Akhbar Harakah dan Suara Keadilan digantung-membayangkan pendirian Najib bila ambil kuasa

TERAS menyatakan bantahan keras terhadap tindakan pengantunggan Harakah dan Suara Keadiaan oleh pihak KDN .

Sementara surat yang dihantar kepada kedua akhbar itu tidak memberi alasan apa-apa , ternyata Menteri KDN Datuk Seri Syed Hamid AlBabar tidak dapat berselindung lagi , bahawa berita yang didedahkan oleh kedua akhbar tersebut telah mengancam kepentingan pihak yang terlibat.
TERAS tidak nampak kenapa tindakan ini perlu diambil secara autokratik sedangkan pihak kerajaan mempunyai saluran membawa pengurusan akhbar tersebut ke muka pengadilan jika benar apa yang didedahkan menyalahai undang-undang.
Jelas hanya beberapa hari sahaja Najib akan mengambilalih kuasa , tindakan ini menunjukkan bahawa beliau ingin bertindak melampau dari polisi terbuka yang diambil sedikit sebanyak oleh Pak Lah .

Tindakan membiarkan pihak polis bertindak keras kepada perarakan 100,000 rakyat yang membantah PPSMI pada 7 hb Mac 2009 yang lalu dan juga terhadap ceramah-ceramah yang ingin dianjurkan oleh pihak Pakatan Rakyat membanyangkan Negara akan berada di bawah pemerintahan yang akan beralih kepada sifat autokratik dan bukan demokrasi murni.
TERAS melihat tindakan menggantung dua akhbar tersebut adalah tindakan politik bukan tindakan peraturan seperti yang cuba diketengahkan.

Kami dengan itu mengesa rakyat agar Negara ini jangan dibiarkan dicampak ke dalam era pemerintahan kuku besi hanya kerana pihak kerajaan sedia ada tidak mahu kehilangan kuasa.

Jika setelah 52 tahun merdeka pihak kerajaan maseh merassa rakyat belum mampu berfikir secara matang dari segi menilai maklumat maka nyata kerajaan UMNO/BN sudah tidak mempunyai kredibiliti lagi untuk memerintah.

Mohd Azmi Abdul Hamid
Presiden TERAS

Advertisements
Perihal

TERAS PENGUPAYAAN MELAYU, sebuah badan bukan kerajaan yang memperjuangkan agenda melayu

Dikirim dalam Minda Presiden

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Perhubungan TERAS

Bagi mendapatkan maklumat lebih lanjut mengenai TERAS Pengupayaan Melayu (TERAS), sila hubungi:

Salman Siddiqiy (019-4013782)
Cikgu Azmi (019-4744856)
Tarmizi (017-5606131)

KELAS BAHASA ARAB
(selangkah memahami al-Quran dan As-sunnah)
Di Kiosk Palestin, Sungai Petani
Hubungi : Ustaz Salman 019-4013782

laman utama
Jumlah Pengunjung
  • 323,883 hits
Kalendar
Mac 2009
M T W T F S S
« Feb   Apr »
 1
2345678
9101112131415
16171819202122
23242526272829
3031  
%d bloggers like this: