Kempen sejuta poskad mansuh PPSMI

ppsami samad saidSelepas menggerakkan ribuan penunjuk perasaan di jalanan awal Mac lalu, Gerakan Mansuhkan PPSMI (GMP) kini mengambil pendekatan kreatif dengan melayangkan sejuta poskad bantahan kepada Menteri Pelajaran Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Menurut setiausahanya, Hasni Abas, kempen terkini membantah dasar pengajaran dan pembelajaran sains dan matematik dalam bahasa Inggeris (PPSMI) itu diharapkan terus menggemblengkan bantahan rakyat, sebagai kesinambungan kepada demonstrasi 7 Mac lalu.

Katanya, GMP berharap, pelaksanaan kempen itu – dinamakan “Sejuta Poskad kepada Menteri Pelajaran” – dapat memandu Muhyiddin membuat keputusan yang betul dengan memansuhkan dasar kontroversi itu.

“Kalau tiap-tiap hari beliau buka pintu, tengok ada poskad (bantahan), takkan beliau tidak terfikir hendak mansuhkan PPSMI,” katanya kepada Malaysiakini.

Hasni berkata, kempen tersebut dilancarkan Jumaat lalu di Pagoh, Melaka oleh Sasterawan Negara Datuk A Samad Said dalam sebuah majlis ceramah bersama Naib Presiden PAS Mohamad Sabu.

Turut hadir ialah Timbalan Pengerusi GMP, Dr. Shaharil Mohamad Zain; pengerusi DAP Johor, Dr Boo Cheng Hau; Ketua Penerangan Pemuda PAS, Suhaizan Kaiat dan beliau sendiri.

Mengulas lanjut, Hasni berkata, kira-kira 2,000 orang menghadiri majlis itu dan seribu poskad telah diedarkan.

Tiada had masa

Pihak yang ingin turut serta, boleh membeli poskad tersebut dari pejabat Teras Pengucapan Melayu (Teras) – sebuah NGO yang bergabung dalam GMP – di negeri-negeri, dengan harga RM1 sekeping.

Hasni bagaimanapun menafikan pihaknya cuba mengambil kesempatan untuk membuat keuntungan daripada penjualan bahan kempen tersebut.

“Tak ada (buat untung). Kos cetak pun sekeping dah berapa,” katanya sambil menjelaskan bahawa buat permulaannya 5,000 keping poskad telah dicetak.

Beliau yang juga pengerusi kesatuan sekerja Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) berkata, GMP tidak menetapkan sebarang garis masa bagi program itu.

Bagaimanapun, katanya, ia akan dijalankan “selagi PPSMI tidak dimansuhkan” dan “selagi tidak cukup sejuta poskad dihantar”.

Awal bulan ini, kerajaan dilaporkan memerlukan lebih masa bagi menilai perlaksaaan dasar itu kerana “keputusan terhadap isu berkenaan adalah kritikal”.

Muhyiddin juga dilaporkan tidak berpuas hati dengan kajian dan perbincangan meja bulat anjuran kementeriannya sebelum ini.

Menurut beliau, dalam sesi perbincangan tersebut, kadangkala pandangan yang dikemukakan tidak berasaskan fakta dan bukti, sebaliknya apa yang dirasai.

Advertisements
Perihal

TERAS PENGUPAYAAN MELAYU, sebuah badan bukan kerajaan yang memperjuangkan agenda melayu

Dikirim dalam Minda Presiden
8 comments on “Kempen sejuta poskad mansuh PPSMI
  1. Ada akai berkata:

    tolong berikan maklumat lanjut di mana saya boleh dapatkan poskad tersebut. Saya tinggal di Butterworth dan tidak tahu di mana dan dengan siapa saya perlu berurusan.

  2. keyleedaud berkata:

    mana nak beli ni yer

  3. budak kampung berkata:

    Aku membesar guna bahasa pasar campur loghat. Sepatutnya dewan bahasa dan pustaka bersama kementerian penerangan yang heboh-hebohkan pasal bahasa ibunda ni.

  4. ram berkata:

    MAJLIS PENGAJIAN INTENSIF KITAB TURATH I’TIQAD ASWJ [Siri 2] [23 – 24 Mei 2009 / 24-25 Jamadilawwal 1429H]

    Anjuran :
    PERSATUAN KEBANGSAAN PELAJAR ISLAM MALAYSIA (PKPIM),
    &
    Kolej Dar Hikmah,
    Jalan Sungai Ramal Dalam,
    43000, Kajang, Selangor Darul Ehsan

    OBJEKTIF :

    * Menimbulkan kesedaran terhadap kepentingan aqidah dan iman di kalangan belia.
    * Mendedahkan umat Islam mengenai kewajiban beramal dengan ilmu daripada ahli agama Islam yang faqih.
    * Menghidupkan budaya bertalaqqi secara berkitab.
    * Memberi kefahaman tentang konsep dan perlaksanaan nilai-nilai Islam.

    TEMA :
    Menghidupkan Ruhaniah Berlandaskan Pemantapan Akidah.

    TARIKH :
    23 – 24 Mei 2009 / 24-25 Jamadilawwal 1429H

    TEMPAT :
    Kolej Dar Hikmah,
    Jalan Sungai Ramal Dalam,
    43000, Kajang, Selangor Darul Ehsan

    TENAGA PENGAJAR :

    1. Al-Fadhil Ustaz Hj. Zamihan Mat Zin Al-Ghari
    2. Al-Fadhil Ustaz Ahmad Faidzurrahim
    3. Al-Fadhil Ustaz Mohd Rasyiq Alwi

    SASARAN :
    Seramai 150 orang yang terdiri dari:
    * Ahli Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM)
    * Orang Awam
    * Pelajar IPTA dan IPTS di Lembah Kelang

    YURAN MURAH :
    RM 15 [INDIVIDU]

    MODUS OPERANDI :
    Program diadakan selama 2 hari 1 malam. Mengikut kaedah pengajaran kulit ke kulit menggunkan Kitab I’tiqad Ahlussunnah Wal Jamaah; Kiyai Haji Siradjuddin Abbas. Terbitan PUSTAKA TARBIYYAH Jakarta, Kitab Mukhtasor dan Kitab Aqidah Ibnu ‘Asakir (Aqidah Mursyidah).

    (Talaqqi kitab/Pembentangan/)

    TENTATIF PROGRAM

    Maklumat Lanjut Klik : http://pondokhabib wordpress.com

  5. fifi berkata:

    tolong jual kalau ade ceramah2 or pape event..senang kami ni siswa/i nak membelinya..thanks

  6. Drimba berkata:

    Buatlah lagi aktiviti mansuh PPSMI dan kembalikan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar seluruh ilmu di tadika hingga universiti awam mahupun swasta swluruh negara.

    • zaman ahmad berkata:

      Salam perjuangan. saya amat sedih jika Bahasa kita dipinggirkan. Dah lah guru-guru BM kat sekolah tak dapat apa yang seperti Guru yang ajar BI dapat kat sekolah, kini Bahasa ibunda kita mula disisihkan. Bayangkan dari dulu tidak nampak bahasa kita dimertabatkan. Guru-guru PPSMI dan BI dapat elaun 10% daripada gaji mereka tapi apa yang mereka buat. Ada yang dapat RM 300-500 sebulan tapi bukannya buat/ajar lebih seperti guru-guru yang lain. Di sekolah macam tu lah jugak, patut dengan duit tu mereka tingkatkan bahasa Inggeris tapi… teori je tindakan berkesan tiada. Hanya menganak emaskan mereka saja… Bayangkan kalau sebulan RM 300 setahun berapa? tapi duduk je bukan buat sesuatu untuk anak bangsa kerana kekadang cikgu yang ramai boleh berbahasa Inggeris di sekolah tu siapa?

  7. arif berkata:

    slm.
    sila betulkan
    pagoh berada di johor
    bukan di melaka

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Perhubungan TERAS

Bagi mendapatkan maklumat lebih lanjut mengenai TERAS Pengupayaan Melayu (TERAS), sila hubungi:

Salman Siddiqiy (019-4013782)
Cikgu Azmi (019-4744856)
Tarmizi (017-5606131)

KELAS BAHASA ARAB
(selangkah memahami al-Quran dan As-sunnah)
Di Kiosk Palestin, Sungai Petani
Hubungi : Ustaz Salman 019-4013782

laman utama
Jumlah Pengunjung
  • 330,515 hits
Kalendar
Mei 2009
I S R K J S A
« Apr   Jun »
 123
45678910
11121314151617
18192021222324
25262728293031
%d bloggers like this: