Jangan berdolak dalih – Bangunan yang sepatutnya dibina dengan senibina canggih runtuh bukan kesilapan alamiah

Apalagi yang boleh dijamin di negara ini melalui teknologi yang didakwa tercanggih dan sering digahkan bertahap dunia. Kita sudah disentuh pengalaman malapetaka buatan manusia yang tidak perlu diungkap lagi. Dari bangunan dan tanah runtuh , kepada hospital yang terbakar , jambatan lebuh raya yang retak , pembinaan dilereng bukit yang merbahaya , dan kini bangunan stadium ratus juta ringgit merudum.

Runtuhnya bumbung   Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin yang dibina  bernilai RM280 juta yang baru  berumur setahun jagung itu bukan lagi dapat dijadi bahan ketawa oleh rakyat Malaysia tetapi akan menjadi  momokkan sedunia. Malah jangan pula kedengaran bahawa ini adalah akibat dari faktor alam. Selaian kita akan mudah dikatakan negara yang sering menudingg alam sebagai sebab keruntuhan , kita juga akan dikenali sebagai negara yang sering melepas tangan dan mendakwa ini adalah kerja Tuhan !

Malaysia yang dikatakan disegani dengan keupayaan kejuteraan dan seni bina yang dikagumi dunia bermula dengan projek super mega seperti KLIA , KLCC , Sepang F 1 , Putrajaya , Lebuh Raya dan Jambatan Pulau  Pinang jelas kini sedang beranjak citranya sebagai Negara yang berupaya membina bangunan serba mewah yang bukan sahaja tidak selamat malah berkelas paling tidak piawai.

Soalnya  siasatan tidak harus bermula hanya dari proses pembinaannya semata-mata malah hendaklah disiasat  bertitik tolak dari mula tender dikeluarkan serta keputusan menganugerah kepada syarikat yang berjaya sehinggalah kepada pemeriksaan dan pengeluaran Certificate of Fitness (CF) itu sendiri.

TERAS tidak dapat menerima kenyataan yang berulang-ulang seperti  puluhan tragedi yang berlaku di Negara ini , bahawa sebuah badan siasatan akan diujudkan. Seperti biasa jika media tidak memberi liputan yang memadai maka isu yang digegarkan berakhir dengan  sunyi sepi dan berlalu bagaikan angin yang dilupai.

Inilah penyakit yang sering ditimbulkan oleh pelbagai pihak. Apakah kita tidak punya prosedur dan tatacara  yang dikuti dengan sempurna ataukah segala sistem yang sempurna itu tidak dipeduli samasekali hanya kerana terlalu ghairah untuk meraih keuntungan pantas dan lumayan sehingga menggelapkan mata terhadap segala aspek yang berkaitan dengan  kualiti dan keselamatan .

Mujurlah tragedi  ini tidak mengakibatkan kehilangan nyawa. Padahal baru 3 hari sebelumnya sebuah bangunan yang sedang dibina di Selangor juga menerima akibat yang sama. Yang menyedihkan hanya kerana yang maut itu adalah pekerja asing maka isunya tidak begitu mendapat perhatian umum yang segera dari pihak Kementerian yang berkenaan.

TERAS menggesa supaya pihak berkuasa tidak berlengah dalam melancarkan siasatan. Sementara itu maklumat yang wajar didedahkan untuk mengelakkan pihak awam kehilangan kepercayaan kepada industri binaan di Negara ini hendaklah  tidak digelapkan hanya kerana mahu melindungi pihak-pihak tertentu yang bertanggungjawab.

Sesungguhnya hal seperti ini bukan lagi perkara baru . Sampai bilakah kita mahu meneruskan budaya tungguh sehingga keadaan menjadi parah atau berlaku kehilangan nyawa barulah pihak berkuasa mahu bertindak. Sudah terlalu acap kita mendengar penubuhan jawatankuasa Kabinet diujudkan. Malangnya pendekatan menubuhkan Jawatankuasa untuk menyelesaikan suatu masalah yang sebenarnya adalah akibat dari kecuaian dan penyelewengan bukan suatu cara yang bijak. Menunggu sehingga bila jawatankuasa dapat merumuskan tindakan itu sendiri  adalah masalah.

Mohd Azmi Abdul Hamid

Presiden TERAS

Advertisements
Perihal

TERAS PENGUPAYAAN MELAYU, sebuah badan bukan kerajaan yang memperjuangkan agenda melayu

Dikirim dalam Minda Presiden

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Perhubungan TERAS

Bagi mendapatkan maklumat lebih lanjut mengenai TERAS Pengupayaan Melayu (TERAS), sila hubungi:

Salman Siddiqiy (019-4013782)
Cikgu Azmi (019-4744856)
Tarmizi (017-5606131)

KELAS BAHASA ARAB
(selangkah memahami al-Quran dan As-sunnah)
Di Kiosk Palestin, Sungai Petani
Hubungi : Ustaz Salman 019-4013782

laman utama
Jumlah Pengunjung
  • 347,367 hits
Kalendar
Jun 2009
I S R K J S A
« Mei   Jul »
1234567
891011121314
15161718192021
22232425262728
2930  
%d bloggers like this: