Kawalan curi pasir perlu diperketatkan

Forum
5 hb Julai 2009

Kami mengambil perhatian berat di atas gejala perlombongan pasir secara haram. Laporan media mengenai dua buah lombong pasir haram di Sunway Semenyih, yang dikatakan mencemarkan Sungai Medang, Semenyih oleh Utusan Malaysia minggu lalu adalah hanya segelintir kes yang sebenarnya jauh lebih besar dan berleluasa di negara ini.

Dalam kes yang dilaporkan itu diberitakan lombong pasir di Sunway Semenyih yang mengakibatkan pencemaran Sungai Medang diarahkan tutup serta-merta pada 1 hb Julai 2009 selepas mendapat perhatian Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Senator Datuk T. Murugiah.

Kami menyambut baik tindakan pantas Timbalan Menteri berkenaan . Namun ini tidak samasekali dapat dirumuskan bahawa gejala curi pasir telah diatasi kerana banyak lagi kes di merata negeri di negara ini.

Sebenarnya perlombongan pasir sebagai suatu bahan mentah yang sangat tinggi permintaannya dalam sektor binaan dan projek infrastruktur adalah tarikan untuk pelbagai pihak mencari peluang mendapat keuntungan besar.

Pasir yang sedia ada adalah bahan alam yang hanya tunggu diesploitasi dan kos mereka yang mengusahakan perlombongan pasir jauh lebih kecil dari setiap unit ton pasir yang dijual. Apakah ia pasir sungai atau pasir lombong , yang pasti usaha melombong pasir sangat lumayan bagi sesiapa yang mendapat lesen dari kerajaan negeri.

Malah kerana keuntungannya yang sangat lumayan itulah yang menyebabkan ada pihak yang berani melombong pasir secara haram . Anehnya lori yang mengangkut keluar pasir yang dapat dilihat secara terang-terangan di atas jalanraya tidak pula dapat dipantau oleh pihak berkuasa. Seperti mereka yang melakukan pembalakkan yang juga secara jelas dapat dilihat diangkut keluar dari hutan melalui jalanraya , menyebabkan kami mempersoalkan apa benar ujud apa yang disebut sebagai “perlombongan pasir haram” atau “pembalakkan haram”.

Apapun , kesan yang diterima amat besar . Sudah menjadi fenomena biasa aduan oleh penduduk sekitar di kawasan-kawasan perlombongan pasir sering berhadapan dengan penguatkuasa yang lambat bertindak dan pengusaha yang tidak mempedulikan nasib masyarakat terbanyak.

Apa yang kerap berlaku ialah perhatian diberi bila agensi-agensi yang sebenarnya telah sedia maklum mengenai masalah tersebut . Namun hanya bertindak apabila pihak tertinggi di Kementerian melawat sendiri di kawasan berkenaan dan apabila media melakukan pendedahan berterusan.

Laporan kegiatan curi pasir haram di Sunway Semenyih yang mengakibatkan pencemaran di Sungai Medang yang merentasi Kampung Sungai Lalang dilaporkan Utusan Malaysia pada 29 Jun lalu adalah salah satu contoh dari kes-kes yang banyak berlaku.
Pejabat Tanah Daerah (PTD) , Jabatan Perparitan dan Saliran (JPS), Jabatan Alam Sekitar (JAS) dan Majlis Perbandaran adalah agensi yang sepatutnya bertindak.

Apa yang jelas , yang sering berlaku ialah acapkali aduan dibuat oleh penduduk kerana aktiviti perlombongan pasir mengakibatkan air sungai tercemar dan penghakisan merosakkan tebing sungai , akan tetapi ia tetap menjadi fenomena yang dianggap biasa oleh pihak berkuasa.

Ini tidak menafikan ada pendakwaan dan penyitaan mesen dan jentera pengorek dilakukan. Namun yang menjadi persoalan kenapa opearasi lombong tanpa lessen maseh terus berlaku walaupun aduan disampaikan oleh penduduk.

Kerap juga lokasi dimana perlombongan haram dilaksanakan agak terpencil ditambah terlindung dan dilakukan atas kawasan milik persendirian menyebabkan ia memudahkan aktiviti pengambilan pasir dijalankan . Akan tetapi ini tidak boleh dijadikan alasan kerana aduan telah dibuat.

Malah dalam kes di Semenyih yang dilaporkan itu luas kawasan yang telah ditarah mungkin lebih luas daripada empat padang bola dan terdapat dua buah kolam yang masing-masing seluas kira-kira sebuah padang bola. Sangat pelik hal ini tidak diketahui oleh pihak berkuasa.

Sememangnya agensi tertentu mempunyai bidang kuasa yang tertentu dari segi undang-undang yang sering menjadi alasan untuk tidak dapat berbuat apa-apa kerana bukan dalam bidangkuasa agensi berkenaan . Seperti JAS , tiada kuasa untuk menangkap pengusaha berkenaan walaupun penduduk meminta mereka berbuat demikian.

Namun bukankah agensi-agensi lain yang berkaitan boleh segera bertindak dengan secara bersepadu dimana bidangkuasa masing-masing boleh diguna untuk mendakwa pengusaha yang telah melakukan kesalahan mengikut undang-undang tertentu.

Jika JAS tidak mempunyai kuasa untuk menjalankan penguatkuasaan terhadap pencuri pasir namun JAS mempunyai undang-undang untuk mengambil tindakan kerana pihak yang menceroboh mencemarkan air sungai. Demikian juga pihak PTD , JPS dan Pihak Berkuasa Tempatan , masing-masing boleh meneliti undang-undang apa yang ada dalam bidangkuasa masing-masing untuk bertindak agar kes curi pasir segera boleh diambil tindakan.

Seperti dalam kes di Semenyih itu , PTD boleh mengenal pasti pemilik tanah berkenan bagi memudahkan tindakan diambil dan operasi pengambilan pasir boleh diberhentikan serta-merta dan jentera-jentera disita.

Mengikut laporan , ini telahpun pernah dilakukan oleh PTD yang telah menahan sebuah lori pasir yang membawa muatan dan merampas pam air dan bateri jentera, yang melumpuhkan operasi pengambilan pasir berkenaan.Pegawai PTD itu sendiri menyatakan terdapat 28 kegiatan mencuri pasir di kawasan ini (Semenyih) dan pihak PTD telah mengambil tindakan ke atas mereka dan hanya sembilan lokasi yang masih bergiat aktif. Katanya lagi tahun lalu (2008) , sebanyak 271 tangkapan telah dibuat manakala bermula bulan Januari hingga bulan Mei lalu sebanyak 35 tangkapan dilakukan selaras dengan pindaan Kanun Tanah Negara 1965.

Kami berpendapat ada yang tidak kena bila dilaporkan pihak PTD telah bertindak namun aktiviti pengambilan pasir masih berjalan seperti biasa tanpa rasa takut terhadap undang-undang. Sangat aneh dengan kuasa yang ada dan pelaku boleh didakwa dan jentera serta segala peralatan boleh disita , namun mereka maseh boleh beroperasi . Adakah masalah penguatkuasaan sedemikian lemah ataukah ada pihak tertentu yang mendalangi operasi tersebut sehingga pengusaha tidak merasa gentar kepada mana-mana agensi yang akan bertindak.

Inilah yang kami persoalkan. Betapapun kita mempunyai cukup agensi serta undang-undang untuk bertindak , namun yang menjadi faktor utama untuk membenteras kegiatan yang merosakkan alam ini ialah kesungguhan setiap pegawai dan ahli politik yang mempunyai kuasa dan mandat dari rakyat untuk bertindak.

Mohd Azmi Abdul Hamid
Penolong Setiausaha Kehormat
Sahabat Alam Malaysia

Advertisements
Perihal

TERAS PENGUPAYAAN MELAYU, sebuah badan bukan kerajaan yang memperjuangkan agenda melayu

Dikirim dalam Minda Presiden

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Perhubungan TERAS

Bagi mendapatkan maklumat lebih lanjut mengenai TERAS Pengupayaan Melayu (TERAS), sila hubungi:

Salman Siddiqiy (019-4013782)
Cikgu Azmi (019-4744856)
Tarmizi (017-5606131)

KELAS BAHASA ARAB
(selangkah memahami al-Quran dan As-sunnah)
Di Kiosk Palestin, Sungai Petani
Hubungi : Ustaz Salman 019-4013782

laman utama
Jumlah Pengunjung
  • 340,661 hits
Kalendar
Julai 2009
I S R K J S A
« Jun   Ogo »
 12345
6789101112
13141516171819
20212223242526
2728293031  
%d bloggers like this: