Nasihat kami kepada UMNO untuk kesekian kalinya – kembalilah kepada Islam

Kenyataan Media TERAS

27hb Mac 2009

NASIHAT KAMI KEPADA UMNO UNTUK KESEKIAN KALINYA – KEMBALILAH KEPADA ISLAM SEUTUHNYA

Apabila pemilihan dalam persidangan UMNO ke 58 selesai kelmarin , kami dapati bahawa lebih banyak persoalan dari penyelesaian yang dapat diharapkan.

Bagi TERAS bukan soal kaedah pemilihan serta had  tempoh perjawatan yang menjadi inti kepada kemelut dalam UMNO yang harus ditumpukan.

Apa yang lebih mendasar ialah adakah barisan pemimpin UMNO yang baru ini benar-benar  mahu berganjak dari sebuah parti politik asobiyyah secular kepada parti berteraskan Islam .,atau  mahu  meletakkan secara murni perjuangan Alif , Ba ,Ta ( agama , bangsa dan tanah air) serta mahu kembali kepada Islam sebagai teras dan dasar perjuangan.

Selain ucapan bekas Presiden , Bekas Ketua Pemuda , bekas Ketua Wanita dan bekas Ketua Puteri dalam perisdangan ke 58 itu  , rakyat tidak dapat menghindari dari mengikuti juga ucapan dari perwakilan yang membahaskan ucapan-ucapan ketua mereka

Yang jelas dari kecaman yang bercampur emosi yang berapi-api untuk menentang musuh politik , ternyata  maseh belum ada pernyataan dari perwakilan  yang bersungguh untuk bermuhasabah diri dan merubah diri.

Ertinya hajat bekas Presiden itu bagaikan harapan angin panas yang dicurah air dingin dan akan diketepikan begitu sahaja.

Sementara TERAS berpendapat memang ucapan dasar itu sudah diperkira paling pedas untuk menegur ahli-ahli UMNO supaya jangan hanya melihat musuh sebagai penyebab kekalahan di medan PRU ke 12 , akan tetapi , nampaknya ada ahli yang maseh meneruskan ciri keangkuhan , tidak mahu merubah kerana sedemikian yakin bahawa UMNO itu berkuasa dan tidak mungkin salah..

Lantaran itu pemimpin yang menang tetap akan meneruskan fe’el dan tabiat order lama untuk mengguna kuasa semahunya asalkan  kuasa terus dikekalkan ditangan UMNO.

TERAS melihat sikap dan cara berfikir yang serupa inilah yang menjadi sebab utama ramai orang Melayu di kalangan generasi muda yang sudah tidak berminat dengan UMNO lagi , malah tidak lagi melihat UMNO sebagai wadah yang boleh membela bangsa Melayu.

Sudah banyak yang cuba dilakukan oleh Presiden UMNO sebelumnya yang telah mengeluarkan air mata di hujung kuasanya tetapi ternyata terpaksa mengakui bahawa beliau gagal. Kini bekas Presiden ke 5 itu juga ada menyebut kegagalannya merubah UMNO seperti yang diharapkan.

Bagi TERAS gagal adalah kerana pemimpin-pemimpin Melayu UMNO terus meremeh teguran rakyat dan terus menuding bahawa semua kritikan rakyat adalah dari hasutan pembangkang.

Tidak dapat disembunyikan juga bahawa rakyat maseh melihat UMNO tidak boleh dipulihkan ketika mana ada unsur politik wang yang semacam menyebati dalam UMNO.

Hasilnya , ketika orang yang diharapkan rakyat itu yang sepatutnya  dipileh , namun sebaliknya ditolak  , akan tetapi orang yang ditolak oleh rakyat  namun itu pula yang dipileh.. Inilah kekecewaan yang dirasai oleh rakyat.

Bagi TERAS inilah yang menyebabkan bahawa hayat UMNO akan hanya dapat dipanjangkan jika Islam menempati kedudukan yang paling sentral dalam perjuangan parti itu. Bukan sahaja dari segi lafaz dan tulisan dalam perlembagaan parti itu malah dalam seluruh pemikiran , sikap , pendirian dan penghayatan keperibadian setiap ahli dan pemimpin UMNO.

Kami tidak dapat melihat kemungkinan UMNO akan boleh survive jika watak dan sikap hipokrit  pemimpin-pemimpin yang dipileh tidak dibenteras dan tarbiyyah Islamiyyah dipupuk serta dasar Islam benar-benar menguasai seluruh gerakerja UMNO di semua peringkat..

Maka untuk kesekian kalinya , kami tidak nampak seruan yang lain dari menyeru semua pemimpin-pemimpin UMNO agar kembali kepada Islam seutuhnya. Jika UMNO mahu terus survive dikacamata bangsa Melayu , hanya dengan meleburkan diri dalam Islam sahaja akan boleh melanjutkan usia UMNO dalam sejarah Negara.

Jika tidak ,  selayaknya disiapkan sahaja kain kafan dan keranda untuk rakyat mengadakan upaca pengkebumian UMNO.

Mohd Azmi Abdul Hamid

Presiden TERAS

Advertisements
Perihal

TERAS PENGUPAYAAN MELAYU, sebuah badan bukan kerajaan yang memperjuangkan agenda melayu

Dikirim dalam Minda Presiden
2 comments on “Nasihat kami kepada UMNO untuk kesekian kalinya – kembalilah kepada Islam
  1. anne says:

    salam,
    Apa yang berubah dalam Perhimpunan UMNO? Sama saja..muka Abdullah ditukar pada muka Najib..Muka Najib ditukar pada muka Muhyiddin…dan muka-muka lainpun bertukar…hanya pertukaran wajah..macam cosmetics change….polisinya sama sahaja…UMNO TETAP UMNO..dan memburukkan keadaan bila Khairy yang telah jelas langgar etika parti dan didapati bersalah oleh J.Kuasa Disiplin UMNO sendiri kerana ada elemen rasuah diangkat menjadi Ketua Pemuda..bagage!

    Kalau PAKATAN yang dakwa dan bicarakan Khairy, mungkin rakyat kurang percaya ada kes tetapi apa yang berlaku adalah UMNO sendiri yang dakwa dan bicarakan Khairy!

    Apa prinsip yang berubah? Mungkin UMNO tidak mahu belajar dari perumpamaan ‘Sekali air bah, sekali pantai berubah kerana UMNO tidak akan berubah dan rakyat terpaksa mengubahnya pada PRU13! Tiada pilihan lain melainkan rakyat menolak ungkapan retorik UMNO kerana rakyat hari ini melihat dunia dengan penuh realiti dan bukan mimpi UMNO lagi.

  2. kekacang says:

    Mampukah UMNO berubah? Tidaklah salah memberi nasihat dan cadangan, itulah ciri golongan yang beruntung. Tetapi persoalannya mampukah UMNO berubah.
    Sekiranya dianalisis kepimpinan tertinggi sehinggalah ke JKKK Kampung, semuanya berkiblatkan RM. Tiada RM tiadalah berguna, itu kamus UMNO.
    Kepimpinan baru yang naik bukan kerana kredibiliti kepimpinan tetapi kerana mampu menjanjikan RM yang banyak kepada para penyokong. Itulah watak UMNO.
    Lebih baik kerja dakwah kepada golongan yang ingin menyokong dan berminat. Sejarah membuktikan kumpulan dakwah iaitu ABIM hanya menjadi kuda tunggangan UMNO sahaja. Akhirnya prinsip dan jati diri tergadai, ahli yang ada lebih cenderung kepada RM. Budaya UMNO meresap ke dalam jemaah. Ahli yang dicop agresif kemudiannya dipinggirkan. Ini semua budaya UMNO.
    Sekiranya ingin berjaya, jalan – jalan Rasulullah mesti diikuti bukan semata mengikut kepentingan syura yang mempunyai agenda pribadi. Wallahu a’lam

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Perhubungan TERAS

Bagi mendapatkan maklumat lebih lanjut mengenai TERAS Pengupayaan Melayu (TERAS), sila hubungi:

Salman Siddiqiy (019-4013782)
Cikgu Azmi (019-4744856)
Tarmizi (017-5606131)

KELAS BAHASA ARAB
(selangkah memahami al-Quran dan As-sunnah)
Di Kiosk Palestin, Sungai Petani
Hubungi : Ustaz Salman 019-4013782

laman utama
Jumlah Pengunjung
  • 323,883 hits
Kalendar
Mac 2009
M T W T F S S
« Feb   Apr »
 1
2345678
9101112131415
16171819202122
23242526272829
3031  
%d bloggers like this: