Elak Islam jadi agenda politik – TERAS tidak bersetuju dengan Zahid

TERAS berpendirian bahawa tanggapan Datuk Seri Zahid Hamidi bahawa program memperkasakan Islam perlu dielak daripada menjadi satu agenda politik kerana ia dikatakan boleh mengundang perpecahan masyarakat (laporan UM 15/4/09) perlu diperbetulkan.

Sementara memang mengatasnamakan Islam untuk niat yang salah hendaklah dielakkan , namun meletakkan Islam sebagai agenda untuk memperbetulkan politik rasuah , penyalahgunaan kuasa , menafikan hak untuk mereka yang berhak , membersihkan politik dari penyelewengan , merubah undang-undang zalim dan membentaras amalan meindungi mereka yang bersalah adalah suatu yang wajar dan wajib keatas setiap Muslim.

Meletakkan Islam sebagai agenda untuk meluruskan politik dan kepolitikan negara pasti suatu yang perlu dan tidak boleh dihindari kerana hanya dengan Islam sahaja politik umat dapat diselamatkan dari kehancuran.

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, agama tidak harus menjadi tempat berselisih faham dan bersaing antara satu sama lain adalah benar. Akan tetapi ketika mana suatu pihak mahu menegakkan Islam melalui lisan dan perbuatan namun dihalang malah ditohmah dengan kecaman dan herdikan , sudah tentu akan menimbulkan reaksi balas bagi mereka yang mahu menjaga kesucian Islam. Perselisihan yang berlaku kini harus dilihat dalam konteks perbezaan untuk menegakkan Islam dan mengekalkan sistem yang sekular.

.

Apakah Zahid tidak mengambilkira apa yang dilakukan oleh pihak kerajaan selama ini  yang lebih selesa dengan fahaman liberal dan sekular  , yang telah menyebabkan ulama baik dari kalangan kerajaan mahupun bukan kerajaan , tidak menyokong apa yang dilakukan oleh pemerintah.?

Zahid  meyatakan biar berbeza fahaman politik, biar berbeza keadaan geopolitik tetapi agama Islam menjadi tempat kita mewujudkan kesatuan fikrah dan amal.

TERAS menyokong seruan untuk menyatukan umat Islam . Lantaran itu sikap dan pemikiran para pemimpin kerajaan yang terlalu ghairah untuk membenarkan yang salah dalam sistem yang ada sekarang hendaklah segera dihentikan. Teguran ulama perlu diber perhatian berat dan bersungguh-sungguh.

Jika dari satu segi kerajaan mengatakan mereka mahu mendengar pandangan ulama , namun di satu segi lain pula membenarkan program maksiat yang dianjur oleh suatu agensi kerajaan yang lain , akan menjadikan kata-kata Zahid itu hanya retorik kosong.

Jangan hanya dengan mengumpulkan ulama di dewan berhawa dingin dan menganjurkan majlis makan bersama ulama itu dianggap kerajaan telah menghormati ulama. Malah dengan pendekatan itu yang dilihat kadang-kadang hanya untuk mengambil hati ulama untuk menyokong kerajaan adalah lebih politik dari apa yang beliau katakana itu.

Apa yang umat kini sangat perlukan bukan hanya simbol dalam bentuk bangunan mewah seperti kompleks Islam yang dikatakan akan menempatkan semua agensi Islam di sebelah Masjid al-Mizan atau dikenali masjid besi di sini  bernilai RM400 juta .

TERAS berpendapat sudah cukup banyak kerajaan membazir wang hanya dengan membina bangunan-bangunan ratusan juta ringgit. Apa yang sepatutnya diberi perhatian ialah memastikan semua program Islamisasi masyarakat benar-benar dilaksanakan terutama dalam bentuk pembinaan kualiti manusia Muslim yang kini sudah terhakis jatidiri keIslamannya.

TERAS mengesa Menteri yang baru dilantik menganti beliau berganjak dari hanya melaksanakan program bersifat slogan yang kosmetik tetapi benar-benar melihat bagaimana perlaksanaan undang-undang Islam , pengukuhan penghayatan Islam yang menyeluruh dan meningkatkan kauliti dan fungsi semua agensi Islam berjalan dengan lebih baik dari yang ada sekarang.

Mohd Azmi Abdul Hamid

Presiden TERAS

Advertisements
Perihal

TERAS PENGUPAYAAN MELAYU, sebuah badan bukan kerajaan yang memperjuangkan agenda melayu

Dikirim dalam Minda Presiden

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Perhubungan TERAS

Bagi mendapatkan maklumat lebih lanjut mengenai TERAS Pengupayaan Melayu (TERAS), sila hubungi:

Salman Siddiqiy (019-4013782)
Cikgu Azmi (019-4744856)
Tarmizi (017-5606131)

KELAS BAHASA ARAB
(selangkah memahami al-Quran dan As-sunnah)
Di Kiosk Palestin, Sungai Petani
Hubungi : Ustaz Salman 019-4013782

laman utama
Jumlah Pengunjung
  • 324,687 hits
Kalendar
April 2009
M T W T F S S
« Mar   May »
 12345
6789101112
13141516171819
20212223242526
27282930  
%d bloggers like this: