BN wajar bagi laluan kepada Pakatan Rakyat (PR)

TERAS bersetuju agar PKR di beri laluan untuk mencalonkan ADUN Penanti tanpa perlu dipertandingkan dalam pliharankecil .

Berdasarkan sudah 4 pilihanraya kecil telah berlalu dalam tempoh satu tahun ( sedangkan 3 pilihanraya kecil baru sahaja selesai), TERAS berpendapat DUN Penanti tidak perlu menjadi rebutan kerana ia hanya satu DUN yang telah dilepaskan oleh Fairuz atas sebab yang berkait dengan kepentingan PKR.

Dengan meletak jawatan sebagai DUN Penanti , Fairuz hanya mahu agar PKR tidak terus dipersoalkan oleh rakyat . Lantaran itu maseh dalam kerangka demokrasi dan prinsip menjaga keyakinan rakyat maka keputusan beliau bukanlah suatu yang harus mengheretkan rakyat kepada kancah pilihanraya sekali lagi.

Walaupun ini adalah hak rakyat untuk menentukan semula wakil rakyat yang baru , akan tetapi jika yang terbaik untuk kepentingan negara secara makro perlu diambilkira maka menghabiskan ratusan ribu malah jutaan ringgit lagi wang awam untuk satulagi pilihanrayakecil dalam masa yang terlalu kerap , bagi TERAS adalah tidak wajar.

Sementara itu satu lagi plihanraya kecil yang bakal berlaku di Penanti tidak akan membawa banyak perbezaan dari segi bilangan kerusi di Pulau Pinang , maka untuk meneruskan pertandingan yang akan sekalilagi menumpukan seluruh tenaga dan sumber parti yang mahu tidak mahu akan menggunakan sumber yang banyak , akan membawa pembaziran yang sepatutnya perlu dielakkan.

Walapun ada yang berpendapat bahawa bagi mana-mana parti apatahlagi BN sebagai gabungan yang besar  perlu menunjukkan kemampuannya untuk menang atau menurunkan majoriti Pakatan Rakyat yang telah menguasai DUN ini pada plihanraya umum yang lalu , namun dalam pertimbangan yang lebih rasional , bukan masanya lagi untuk rakyat terlalu diheret kepada pertarungan pilihanraya  , dalam suasana negara sedang berhadapan dengan kemelesetan ekonomi yang serius.

Apakah tidak boleh untuk kesekiankalinya , kesepakatan antara parti-parti dicapai agar dalam tempoh yang terdekat ini biarlah seluruh tenaga ditumpukan kepada mengendalikan krisis ekonomi yang jika tidak diberi perhatian bersungguh bakal membawa kesan parah kepada seluruh rakyat.

TERAS akur betapa setiap parti mempunyai perhitungan sendiri untuk menunjukkan bahawa rakyat memileh parti berkenaan yang dijadikan modal politik untuk meyakinkan bahawa mereka berhak memerintah , namun seharusnya pertimbangan yang lebih besar perlu menjadi keutamaan.

TERAS juga cenderung untuk berpendapat bahawa suasana negara kini agak terlalu sarat dengan pertembungan dan perang politik yang menghabiskan masa dan tumpuan rakyat.

Sungguhpun kami akur bahawa penyelewengan politik perlu diperangi , akan tetapi hendaklah ia dilakukan dalam kerangka yang sihat , bukan dengan saling mengfitnah antara satu sama lain.

Oleh yang demikian kami menyarankan agar BN kali ini memberi laluan kepada PKR dan tumpuan penuh diberi untuk mengendalikan pembangunan dan kebajikan rakyat yang kini sedang berhadapan dengan keperitan hidup akibat krisis ekonomi yang berlaku.

Mohd Azmi Abdul Hamid

Presiden TERAS

Advertisements
Perihal

TERAS PENGUPAYAAN MELAYU, sebuah badan bukan kerajaan yang memperjuangkan agenda melayu

Dikirim dalam Minda Presiden

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Perhubungan TERAS

Bagi mendapatkan maklumat lebih lanjut mengenai TERAS Pengupayaan Melayu (TERAS), sila hubungi:

Salman Siddiqiy (019-4013782)
Cikgu Azmi (019-4744856)
Tarmizi (017-5606131)

KELAS BAHASA ARAB
(selangkah memahami al-Quran dan As-sunnah)
Di Kiosk Palestin, Sungai Petani
Hubungi : Ustaz Salman 019-4013782

laman utama
Jumlah Pengunjung
  • 335,330 hits
Kalendar
April 2009
I S R K J S A
« Mac   Mei »
 12345
6789101112
13141516171819
20212223242526
27282930  
%d bloggers like this: