Demokrasi Terroris berlaku di DUN Perak 7hb Mei 2009

TERAS tidak dapat mengsifatkan apa yang berlaku di dewan Undangan Negeri Perak selain dari demokrasi teroris yang diamalkan oleh BN.

Perampasan kuasa pusingan kedua oleh BN dalam episod krisis perlembagaan di negeri Perak telah berlaku dihadapan mata seluruh rakyat , betapapun pihak kerajaan hendak menutupnya dengan menafikan hak media alternatif  untuk membuat liputan.

Perebutan yang berakhir dengan speaker dewan S.Sivakumar diangkat keluar dewan secara fizikal untuk diganti dengan speaker baru  yang dilantik BN adalah peristiwa yang paling memalukan seluruh rakyat Malaysia.

TERAS melihat peristiwa tersebut persis umpama tindakan teroris yang tidak dapat mengambilkuasa secara demokratik , tetapi bertindak  kemudian merampas kuasa speaker secara ganas.

TERAS tidak melihat isu yang semakin kronik dalam krisis politik negeri Perak selain dari berpunca dari tindakan gopoh dan gelojoh pemimpin BN yang tidak sabar-sabar untuk menggunakan saluran diluar demokrasi bagi merampas kuasa.

Sangat aneh ketegangan ini yang berlaku ketika Raja Nazrin berada dalam bangunan Dewan Undangan Negeri Perak itu tidak pula diberi perhatian oleh baginda bagi menyelesaikan pertikaian tersebut sebagaimana selayaknya dengan mengambil keputusan yang bijak.

TERAS kesal dan mengambil pendirian membantah keras cara speaker baru dilantik oleh BN dengan sangat tidak menghormati peraturan dewan. Apakah ini caranya sebuah Dewan yang dikatakan sangat mulia itu diperlakukan didepan mata rakyat dan raja.?

TERAS tetap berpendirian bahawa krisis ini hanya dapat diselesaikan  dengan cara pembubaran Dewan Undangan Negeri Perak .

TERAS  tidak melihat cara lain yang terbaik selain dari cara pembubaran DUN dan mengembalikan kuasa memileh semula kepada rakyat.

TERAS juga kesal dengan tindakan pihak keselamatan yang bertindak diluar kebijaksaanaan dan kewarasan apabila sewenang-wenangnya menahan orang ramai yang berada disekitar kawasan DUN walapun hanya berada di restoran untuk minum. Penahanan beberapa ahli parlimen yang menerima undangan juga oleh polis sangat mengejutkan dan sangat pelik.

TERAS mempersoalkan tindakan pihak keselamatan yang melampau hanya kerana diarah oleh pihak BN untuk menjaga kepntingan kerajaan BN. Berita penahanan sesiapa sahaja yang berpakaian hitam dipersekitaran dewan undangan tersebut akan menjadi pihak keselamatan sebagai bahan ketawa bukan sahaja oleh rakyat akan tetapi oleh seluruh masyarakat dunia.

Mohd Azmi Abdu;l Hamid

Presiden TERAS

Advertisements
Perihal

TERAS PENGUPAYAAN MELAYU, sebuah badan bukan kerajaan yang memperjuangkan agenda melayu

Dikirim dalam Minda Presiden
One comment on “Demokrasi Terroris berlaku di DUN Perak 7hb Mei 2009
  1. singgah selalu says:

    salam…

    sejarah hitam yg plg memalukan negara apabila polis bertindak “diva” di dalam parlimen…

    persoalannya, layakkah polis bertindak sedemikian hanya kerana diarahkan oleh menteri????????????

    sungguh memalukan PDRM telah mencalitkan lumpur ke muka sendiri… menimbulkan kekecohan dan membuat huru hara di dalam parlimen..

    sedih… sangat sedih… sudah jelas ketamakan kuasa hanya mendekatkan kita dengan api neraka…

    ingatlah bahawa janji Allah itu benar… syurga neraka itu benar….

    satu lg perkara yang menyedihkan, sepatutnya tidak timbul lg istilah derhaka kepada sultan kerana sultan hari ini adalah manusia biasa yang tidak mempunyai apa2 kuasa dan masih lagi perlu beratur di padang mahsyar kelak…

    hentikan lah propaganda menghina sultan kerana ayat itu sudah basi dan berkulat!!!

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Perhubungan TERAS

Bagi mendapatkan maklumat lebih lanjut mengenai TERAS Pengupayaan Melayu (TERAS), sila hubungi:

Salman Siddiqiy (019-4013782)
Cikgu Azmi (019-4744856)
Tarmizi (017-5606131)

KELAS BAHASA ARAB
(selangkah memahami al-Quran dan As-sunnah)
Di Kiosk Palestin, Sungai Petani
Hubungi : Ustaz Salman 019-4013782

laman utama
Jumlah Pengunjung
  • 324,181 hits
Kalendar
Mei 2009
M T W T F S S
« Apr   Jun »
 123
45678910
11121314151617
18192021222324
25262728293031
%d bloggers like this: