SISTEM PENILAIAN PRESTASI PELAJAR HARUS BERDASARKAN SISTEM PENDIDIKAN YANG BERSEPADU

Pengumuman Tan Sri Mahyudin Menteri Pelajaran mengenai perubahan untuk tidak menilai pencapaian pelajar 100% berdasarkan pepersiksaan awam adalah dialu-alukan.

Sememangnya TERAS sudah lama menyuarakan bahawa pendidikan yang terlalu beroriantasi peperiksaan tidak akan menhasilkan kualiti pelajar yang diharapkan.

Lantaran prestasi dalam peperiksaan menjadi kriteria paling diutamakan oleh para guru maka terdapat sindrom sekolah-sekolah selalu dinilai berdasarkan prestasi pencapaian UPSR , PMR dan SPM , telah menyebabkan peperiksaan menjadi terlalu diutamakan oleh sistem pendidikan negara sejak beberapa tahun yang lalu.

Padahal dalam banyak forum mengenai pendidikan , keresahan mengenai kegagalan sistem yang ada melahirkan keperibadian pelajar yang seimbang dan menyeluruh telah sering diungkitkan.

TERAS menyambut rancangan pihak Kementerian tersebut. Akan tetapi TERAS juga berpendapat bahawa adalah sangat penting  untuk suatu penilaian yang menyeluruh dilakukan untuk meneliti hala tuju dan kerangka pendidikan dalam sistem yang sedang berjalan.

Tanda-tanda kepincangan bahawa pendidikan yang telah berjalan lebih dari 50 tahun di negara ini gagal membina pelajar secara menyeluruh perlu diteliti dengan mendalam .

Memandangkan bahawa pengertian pendidikan seperti yang diharapkan dalam Falsafah Pendidikan Negara maseh jauh dari yang diharapkan dari segi penterjemahannya dalam pengajaran dan pembelajaran (P dan P) maka kami mengesa supaya perombakan yang menyeluruh perlu dilakukan.

Kami menyeru supaya sebuah Suruhanjaya Khas diujudkan untuk menilai seluruh aspek pendidikan negara dari peringkat rendah hingga ke peringkat IPT.

TERAS juga berpendapat bahawa sangat penting Pendidikan Islam diberi perhatian khusus kerana dengan sistem pendidikan yang memisahkan pembelajaran dan pengajaran dari pendidikan Islam menyebabkan pendidikan yang ada berjalan sebagai sebuah sistem yang sekular.

TERAS mengesa sebuah usha yang serius dilaksanakan untuk melaksanakan pendidikan Islam merentas kurikulum. Konsep kurikulum bersepadu yang pernah diperkenal di awal 1990an hendaklah disegarkan kembali agar pelajar Islam benar-benar akan mendapat pendidikan yang seimbang dengan penerapan nilai Islam dalam setiap matapelajaran akademik yang diajar.

Mohd Azmi Abdul Hamid

PRESIDEN TERAS

Advertisements
Perihal

TERAS PENGUPAYAAN MELAYU, sebuah badan bukan kerajaan yang memperjuangkan agenda melayu

Dikirim dalam Minda Presiden

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Perhubungan TERAS

Bagi mendapatkan maklumat lebih lanjut mengenai TERAS Pengupayaan Melayu (TERAS), sila hubungi:

Salman Siddiqiy (019-4013782)
Cikgu Azmi (019-4744856)
Tarmizi (017-5606131)

KELAS BAHASA ARAB
(selangkah memahami al-Quran dan As-sunnah)
Di Kiosk Palestin, Sungai Petani
Hubungi : Ustaz Salman 019-4013782

laman utama
Jumlah Pengunjung
  • 342,507 hits
Kalendar
April 2009
I S R K J S A
« Mac   Mei »
 12345
6789101112
13141516171819
20212223242526
27282930  
%d bloggers like this: