Survival UMNO sebenarnya survival pemimpin-pemimpin UMNO

Bagi TERAS pada hakikatnya pernyataan survival UMNO sedang dipertaruhkan sebenarnya adalah survival pemimpin-pemimpin UMNO itu sendiri . Bukan survival parti , atau ahli , jauh sekali survival bangsa.

TERAS berpendapat dengan ketiadaan arahtuju keIslaman yang jelas dalam UMNO sejak ia telah dijangkiti penyakit politik wang , skandal dan mengambil kesempatan untuk melonggok kekayaan ia pasti akan  mencipta dan melakar sejarah sebagai parti yang gagal untuk menyelamatkan bangsa Melayu.

Lipatan sejarah UMNO sudah sarat dengan episod perebutan kuasa dan jawatan  , cantas-mencantas dan fitnah-menfitnah.

Tanpa landasan Islam yang jelas TERAS tidak nampak UMNO dapat dipulih kerana sejak ia dijadi parti untuk melabur dan meraih dividen dan laba , pasti sejarahnya akan terus kekal sebagai wadah yang telah merosakkan anak bangsa.
Bila Najib berkata “Hakikatnya, Umno masih disayangi oleh orang-orang Melayu.” bukanlah suatu kenyataan yang benar . Malah  UMNO yang telah memporakperandakan bangsa Melayu dengan pelbagai isu seperti SAR , PPSMI , Tanah Rizab Melayu , meritokrasi , pencemaran budaya adalah antara dosa besar UMNO yang menjadi sebab kenapa orang Melayu tidak lagi boleh memberi kepercayaan kepada UMNO untuk memimpin bangsa.

Aneh setelah sekian banyak pengkhianatan terhadap bangsa Melayu yang telah dilakukan oleh pemimpin-pemimpin UMNO baru kini dinasihatkan agar  kembali merujuk kepada agama . Pernyataan Najib bahawa “Sebagai orang Islam, dalam menghadapi kemelut dan pelbagai cabaran, eloklah kita kembali merujuk kepada ajaran agama,”. adalah sangat janggal kerana landasan agama bukan prioriti bagi pemimpin-pemimpin UMNO. Yang menjadi keutamaan mereka ialah tetap soal jawatan , kesempatan meraih kesenangan dan menyekat sebarang pihak yang mahu mengambil tempat mereka yang selesa itu.

TERAS mempersoalkan jika benar yang sedang dipertaruhkan ialah survival Umno itu sendiri kenapa pemimpin-pemimpin UMNO terus bersikap angkuh terhadap kemarahan rakyat dan bangsa Melayu bila mereka bangkit menentang PPSMI. Jika benar survival UMNO yang menjadi isu besar kenapa peneraju UMNO maseh terus tidak mengendahkan teguran ulama yang mengingatkan mereka bahawa hanya dengan  melaksanakan Islam secara menyeluruh sahaja akan menyelamatkan bangsa..
Juga aneh bila Najib meminta perwakilan pemuda , wanita dan puteri menerima realiti kekalahan dalam PRU ke 12  , namun dalam masa yang sama UMNO/BN melalui inisiatif beliau  terus melaksanakan taktir kotor merampas kerajaan Perak dengan cara yang sangat jelek.

Disamping itu UMNO menggunakan pendekatan menafikan hak rakyat 5 kerajaan negeri Pakatan Rakyat untuk tidak membenarkan pegawai kerajaan pusat memberi kerjasama penuh kepada kerajaan negeri tersebut.

Hakikatnya UMNO maseh tidak tahu bagaimana hendak berperangai sebagai pembangkang walaupun kalah.
Mohd Azmi Abdul Hamid

Presiden TERAS

Perihal

TERAS PENGUPAYAAN MELAYU, sebuah badan bukan kerajaan yang memperjuangkan agenda melayu

Dikirim dalam Minda Presiden
3 comments on “Survival UMNO sebenarnya survival pemimpin-pemimpin UMNO
  1. Amran berkata:

    Tepat sekali. Pemimpin umno terpaksa membuat bermacam cara dan menggunakan appratus kerajaan demi mempertahankan kuasa dan kedudukan mereka. Korupsi dan politik wang adalah salah satu cara bagi mereka mempertahankan dan merebut kedudukan. Sikap dan cara laku begini telah bukan saja merosakkan ekonomi negara malah memburukkan imej melayu dan Islam sendiri.

  2. Kalam Perak berkata:

    Tuan,

    Memang benar apa yang tuan katakan itu. “Kembali kepada Islam” itulah retorika UMNO dulu,kini dan selamanya, memperkosa Islam untuk kepentingan kedudukan dan kekuasaan.

    Begitu juga retorika ” mempertahankan institusi raja-raja” yang mereka rogol setiap kali ianya boleh dikudakan oleh mereka untuk kepentinganpolitik dan peribadi mereka.

    UMNO sudah tidak ada nilainya kepada orang Melayu, apatah lagi orang Islam. UMNO lah perosak, bangsa dan agama, penindas dan penzalim kepada rakyat jelata.

    Kalam Perak

  3. chomelwangi & hubby berkata:

    Yang peliknya amno perasan yang mereka tu orang baik-baik. Tiap-tiap tahun tempelak Dato Seri Anwar. Buka mulut saja kutuk mengutuk dan sindir menyindir. Dengan cara pemimpin-pemimpin amno begitu secara tak langsung memerangsangkan kita untuk tolak pemimpin-pemimpin amno habis habisan.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Perhubungan TERAS

Bagi mendapatkan maklumat lebih lanjut mengenai TERAS Pengupayaan Melayu (TERAS), sila hubungi:

Salman Siddiqiy (019-4013782)
Cikgu Azmi (019-4744856)
Tarmizi (017-5606131)

KELAS BAHASA ARAB
(selangkah memahami al-Quran dan As-sunnah)
Di Kiosk Palestin, Sungai Petani
Hubungi : Ustaz Salman 019-4013782

laman utama
Jumlah Pengunjung
  • 318,138 hits
Kalendar
Mac 2009
M T W T F S S
« Feb   Apr »
 1
2345678
9101112131415
16171819202122
23242526272829
3031  
%d bloggers like this: