SUK Negeri Perak Mesti Menghormati Kuasa Speaker Dewan

TERAS berpendirian bahawa kenyataan SUK Perak Datuk Dr. Abdul Rahman yang menafikan kuasa Speaker yang sah  iaitu V.Sivakumar untuk menolak notis persidangan Dewan yang dikeluarkan oleh Setiausaha Dewan Undangan Negeri Perak, adalah sebagai suatu tindakan yang tidak wajar.

Bukan sahaja ini akan meletakkan prisiden yang salah dimana kuasa institusi Legislatif telah dicerobohi oleh kuasa Esksekutif , malah ia telah melanggar segala peraturan yang telah ditetapkan dalam Perlembagaan Negeri Perak berkaitan dengan perjalanan DUN.

TERAS merasa sangat kecewa terhadap krisis perlembagaan di Perak kini maseh berterusan dengan campurtangan SUK Negeri untuk kali yang kedua melakukan tindakan yang menyalahi bidang kuasanya.

Tindakan SUK Negeri yang sebelum ini mengunci dan mengarah polis untuk bertindak dengan menghalang ahli undangan negeri dari memasukki bangunan SUK bagi meneruskan sidang dewan adalah suatu yang sangat memalukan dan tidak bertamadun.

Insiden ahli dewan undangan negeri Perak yang terpaksa mengadakan persidangan di bawah sepohon pokok  telah memalukan imej negara di kacamata masyarakat antarabangsa.

Apakah sebenarnya niat SUK Perak untuk terus bertindak secara tidak menghormati perlembagaan dan tidak mempedulikan doktrin pemisahan kuasa antara legislatif dan Esksekutif ,  yang menjadi prinsip demokrasi di negara ini.

TERAS merasa sangat kecewa dengan gelagat SUK yang nampak jelas bertindak secara sangat berat sebelah dan tidak menghormati kuasa Speaker yang maseh sah di sisi undang-undang.

Alasan Sivakumar selaku Speaker Dewan  untuk terus mempertahankan kuasanya adalah wajar. Beliau berhak  menentukan perjalanan sidang dewan undangan negeri berjalan mengikut peraturan sepertimana yang ditetapkan oleh perlembagaan negeri . , Pihak SUK tidak boleh mempermainkan hak dan bidangkuasa Speaker.

Bukankah dengan mengarah setiausaha DUN untuk mengeluarkan notis persidangan DUN tanpa pengetahuan dan persetujuan Speaker membawa implikasi bahawa suatu penghinaan terhadap institusi DUN telah dilakukan oleh SUK.

Soal Setiausaha DUN adalah jawatan dibawah bidangkuasa JPA tidak boleh dijadikan alasan untuk mengenepikan kuasa Speaker yang berfungsi sebagai Yang diPertua Dewan.

TERAS mendesak agar pihak SUK tidak berperanan sebagai alat kepada pihak tertentu yang gelojoh untuk merampas kuasa secara tidak bermoral di negeri Perak.

Mohd Azmi Abdul Hamid

Presiden TERAS

Advertisements
Perihal

TERAS PENGUPAYAAN MELAYU, sebuah badan bukan kerajaan yang memperjuangkan agenda melayu

Dikirim dalam Minda Presiden
One comment on “SUK Negeri Perak Mesti Menghormati Kuasa Speaker Dewan
  1. kulatlapok berkata:

    salam: Itulah agenda BN sebenarnya yg mereka sangat2 bimbang untuk membubarkan DUN Perak yang sepatutnya. SUKnya lebih sudu dari kuah.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Perhubungan TERAS

Bagi mendapatkan maklumat lebih lanjut mengenai TERAS Pengupayaan Melayu (TERAS), sila hubungi:

Salman Siddiqiy (019-4013782)
Cikgu Azmi (019-4744856)
Tarmizi (017-5606131)

KELAS BAHASA ARAB
(selangkah memahami al-Quran dan As-sunnah)
Di Kiosk Palestin, Sungai Petani
Hubungi : Ustaz Salman 019-4013782

laman utama
Jumlah Pengunjung
  • 330,556 hits
Kalendar
April 2009
I S R K J S A
« Mac   Mei »
 12345
6789101112
13141516171819
20212223242526
27282930  
%d bloggers like this: