Keputusan bersejarah yang wajar dan pengajaran besar buat seluruh rakyat

TERAS berpendapat keputusan mahkamah tinggi yang mengistiharkan DS Ir Nizar Jamaluddin adalah Menteri Besar yang sah adalah titik sejarah yang sangat penting.

Bukan sahaja ia penting kerana proses demokrasi mengikut peruntukan Perlembagaan Persekutuan dan Perlembagaan Negeri Perak telah dapat dipertahankan malah ia juga mengajar rakyat dan pihak BN bahawa urusan perlantikan sebuah kerajaan dan segala proses perlantikan dan perlucutan jawatan hendaklah mengikut peraturan yang telah termaktub dalam perlembagaan.

Kriris politik yang sangat gawat yang telah dilalui oleh bukan sahaja rakyat Perak malah seluruh Negara kini perlu diperbetulkan kepada landasan yang tepat mengikut lunas undang-undang dan demokrasi.

TERAS yakin bahawa keputusan ini jika dibuat sebaliknya akan mencemar malah merosakkan seluruh sendi demokrasi yang telah disepakati di negara ini.

Keputusan Mahkamah Tinggi yang memutuskan siapa sebenarnya yang maseh sah menjawat jawatan Meteri Besar jelas untuk mengelakkan negeri Perak malah seluruh Negara dari terjebak dalam peraturan dan percaturan undang-undang rimba iaitu “siapa kuat dia dapat”

Pihak BN yang terlalu gopoh dan bernafsu untuk mengambil alih pemerintahan negeri Perak adalah punca kenapa kegawatan politik Perak telah berlaku dan yang memalukan seluruh Negara dikaca mata dunia luar.

Bukan sahaja episod ADUN tidak dibenar masuk ke Dewan Undangan Negeri  dan terpaksa bersidang dibawah pokok telah disaksikan  oleh semua , malah pergelutan sehingga bertindak ganas di dalam Dewan  ketika hendak menukar Speaker Dewan  telah mencatat sejarah cukup hina dan memalukan dalam politik Negara.

Lebih malang ia disaksika ketika DYMM Baginda Raja Nazrin berada di bangunan Dewan dan terpaksa menunggu 5 jam sebelum dapat meresmikan pembukaan persidangan.

Babak ganas yang ditunjukkan oleh BN yang telah mengguna institusi polis dan pegawai awam untuk mengheret secara fizikal V.Sivakumar selaku Speaker serta mengkasari beberapa orang ADUN Pakatan Rakyat tidak dapat diterima samasekali.

TERAS kesal dengan tingkahlaku buas dan barbarik yang samasekali sebelum ini tidak pernah ditunjukkan oleh wakil rakyat yang sepatutnya berlaku sopan dan hormat dengan peraturan Dewan.

TERAS maseh berpendirian bahawa dengan keadaan bilangan ADUN yang boleh sahaja berubah di kedua-dua belah pihak , maka jalan keluar yang terbaik ialah membubarkan DUN Perak dan menyerahkan semula mandat kepada rakyat untuk memileh kerajaan yang lebih stabil.

Mohd Azmi Abdul Hamid

Presiden TERAS  .

Advertisements
Perihal

TERAS PENGUPAYAAN MELAYU, sebuah badan bukan kerajaan yang memperjuangkan agenda melayu

Dikirim dalam Minda Presiden
One comment on “Keputusan bersejarah yang wajar dan pengajaran besar buat seluruh rakyat
  1. Wira Tunggal Final berkata:

    Sokong apa yang disarankan oleh TERAS itu.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Perhubungan TERAS

Bagi mendapatkan maklumat lebih lanjut mengenai TERAS Pengupayaan Melayu (TERAS), sila hubungi:

Salman Siddiqiy (019-4013782)
Cikgu Azmi (019-4744856)
Tarmizi (017-5606131)

KELAS BAHASA ARAB
(selangkah memahami al-Quran dan As-sunnah)
Di Kiosk Palestin, Sungai Petani
Hubungi : Ustaz Salman 019-4013782

laman utama
Jumlah Pengunjung
  • 335,922 hits
Kalendar
Mei 2009
I S R K J S A
« Apr   Jun »
 123
45678910
11121314151617
18192021222324
25262728293031
%d bloggers like this: