Telusuri hubungan Istana dengan institusi ulama’ di Perak

Perkaitan istana dengan institusi ulama’ dan kemuftian dan qadhi masih erat dan telah lama bermula sedari pengislaman Raja Parameswara Dewa Shah jika ditelusuri daripada jalur kesultanan Melaka hingga ke Perak hari ini.

Hari ini saya berpeluang untuk ke Pejabat Istana Perak untuk bersama menyerahkan memorandum wakil-wakil NGO Islam prihatin di Perak terhadap krisis kegeringan politik di Perak.  Saya mengambil peluang untuk ke Muzium DiRaja Perak juga yang menggunakan Istana Sementara Sultan Iskandar Syah sebagai pusat arkib peralatan di raja Perak. Istana ini pernah digunakan oleh Sultan Iskandar antara 1931 hingga 1933.

Sebenarnya minggu ini juga  saya telah mengunjungi Muzium Negeri di bersebelahan Bangunan Perak untuk meneliti beberapa tinggalan dan artifak penting berkaitan perlombongan dan mineral yang dilombong dalam negeri ini pada abad ke-17 hingga kini. Kebetulan mineral yang dilombong serta peralatan yang digunakan itu merupakan penghasilan logam pada abad silam dan ada persamaan dengan pengacuna piawai (standard casting) yang kilang saya hasilkan. Sifat ingin menyelami suasana silam telah lama membuak-buak dalam jiwa saya dan amalan saya adalah akan mengunjungi beberapa kali mana-mana muzium, arkib dan pusat peringatan di seluruh Negara.

Berbalik kepada soal perkaitan istana dengan isntitusi agama, saya berpeluang meneliti kitab tasawuf yang dikarang sendiri oleh Sultan Iskandar Syah dicapkan dan diwartakan sebagai kitab yang sah. Kecil sahaja kitab ini bersaiz seperti Matan Ummul Barohin karangan Syeikh Imam as Sanusi yang saya miliki.

Di sebelah kitab kecil itu saya terpandang kitab tebal  setebal sejengkal. Rupanya ia adalah satu jilid himpunan kitab utama yang dijadikan rujukan Sultan pada era tersebut. Saya perhatikan ada 3 judul yang dijilidkan dan hanya mengenali 2 sahaja kitab antara 3 kitab tadi, kerana kebetulan saya memiliki 2 kitab tersebut.  Kitab yang digunakan itu adalah Furu’ Masail karangan Sheikh Daud Al Fathani serta kitab Kashful Lisam karangan Sheikh Zianul Abidin Al Fatani iaitu murid kepada Sheikh Daud tadi. Furu’ Masail adalah ensiklopedia fiqh yang merupakan soal jawab fatwa Daud Al Fatani kepada masyarakat Fatani Darus Salam suatu ketika dahulu. Ia meliputi soal jawab Aqidah aliran kalam serta juga meliputi seluruh bab fiqh. Manakala Kashful Lisam lebih merupakan tesis Sheikh Zanul Abidin serta refleksi kepada karangan Furu’ Masail hasil karya gurunya sendiri. Ia hampir sama dan  mirip dengan Kitab Furu’ Masail gurunya, cuma ia lebih menekankan method penerangan daripada membahaskan persoalan. Manakala soal jawab aqidah tidak ada di dalam Kashful Lisam itu.

Rupanya pihak Istana Perak menggunakan kitab-kitab jawi Fatani sebagai pengaruh besar kepada fiqh Ibadah di Perak. Semestinya elemen penting dalam perlaksanaan syariah di Perak adalah bermazhab syafie dan menekankan kaedah taqlid dan fiqhal-Qhadi sebagai pemutusan fatwa di Perak.

Teringat saya kepada kisah bagaimana Sultan Idris I mengharamkan pengedaran buku karangan Pendita Za’aba mengenai masalah keilmuan melayu. Zaaba seperti yang kita ketahui adalah antara pelopor kebangkitan melayu melalui penataran keilmuan dan pelestarian fakulti akal dan minda untuk bangkit bereaksi dengan ketamadunan penjajah. Beliau juga membawa unsur dakwah salafiyyah dalam buku-bukunya serta membangkang tradisi taqlid di kalangan rakyat. Beliau amat  terkenal sebagai pembawa minda neo-muktazilah dalam konteks logikal dan penafsiran nas  (rujuk buku Pemikiran Islam di Malaysia, Abdul Rahman Abdullah USM) yang semestinya akan mengalami konfrontasi dengan tradisi di Perak dan istananya. Sultan Idris lebih senang menjemput Sheikh Abdullah Fahim dari Pulau Pinang untuk menyebarkan dakwah di Perak.

Di Muzium Negeri, saya ada terlihat Buku Kecil Panduan untuk Renjer hutan sekitar tahun 1959. Ia berjudul Kitab Panduan Hukom Hutan. Kalimah ‘kitab’ membawa ingatan saya ke pameran Ketamadunan sains Islam di KLCC pada tahun 2007 dahulu. Kitab-kitab fizik, falsafah dan matematik Abbasiyyah dan Kesultanan Umayyah Andalus juga disusun seolah-olah ianya kitab agama. Ada doa, khat dan hiasan seperti kitab agama dan Al Quran. Betapa desekularisasi dan paduan keilmuan Islam dengan ilmu luar yang hogomen berlaku pada era ketamadunan Islam dahulu. Buku panduan renjer itu menginsafkan saya betapa unsur kebudayaan Islam melalui platform literasi jawi-Islam telah memaktubkan dan mengabadikan nilai Islam-Melayu dalam pentadbiran hari-hari di tanah Melayu dahulu. Jelas Malaysia adalah negara berjati diri, berbudaya dan memiliki kod piawaian budayanya sendiri iaitu berteraskan unsur Islam dan tradisi Melayu sebagai teras.

Lawatan saya ke Muzium tadi dan sepanjang minggu ini mengimbau pemikiran dan rohani saya kepada peristiwa lama yang berlaku di negeri ini. Walaupun saya baru 3 bulan berada di Perak, rasanya saya telah lama ingin dan telah mengambil tahu suasana, norma dan ritma-ritma sejarah di Perak melalui pembacaan dan pengamatan dokumentasi tertentu. Lokasi akan datang yang akan saya lawati adalah Tapak Sejarah Pasir Salak yang semestinya bermotifkan  pengamatan  dan pengimbauan semula reaksi penduduk Pasir salak terhadap serangan sosial yang dilakukan oleh salah seorang pengikut Freemason,  J.W.W Birch di Perak.

Muhammad Nuruddin Bashah
Metallurgist
Prima Metal Group
Ipoh Perak
nuruddin@primametal s.com
017-6291368
http://primametals. com/
Advertisements
Perihal

TERAS PENGUPAYAAN MELAYU, sebuah badan bukan kerajaan yang memperjuangkan agenda melayu

Dikirim dalam Minda Presiden

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Perhubungan TERAS

Bagi mendapatkan maklumat lebih lanjut mengenai TERAS Pengupayaan Melayu (TERAS), sila hubungi:

Salman Siddiqiy (019-4013782)
Cikgu Azmi (019-4744856)
Tarmizi (017-5606131)

KELAS BAHASA ARAB
(selangkah memahami al-Quran dan As-sunnah)
Di Kiosk Palestin, Sungai Petani
Hubungi : Ustaz Salman 019-4013782

laman utama
Jumlah Pengunjung
  • 335,907 hits
Kalendar
Jun 2009
I S R K J S A
« Mei   Jul »
1234567
891011121314
15161718192021
22232425262728
2930  
%d bloggers like this: