SPM: Lulus BI wajib tidak wajar

Bila orang ramai dipelawa mengemukakan pandangan masing-masing kepada Kementerian Pelajaran mengenai isu mewajibkan calon lulus mata pelajaran bahasa Inggeris sebagai syarat lulus peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), beberapa soalan perlu diketengahkan.

Pertama , bila Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, satu lagi perkara yang memerlukan pandangan orang ramai ialah pembelajaran bahasa Inggeris di sekolah pada masa ini yang tidak melibatkan pengajaran tatabahasa tetapi hanya untuk berkomunikasi , adakah ini tepat. Kami berpandangan bahawa pengajaran BI disekolah setakat ini amat meliputi soal tatabahasa dan komunikasi. Jika diperhatikan kedua-dua kertas BI dalam SPM aspek-aspek yang berkaitan itu di ajar. Akan tetapi yang menjadi masalah ialah ruang latihan dan penggunaannya secara praktikal.

Kedua adakah benar pendapat yang mengatakan “Mempelajari bahasa Inggeris tetapi tidak mewajibkan pelajar untuk lulus subjek berkenaan dalam SPM menjadikan standard bahasa Inggeris merosot”. Kami berpendapat bahawa standard BI merosot bukan sebab tersebut malah adalah kerana metodologi pengajaran yang tidak berkesan. Sementara kita dapati adanya pelbagai bimbingan kelas BI yang semakin banyak , pihak kementerian harus menyemak semula bagaimana kaedah pengajaran dan pembelajaran BI dapat dipertingkatkan.

Ketiga ,  adakah pendekatan  meningkat kualiti BI cukup berkesan diperingkat sekolah . Ini berkait dengan kemahiran guru mengguna pendekatan yang kreatif bagi menambat minat dikalangan pelajar terhadap kepentingan BI dalam menambahkan peluang memperluaskan ilmu.

Keempat persoalan  “Adakah ketiadaan syarat yang mewajibkan lulus bahasa Inggeris untuk lulus SPM menjadikan pelajar kurang minat menguasai bahasa Inggeris?” harus diiringi dengan soalan bagaimana para guru mahir melaksanakan pengajaran dengan cara yang sangat menyeronokkan.? Menjadikan BI wajib lulus bukan berkait dengan soal minat tetapi menjadikan pembelajaran BI sebagai suatu yang sangat membebankan. Kami berpendapat minat timbul dari pelbagai faktor ( teknik pengajaran , kreativiti guru , peralatan pengajaran , aktiviti ko-kurikulum yang menarik)  bukan dengan mewajibkan ia menjadi subjek wajib lulus.

Kelima , adakah kualiti pengajaran dan pembelajaran BI di sekolah-sekolah  luar Bandar sama taraf dengan sekolah Bandar? Harus diingat kita maseh mempunyai komposisi pelajar sekolah luar Bandar yang besar di Negara ini terutama di Sabah dan Sarawak. Akankah mereka mungkin menjadi mangsa jika bahasa Inggeris dijadikan subjek wajib lulus dalam SPM adalah soalan yang amat relevan lantaran isu PPSMI  yang menjadi kegusaran sebahgian besar masyarakat ialah pelajar-pelajar luar Bandar akan berada dalam keadaan tidak setara dengan pelajar Bandar. Jika pada tahap sekolah kebangsaan pelajar luar Bandar sudahpun menghadapi masalah apatahlagi diperingkat SPM.

Dari persoalan-persoalan berikut , kami berpendapat bahawa isu yang maseh belum selesai berkaitan dengan PPSMI  perlu terlebih dahulu dirongkai sebelum kita sekalilagi dibawa berdebat dengan isu baru .

Mohd Azmi Abdul Hamid

Presiden TERAS

KP 580903-11-5209

Kg.Pondok , Merbok , Kedah

Tel 019-4744856

Advertisements
Perihal

TERAS PENGUPAYAAN MELAYU, sebuah badan bukan kerajaan yang memperjuangkan agenda melayu

Dikirim dalam Minda Presiden
One comment on “SPM: Lulus BI wajib tidak wajar
  1. awangku berkata:

    Saya nak tanya, cerdik ke kalau subjek pengajian Islam dan sejarah tak diwajibkan tetapi BI nak diwajibkan. Semua penting. Kalau syarat wajib lulus BI untuk ke universiti pun saya tidak bersetuju. Kerana ada cara lain yang lebih bermaruah, cuba contohi negara Jepun misalnya. Jepun pun mewajibkan pelajari bahasa Inggeris dan bahasa asing lain.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Perhubungan TERAS

Bagi mendapatkan maklumat lebih lanjut mengenai TERAS Pengupayaan Melayu (TERAS), sila hubungi:

Salman Siddiqiy (019-4013782)
Cikgu Azmi (019-4744856)
Tarmizi (017-5606131)

KELAS BAHASA ARAB
(selangkah memahami al-Quran dan As-sunnah)
Di Kiosk Palestin, Sungai Petani
Hubungi : Ustaz Salman 019-4013782

laman utama
Jumlah Pengunjung
  • 330,558 hits
Kalendar
Jun 2009
I S R K J S A
« Mei   Jul »
1234567
891011121314
15161718192021
22232425262728
2930  
%d bloggers like this: