Rakyat Berdaulat dan kabinet yang tidak membayangkan aspirasi rakyat

PENDIRIAN TERHADAP KEPUTUSAN PRK

TERAS  merumuskan bahawa kemenangan Pakatan Rakyat dalam PRK di Bukit Selambau dan Bukit Gantang adalah suara jelas yang menegaskan bahawa suara rakyat adalah suara berdaulat.

Seperti biasa kempen agresif Barisan Nasional  telah mengguna seluruh agensi awam yang tidak seharusnya dibenarkan oleh pihak SPR. Namun rakyat dengan jelas menolak kegelojohan kempen BN yang telah memperkosa kemurnian demokrasi itu sendiri.

Media kerajaan yang merupakan media yang dibiaya oleh wang rakyat telah diguna sewenang-wenangnya oleh BN sehingga tidak segan silu melontar mesej yang keliru dan penuh kepalsuan  ,  hanya kerana ingin menyakinkan rakyat untuk memileh BN.

Demikian pula kempen yang menggunakan kaedah yang sudah ditolak rakyat iaitu dengan mengistiiharkan peruntukan-peruntukan pembangunan  serta mengguna premis kerajaan dengan sewenangnya . Penggunaan premis dan jentera agensi awam  atas nama majlis “resmi” dan memanggil pegawai-pegawai kerajaan untuk mendengar “taklimat khas’ atau menyambut menteri adalah antara pendekatan yang tidak lagi asing oleh jentera BN.

Walau  apapun , TERAS melihat bahawa PRK di kedua-dua kawasan pilihanraya tersebut telah menghantar mesej yang cukup jelas. Betapa rakyat tidak lagi dapat menerima pendekatan politik terdesak yang sering ditunjuk oleh BN ketika bersaing dengan pihak lawan.

TERAS kesal dengan kedangkalan politik yang ditunjukkan oleh pihak BN yang belum mempamirkan kedewasaan dalam berpolitik selain dari mengguna seluruh kuasa untuk menyekat pihak lain dari dapat menyampaikan mesej melalui media awam  .

Setelah 12 kali rakyat melalui pilihanraya, yang nyata politik ugut dan politik “mee segera” maseh diamalkan oleh BN. TERAS berpendapat ini bukan sahaja menunjukkan pemikiran politik BN  jauh ketinggalan malah  tidak membantu untuk menunjukkan teladan yang baik untuk generasi muda yang bakal mengambil tempat menerajui kepimpinan Negara.

Mesej yang jelas bagi TERAS dalam PRK kali ini ialah betapapun BN mengguna seluruh kekuatan jenteranya termasuk agensi awam yang sebenarnya menyalahi peraturan  , akan tetapi nampaknya rakyat boleh menilai dan boleh membuat pilihan mengikut penilaian mereka sendiri.

Soalnya kenapa kali ini tiba-tiba pihak polis pula yang banyak membuat syarat untuk parti-parti politik yang bersaing . Tidak membenarkan sesiapa  menyentuh kes Altantuya dan isu kedaulatan Raja-raja yang dikeluarkan oleh polis  nampak sangat janggal ditengah-tengah minggu kempen .

Ini belum termaksud peritiswa di Taman Ria Sg.Petani dua hari sebelum penamaan calon yang menunjukkan tindakan yang brutal oleh pihak keselamatan yang menambah lagi kemarahan rakyat betapa mereka yang berkuasa sudah hilang kewarasan untuk membendung kebangkitan rakyat.

Malang hanya setelah amarah rakyat  memuncak barulah kerajaan cuba menggunakan pendekatan lebih lembut yang akhirnya hanya dilihat sebagai gimik murahan oleh rakyat sendiri.

Setelah rakyat disembur dengan “water canon” dan didera dengan gas pemedih mata , ditambah pula ada yang dikasari oleh pihak keselamatan dan diheret ke balai polis , pengumuman membebaskan 13 orang  tahanan  ISA dan menarik bali pengantungan Harakah dan Suara Keadilan di tengah-tengah PRK berlangsung tidak dapat menyakinkan rakyat mengenai kejujuran kerajaan. Malah ada yang maseh sangsi bahawa pihak kerajaan mahu berbaik-baik dengan rakyat melalui slogan “Mohon Restu Rakyat”!

KOMEN TERAS TERHADAP BARISAN KABINET.

TERAS berpendapat juga bahawa barisan Kabinet yang diistiharkan oleh PM baru , ternyata menerima reaksi yang tidak begitu positif oleh rakyat. Ini adalah disebabkan oleh pergelutan merebut jawatan yang maseh hangat berlaku dalam UMNO dan juga beberapa krisis yang terus dialami oleh MIC dan MCA  yang maseh mempengaruhi sentiment rakyat terhadap BN keseluruhannya.

Dengan seramai 28 Menteri dan 40 Timbalan Menteri  kombinasi mereka yang dilantik menimbulkan persoalan yang lebih banyak? TERAS melihat umumnya barisan Kabinet ini lebih merupakan penyusunan yang memenuhi kehendakkan komposisi dalam UMNO dan anggota BN yang lain , tidak berdasarkan merit kemampuan yang menyakinkan rakyat.

Sementara campurtangan  Tun Mahathir mahu tidak mahu adalah persepsi yang sukar untuk ditepis oleh PM , TERAS juga payah menerima kenapa bilangan Timbalan Menteri di tambah dengan sedemikian besar.

TERAS juga melihat kejanggalan status mereka  yang dilantik . Ada yang ditolak oleh rakyat dalam PR ke 12 maseh dilantik , dan ada pula yang tewas dalam pemilihan UMNO juga dilantik.

Namun yang lebih jelas lagi merit mereka yang dilantik tidak jelas bersandarkan latarbelakang yang tepat untuk menggalas tanggungjawab Kementerian yang diamanahkan.

Kekhuatiran TERAS ialah bila  bergabung  dua faktor  iaitu penolakan rakyat dengan ketiadaan merit seorang Menteri dan Timbalan Menteri dilantik ke suatu jawatan akan membawa Negara kepada ketidakpastian.

Mereka yang lama tetapi tidak kompiten lagi dengan muka baru yang tidak mempunyai kemampuan dari sudut keupayaan dan pengetahuan akan menjadikan barisan Kabinet ini  tidak layak digelar sebagai Kabinet Rakyat tetapi adalah Kabinet Balas Budi.

TERAS mengambil perhatian serius dengan krisis ekonomi yang kini akan menjadi lebih parah dalam masa terdekat  dan Negara sangat memerlukan barisan Kabinet yang menyakinkan.

Ternyata ransangan bajet yang diumumkan sebelum ini belum nampak memberi apa-apa kesan , TERAS khuatir barisan Kabinet yang tidak kompiten ini akan memburukkan lagi nasib rakyat.

Mohd Azmi Abdul Hamid

Advertisements
Perihal

TERAS PENGUPAYAAN MELAYU, sebuah badan bukan kerajaan yang memperjuangkan agenda melayu

Dikirim dalam Minda Presiden
One comment on “Rakyat Berdaulat dan kabinet yang tidak membayangkan aspirasi rakyat
  1. kekacang berkata:

    UMNO tidak akan berubah. Ini jelas menunjukkan kegilaan UMNO pada kuasa tanpa mengira kaedah kemenangan. UMNO sanggup menggunakan isu agama dan bangsa semata – mata untuk kemenangan. Apabila amanah telah diberikan, nescaya mereka akan mengkhianatinya. UMNO juga jelas menggunakan apa sahaja untuk memastikan kemenangan.
    Bagi rakyat yang masih mencintai keadilan dan kebenaran, perlu menolak UMNO. Mesej ini jelas, rakyat perlu ditarbiyyah dengan konsep kebenaran. bagi umat Islam perlu konsep Al Quran perlu didedahkan.
    Fahaman berasaskan asobiyyah perlu dilupuskan dari pemikiran umat. Konsep kebenaran perlu diangkat dan dijunjung.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Perhubungan TERAS

Bagi mendapatkan maklumat lebih lanjut mengenai TERAS Pengupayaan Melayu (TERAS), sila hubungi:

Salman Siddiqiy (019-4013782)
Cikgu Azmi (019-4744856)
Tarmizi (017-5606131)

KELAS BAHASA ARAB
(selangkah memahami al-Quran dan As-sunnah)
Di Kiosk Palestin, Sungai Petani
Hubungi : Ustaz Salman 019-4013782

laman utama
Jumlah Pengunjung
  • 335,330 hits
Kalendar
April 2009
I S R K J S A
« Mac   Mei »
 12345
6789101112
13141516171819
20212223242526
27282930  
%d bloggers like this: