Tindakan roboh rumah penyembelihan khinzir amat wajar

Kenyataan Media
Warga Muafakat Pertubuhan NGO Islam Kedah (WEHDAH)
3 hb Julai 2009

WEHDAH menyokong tindakan Majlis Bandaraya Alor Setar meroboh rumah penyembilihan babi di Kampung Berjaya , Alor Setar untuk di tempatkan ke kawasan yang lebih sesuai.

Bantahan dari pengusaha dengan alasan kerana pihak berkuasa hanya memberi tempoh yang sengkat iaitu satu bulan untuk berpindah , tidak dapat diterima kerana isu rumah penyembelihan itu berada di atas tanah kerajaan serta arahan untuk berpindah telah dikeluarkan sejak beberapa tahun sebelum ini.Pengusaha rumah sembelihan itu sendiri tahu hal ini.

Dari maklumat yang dikumpul , bantahan dan aduan penduduk disekitar kawasan itu seperti Kampung Teluk Yan yang berada di sebelahan Kampung Berjaya yang menempatkan rumah sembelihan tersebut telah lama dipanjangkan kepada pihak berkuasa. Malah penceraman akibat rumah sembelihan ini telah berlarutan lebih dari 40 tahun mengikut aduan penduduk kampong yang mempunyai 40 rumah dan mempunyai 300 penduduk.

Kami juga berpendapat dengan keadaaan pembangunan dan penempatan penduduk disekitar rumah penyembelihan itu semakin bertambah maka adalah tidak sesuai lagi ianya beroperasi di kawasan itu.

WEHDAH kesal kenapa tindakan yang jelas untuk kebaikan penduduk tidak dihormati oleh pihak tertentu sehingga membawa kepada krisis yang bersifat politik .

Jika sikap dangkal hanya untuk menunjukkan kuasa dan tekanan politik ingin dijadi alat untuk tidak mahu patuh kepada undang-undang maka WEHDAH menegaskan pihak yang berkaitan tidak perlu mendakwa diri sebagai pejuang rakyat.

WEHDAH amat kesal tehadap kaedah berpatah arang yang ditunjuk oleh pihak yang berkenaan bila mengaitkan isu tersebut dengan isu-isu yang lain. Pihak ahli politik yang terlalu ghairah untuk mempertahankan kepentingan segelintir pengusaha rumah sembelihan babi tetapi memangsakan nasib ratusan orang ramai harus berfikir semula prinsip perjuangan mereka.

WEHDAH menegaskan bahawa pihak penternak dan pengusaha rumah penyembelihan babi mesti mematuhi peraturan kerana ia bukan sahaja melibatkan sensitiviti penduduk Islam malah menjadi punca pencemaran bau busuk serta najis yang menjejaskan kesihatan dan alam sekitar penduduk.

Kami menyokong sikap tegas pihak MBAS dan mengesa pihak kerajaan negeri Kedah mengenal pasti kawasan yang sesuai untuk memindahkan semua rumah sembelihan dan kawasan ternakan babi agar tidak menganggu kesejahteraan masyarakat.

Mohd Azmi Abdul Hamid
Pengerusi WEHDAH

Advertisements
Perihal

TERAS PENGUPAYAAN MELAYU, sebuah badan bukan kerajaan yang memperjuangkan agenda melayu

Dikirim dalam Minda Presiden

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Perhubungan TERAS

Bagi mendapatkan maklumat lebih lanjut mengenai TERAS Pengupayaan Melayu (TERAS), sila hubungi:

Salman Siddiqiy (019-4013782)
Cikgu Azmi (019-4744856)
Tarmizi (017-5606131)

KELAS BAHASA ARAB
(selangkah memahami al-Quran dan As-sunnah)
Di Kiosk Palestin, Sungai Petani
Hubungi : Ustaz Salman 019-4013782

laman utama
Jumlah Pengunjung
  • 335,922 hits
Kalendar
Julai 2009
I S R K J S A
« Jun   Ogo »
 12345
6789101112
13141516171819
20212223242526
2728293031  
%d bloggers like this: