SHURA dan TERAS mengutuk keras pembunuhan di Masjid Al Furqan, Narathiwat

Sekretariat Himpunan Ulama Rantau Asia (SHURA)  dan TERAS mengutuk pembunuhan saudara-saudara Islam yang sedang solat di Masjid Al Furqan di Wilayah Narathiwat pada selasa (9 hb Jun 2009) yang lalu.

Pergolakan di Thailand Selatan yang  tidak mencapai sebarang pemulihan dan penyelesaiaan amat dikesali.

Tindakan menembak secara kejam ke atas mereka yang sedang solat di masjid tersebut tidak dapat di maafkan oleh umat Islam.

SHURA dan TERAS mengutuk dengan keras siapa sahaja yang terlibat dengan pembunuhan ini dan menuntut agar seluruh umat Islam bangkit untuk bertindak memelihara kesucian masjid dan keselamatan saudara seagama nya.

SHURA dan TERAS amat kesal betapa sejak pembunuhan lebih 30 orang umat Islam oleh tentera Thailand di di dalam Masjid Kerisik , Pattani pada April 2004 , kerajaan Thailand maseh gagal mengatasi konflik yang tercetus sehingga hari ini.

Kegagalan tersebut sehingga kini telah meragut lebih 3500 nyawa dan keadaan keselamatan di kawasan yang bergolak itu tidak dapat dipuleh.

SHURA dan TERAS  berpendirian selagi hak umat Islam untuk dapat memerintah sendiri serta segala dasar diskriminasi dan undang-undang dharurat yang maseh dikuatkuasakan di 3 wilayah bergolak itu , selagi itulah umat Islam akan terus menjadi mangsa dan kemarahan mereka tidak dapat dibendung.

Ini ditambah lagi penangkapan , penculikan dan pembunuhan secara senyap terus dilakukan oleh pihak keselamatan Thailand ke atas mereka yang tanpa bukti dituduh sebagai pejuang pemisah.

Peristiwa di Tak Bai 2004 juga sehingga kini maseh belum diambil tindakan yang wajar ke atas pihak polis yang bertanggungjawab yang mengakibatkan lebih seratus orang awam terbunuh.

Kami tidak dapat menerima tuduhan melulu yang dilontar kepada golongan pemisah selagi siasatan tidak dilakukan. Pihak Thailand dan media tempatan sering kelihatan menggambarkan bahawa pejuang pemisahlah yang bertanggungjawab ke atas ketengangan yang berlaku.

Akan tetapi tindakan rambang pihak tentera dan polis Thailand yang menzalimi masyarakat Islam di kawasan selatan itu sehingga kini tidak pernah dipersoalkan.

SHURA dan TERAS juga menuntut agar Malaysia mengambil inisiatif segera supaya konflik di Thailand selatan dapat diselesaikan dengan perundingan damai melalui sidang khas ASEAN .

SHURA dan TERAS kini sedang bertindak mengembleng sebanyak 8,000 masjid di seluruh tanah air untuk mengadakan solat hajat selepas solat Jumaat serentak pada hari Jummat , 12 hb Jun 2009. Kami menyeru semua imam-imam  masjid bekerjasama melaksanakan solat hajat untuk menimbulkan kesedaran dan keprihatinan umat Islam Malaysia demi melindungi hak dan keselamatan  umat Islam di Thailand.

Mohd Azmi Abdul Hamid

Setiausaha Agung SHURA / Presiden TERAS

Advertisements
Perihal

TERAS PENGUPAYAAN MELAYU, sebuah badan bukan kerajaan yang memperjuangkan agenda melayu

Dikirim dalam Minda Presiden
4 comments on “SHURA dan TERAS mengutuk keras pembunuhan di Masjid Al Furqan, Narathiwat
  1. Rantong berkata:

    Maaf mencelah. Sekadar ingat-mengingati. Berita gembira dari al-quran kepada yg mbacanya.

    Sabda Rasulullah s.a.w. : “Siapa membaca surah Al-Waqi’ah setiap malam, dia tidak akan ditimpa kesusahan atau kemiskinan selama-lamanya. (Diriwayatkan oleh Baihaqi dari Ibnu Mas’ud r.a.)

  2. pia berkata:

    astargfirullahaladzhim..masyaallah….
    ampunkanlah dosa hamba2mu yang dizalimi

    semoga umatmu diterima sebagai mati shahid..
    sebagai umat islam sedekahkan alfatihah mengiringi mayat2 shuhada menuju ke syurga..amin.

  3. Nabil berkata:

    Tahniah kepada SHURA & TERAS atas keperihatinan dan rasa bertanggungjawab ke atas saudara seagama. TAHNIAH semoga mara terus ke depan

  4. MPLN berkata:

    Assalamualaikum.

    Kami Masyarakat Patani di Luar Negeri (MPLN) bersyukur sekiranya dapat jaling silatul rahim dengan pihak tuan, dan dapatlah kiranya kita bertukar-tukar pengalaman dalam isu semasa dunia melayu dan serantau dengan lebih berkesan dan bertangjawab.

    Sebelum dan sesudahnya kami ucapkan selamat maju jaya den diberkati Allah atas usaha mulia ini.

    Terima Kasih

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Perhubungan TERAS

Bagi mendapatkan maklumat lebih lanjut mengenai TERAS Pengupayaan Melayu (TERAS), sila hubungi:

Salman Siddiqiy (019-4013782)
Cikgu Azmi (019-4744856)
Tarmizi (017-5606131)

KELAS BAHASA ARAB
(selangkah memahami al-Quran dan As-sunnah)
Di Kiosk Palestin, Sungai Petani
Hubungi : Ustaz Salman 019-4013782

laman utama
Jumlah Pengunjung
  • 347,367 hits
Kalendar
Jun 2009
I S R K J S A
« Mei   Jul »
1234567
891011121314
15161718192021
22232425262728
2930  
%d bloggers like this: