Peranan Institusi Ulama’ dan Mufti dalam rangka Melayu Islam

Penulisan ini adalah tulisan bebas tanpa terikatan elemen politik kepartian. Namun dalam kondisi sebenar tulisan ini adalah suatu pemaknaan kepada situasi siasah syariyyah dalam pengertian teoretikal dan praktikal. Isu penyelaran mufti kelihatan sebagai suatu tragedi pada hari ini. Lebih malang apabila isu sensitif dalam politik kotor Barisan Nasional  di Perak telah mengheret Mufti ke dalam lembah serba salah dan dalam keadaan apologatik yang kritikal. Manipulasi media serta pemahaman rakyat biasa yang jarang menganalisa fakta menyebabkan institusi Ulama’ dan Kemuftian ini diselar dengan begitu teruk.

TERAS adalah antara NGO yang tegar memperjuang nilai Islam, sistem pentadbiran Islam, penataran dan pengupayaan melayu berteraskan Islam serta institusi yang menjadi ‘tiang seri’ melayu iaitu Ulama’, Mufti dan Raja-raja melayu. Untuk berinteraksi dengan sistem mufti dan raja-raja melayu, suka untuk saya jelaskan pengertian politik menurut teoretikal Islam serta praktikal politik raja berpelembagaan hari ini.

Walaupun raja-raja melayu berada di atas politik kepartian, dalam erti sebenar kedudukan Raja melayu dan Mufti adalah ‘seia’ dan ‘sekata’ dalam sistem politik siasah Islam sejak awal kesultanan Melayu. Lantaran itu umara’ dan ulama’ seiring dan sejalan dalam menentu dasar bukan sekadar dalam persejarahan Melaka, malah juga dalam pentadbiran Kesultanan Brunei, Kesultanan Sulu, Kesultanan Fatani Darussalam, Kesultanan Islam Acheh serta pentadbiran Islam di pantai Timur.

Hari ini apabila politik bertukar kepada Raja Berpelembagaan, kedudukan Raja pula masih dijunjung tinggi, namun dengan nasihat eksekutif dan pemantauan legislatif. Manakala Mufti masih kekal diletakkan di tempatnya tanpa ada pengaruh politik kepartian.

Dalam kes kegeringan politik di Perak, pendapat dan kenyataan  Mufti Perak pada saya adalah bersifat teoretikal umum iaitu  penjelasan kedudukan Raja melayu. Tiada hal atau isu bahawa Mufti telah menyebelahi mana-mana parti politik. Malah jasa dan kelantangan Mufti Perak dalam menyelar isu murtad, mempertahankan adanya agenda murtadisasi terancang di Malaysia, mempertahankan umat Islam daripada Islam liberal serta mengeluarkan banyak fatwa yang mencabar agenda-agenda hedonisme amat perlu kita nilai dan hargai semula. Mufti perlu kekal sebagai kedudukannya sama seperti kedudukan raja yang diterima pakai umum sebagai kerusi bukan politik kepartian walaupun dalam erti hakikat, mereka mengapung kondisi siasah Islam yang sebenarnya.

Walaupun begitu jika ada teguran kepada Mufti-mufti, ia adalah saranan yang penuh keluwesan dan menampilkan sikap rakyat Malaysia yang senantiasa menegur kepincangan dan kerosakan yag berlaku di Malaysia. Tegurlah secara berhemah tanpa menjatuhkan kedudukan Mufti dan ulama’ sebagai teras  peneguhan kosmo melayu Islam. Sebagaimana hemahnya kita menegur raja-raja melayu dengan adab dan kesusilaan yang luhur, perlu juga ulama’ dan mufti yang telah berabad-abad wujud di bumi melayu sebagai pendokong rangka tubuh Melayu yang berteraskan Islam dilayan dengan sewajarnya, kena pada tempatnya.

Pada saya Mufti juga manusia yang mungkin ada kesilapannya. Namun tugasan mufti selaku pengkaji fatwa, rangka dasar syariah dan hukum-hakam Islam yang amat tinggi tanggungjawabnya di akhirat kelak bukan mudah untuk disandang, malah terlalu ramai alim ulama’ yang akan menolak jawatan tersebut.

Namun Mufti selaku ‘pendakwah utama’ dalam sesebuah negeri perlu memainkan peranan  optima, aktif dan berkesan agar wibawa dan karisma institsu Mufti tinggi di mata rakyat yang rata-rata keliru dan kurang jelas dengan peranan penting Mufti-Mufti. Mufti juga perlu memiliki agnda aktivisme agar dakwah dan siar raya Islam efektif dalam masyarakat.

Diharapkan penulisan ini berperanan sebagai salah satu pandangan umum (public opinion) untuk diteliti ramai dalam usaha menobatkan Islam, sistem ulama’ dan  ketuanan Islam di bumi Malaysia.

Muhammad Nuruddin Bashah

Jurutera Metallurgis

Setiausaha TERAS Perak

Advertisements
Perihal

TERAS PENGUPAYAAN MELAYU, sebuah badan bukan kerajaan yang memperjuangkan agenda melayu

Dikirim dalam Minda Presiden

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Perhubungan TERAS

Bagi mendapatkan maklumat lebih lanjut mengenai TERAS Pengupayaan Melayu (TERAS), sila hubungi:

Salman Siddiqiy (019-4013782)
Cikgu Azmi (019-4744856)
Tarmizi (017-5606131)

KELAS BAHASA ARAB
(selangkah memahami al-Quran dan As-sunnah)
Di Kiosk Palestin, Sungai Petani
Hubungi : Ustaz Salman 019-4013782

laman utama
Jumlah Pengunjung
  • 342,639 hits
Kalendar
Jun 2009
I S R K J S A
« Mei   Jul »
1234567
891011121314
15161718192021
22232425262728
2930  
%d bloggers like this: