Kita perlu konsisten terhadap dasar mengharam apa sahaja yang berkaitan dengan komunis

Chin Peng pasti perlu dipertanggungjawabkan terhadap apa yang telah dilakukanya ketika memerintah tentera komunis membunuh rakyat Malaya . Darah dan tangisan mereka yang terbabit mengalami saat-saat getir dijadi sasaran gerila komunis tidak mungkin dapat dilupakan.

Sebab itu bila tercetus usaha Chin Peng untuk memohon pulang Malaysia , media massa Melayu mengangkat isu ini habis-habisan untuk menyampaikan mesej bahawa orang Melayu khususnya samasekali tidak boleh menerima kehadhiran Chin Peng di tanah air ini.

Akan tetapi isu Chin Peng ingin pulang ke Malaysia nampaknya sudah agak berlarutan perbahasannya sehingga kita terlupa ada sisi lain yang perlu juga kita insafi.

Sementara semua masyarakat Melayu dan keluarga yang terbabit dizalimi tentera komunis sangat sukar untuk memaafkan komunis dan segala ideologinya , namun kita nampaknya bertindak secara tidak konsisten.

Di tengah-tengah kehangatan dan ledakkan kemarahan orang Melayu terhadap usaha Chin Peng untuk merayu agar dibenarkan pulang ke kampungnya di Setiawan , kita juga secara selamba pula menyaksikan PM kini sedang menikmati keselesaan sebagai tetamu khas negara Komunis terbesar dunia itu iaitu China.

Bukan itu sahaja , lawatan PM yang dianggap sebuah nostalgia yang dihidupkan semula oleh PM kini sebagai ingatan sejarah lawatan PM ke 2 dahulu , ditambah dengan usha untuk memperkukuhkan hubungan diplomatik dengan negara dari mana Chin Peng mendapat ransangan untuk memperjuangkan ideologi Parti Komunis Malaya nya.

Malah anehnya Malaysia sangat mendambakan hubungan perdagangan dengan China disegar dan disuburkan.

Bukankah nampak kejanggalan bila kita bersungguh-sungguh membakar semangat masyarakat Melayu untuk menentang komunis sehingga ke akhir saki-bakinya , namun di masa yang sama pula kita menjadi sangat mesra dengan pemimpin-pemimpin negara komunis itu yang sebenarnya jika ditanya kepada mereka , mereka akan sangat merestui perjuangan Chin Peng.

Kami bertanya kenapa kemarahan sedemikian tidak juga kita tunjukkan terhadap penjajah British yang tidak sedikit telah melukai perjuangan orang-orang Melayu menuntut kemerdekaan. Tidak dapat dipadamkan sejarah para ulama dipenjara , didera dan ada yang dibunuh oleh tentera British yang mengguna anak bangsa kita sendiri untuk melakukan kezaliman itu.

Lebih janggal lagi ialah ketika mana kita berbangga bahawa kita sudah merdeka lebih 52 tahun , namun kita menjadi ma’mum setia kepada hampir semua sistem yang telah ditinggalkan oleh British.

Kini kita sangat ghairah dengan segala yang datang dari barat sehingga budaya pakaian dan makan , berhibur dan berekreasi , meneruskan sistem kehakiman dan perundangan , berdagang dan mentadbir tidak sedikit adalah ambilan dari sistem bekas penjajah British.

Oleh yang demikian sementara kita begitu marah kepada Chin Peng , kami ingin mengingatkan agar biarlah kita bersikap lebih konsisten agar tidak nanti ditempelak generasi mendatang sebagai bangsa yang hanya pandai melempiaskan kemarahan terhadap musuh namun dalam masa yang sama menerima dengan senang hati segala yang datang dari sistem yang dibina oleh musuh itu sendiri.

Mohd Azmi Abdul Hamid
Presiden TERAS

Perihal

TERAS PENGUPAYAAN MELAYU, sebuah badan bukan kerajaan yang memperjuangkan agenda melayu

Dikirim dalam Minda Presiden

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Perhubungan TERAS

Bagi mendapatkan maklumat lebih lanjut mengenai TERAS Pengupayaan Melayu (TERAS), sila hubungi:

Salman Siddiqiy (019-4013782)
Cikgu Azmi (019-4744856)
Tarmizi (017-5606131)

KELAS BAHASA ARAB
(selangkah memahami al-Quran dan As-sunnah)
Di Kiosk Palestin, Sungai Petani
Hubungi : Ustaz Salman 019-4013782

laman utama
Jumlah Pengunjung
  • 317,688 hits
Kalendar
Jun 2009
M T W T F S S
« May   Jul »
1234567
891011121314
15161718192021
22232425262728
2930  
%d bloggers like this: