikan masalah lantaran kepimpinan UMNO yang banyak menerajui jawatan penting dalam kerajaan akan turut menjejaskan keyakinan rakyat terhadap kerajaan itu sendiri.

Apakah rasuah yang dilakukan dalam UMNO tidak ada kena mengena dengan rasuah yang dilakukan dalam kerajaan.? TERAS tidak mungkin dapat menerima ujudnya perbezaan hukuman antara rasuah yang dilakukan dalam parti dan diluar parti.

Sepatutnya Jenayah yang dilakukan tidak kira dalam parti atau luar parti adalah sama. Apatahlagi jika ia dilakukan oleh mereka yang berjawatan tinggi.

TERAS mendesak agar semua kepimpinan dalam mana-mana parti yang terlibat dengan rasuah hendaklah digugurkan dari jawatan kerajaan.

Kami melihat bahawa perlu ada pendirian yang konsisten dalam hal rasuah lantaran kepimpinan pada peringkat apapun tidak boleh dikecualikan dari dihukum oleh undang-undang Negara hanya kerana dia telah diambil tindakan oleh parti semata-mata.

Mohd Azmi Abdul Hamid
Presiden TERAS

Advertisements
Perihal

TERAS PENGUPAYAAN MELAYU, sebuah badan bukan kerajaan yang memperjuangkan agenda melayu

Dikirim dalam Minda Presiden

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Perhubungan TERAS

Bagi mendapatkan maklumat lebih lanjut mengenai TERAS Pengupayaan Melayu (TERAS), sila hubungi:

Salman Siddiqiy (019-4013782)
Cikgu Azmi (019-4744856)
Tarmizi (017-5606131)

KELAS BAHASA ARAB
(selangkah memahami al-Quran dan As-sunnah)
Di Kiosk Palestin, Sungai Petani
Hubungi : Ustaz Salman 019-4013782

laman utama
Jumlah Pengunjung
  • 330,991 hits
Kalendar
Mac 2009
I S R K J S A
« Feb   Apr »
 1
2345678
9101112131415
16171819202122
23242526272829
3031  
%d bloggers like this: