Analisa kemerosotan dalaman ; faktor perubahan polisi ketenteraan AS.

Tulisan ini cuba menilai antara faktor yang menyebabkan polisi Obama pengundurkan tentera AS dari Iraq  disegerakan. Malah pelbagai tindakan Obama dilihat seolah-olah dingin dengan kempen anti pengganas yang diwarisi daripada Presiden sebelumnya. Umat  Islam kini menyambut gembira berita pengunduran tentera Amerika Syarikat di bumi Iraq (30 Jun 2009) walaupun ia masih di peringkat permulaan.

Pengunduran tentera AS seperti yang dipersetujui dalam perjanjian keselamatan AS-Iraq, menandakan satu langkah pertama ke arah pengunduran semua tentera negara tersebut dari Iraq menjelang 31 Disember 2011. Adakah plan pengunduran ini mengambarkan kemerdekaan mutlak kepada rakyat Iraq? Selepas projek pembinaan sistem pentadbiran pro Amerika dibina di Iraq, sistem ketenteraan yang bakal mewarisi paradigma anti pengganas ala Amerika, Iraq juga perlu menilai semula bagaimana bentuk kemerdekaan yang sejati serta selaras dengan kehendak rakyatnya menurut Islam.

Proses pengunduran tentera AS yang dilakukan selain dikatakan akibat manifesto Obama semasa pemilihan presiden, ia juga berlaku selepas AS menerima tamparan hebat daripada Allah SWT tanpa ada faktor luaran dan desakan luar negara yang jelas. Kejatuhan ekonomi Amerika yang berlarutan sehingga kini serta diburukkan  dengan wabak pendemik selesema babi menyebabkan seluruh warga AS terpaksa mula `menjaga tepi kain’ sendiri.

Berdasarkan maklumat barackobama. com, Amerika akui bahawa bahana perang di Iraq yang dicipta oleh regim Bush adalah suatu yang amat merugikan ekonomi dan logistic Amerika Syarikat. Perang Iraq adalah lebih panjang daripada Perang Dunia I dan Perang Dunia II serta Perang Vietnam. Lebih 4000 tentera Amerika mati serta lebih daripada 60 000 tentera mereka cedera atau cacat. Amerika telah kerugian $ 2,7 trillion dalam ke       adaan mereka masih skeptikal dengan kemampuan Iraq untuk mengekang `pengganas’

Lihat sahaja kegusaran Cif Staf Tentera Amerika , Jeneral  George Casey “hari ini tentera USA berada dalam keadaan tidak stabil. Keperluan dan desakan ketenteraan di Iraq dan Afghanistan melebihi kemampuan dan had kita sendiri malah sukar untuk penyediaan ketumbukan untuk serangan yang lain“.

Masalah ekonomi telah membawa kepada masalah pengangguran. Pengangguran yang melampau di AS telah mengundang pelbagai masalah sosial di kalangan rakyatnya sendiri. Dalam Annual Economic Outlook Conference bertempat di  University of Michigan, ahli ekonomi  telah berkata  bahawa ekonomi Amerika Syarikat   telah menjangkau tahap terendah pada tahun 2009 malah mereka meramalkan jumlah pengangguran di sana sekitar 8%. (600 000 orang kehilangan pekerjaan di AS)

Ahli ekonomi University of Michigan  Stanley Sedo, Janet Wolfe, dan  Joan Crary  telah berkata negara mereka kehilangan sekitar 2.4 million pekerjaan  serta KDNK turun 1% pada tahun 2009 ini, manakala 2% lagi pada tahun 2010 nanti. (sumber economywatch. com)

Bahana ekonomi Amerika terus menjangkiti sektor perbankan. Baru-baru ini 6 buah bank telah ditutup di Illionois yang membawa jumlah 52 buah bank yang telah ditutup di seluruh Amerika Syarikat.

Menurut JA Worldwide peningkatan KDNK Amerika Syarikat pada tahun 2009 adalah -1.6% yang membawa maksud kemerosotan KDNK negara.

Dalam bidang automatif pula jualan Toyota di Amerika berkurangan sebanyak 37 % pada Disember 2008 dan 32% pada Januari 2009. Pada 1 Mei 2009 Chrysler iaitu antara syarikat besar automotif di Amerika memfailkan kebangkrapan di mahkamah setelah kerugian sebanyak AS$16.8 bilion pada tahun 2008. Syarikat General Motor pula telah diisytihar muflis, pada 1 Jun 2009. General Motor yang telah menutup 9 buah kilangnya juga adalah syarikat yang ingin menguasai kepentingan dalam Proton di Malaysia. Secara kasar menurut motorintelligence. com, kerugian syarikat automotif di Amerika adalah sekitar 30-40% iaitu satu jumlah yang cukup menakutkan pemimpin Amerika Syarikat.

Dalam bidang kejuruteraan pula syarikat Caterpillar iaitu syarikat terbesar dalam bidang pengangkutan, peralatan konstruksi telah kerugian sebanyak 60% pada lewat 2008. Penurunan sektor perlombongan, pembinaan jalan dan pembangunan di Amerika telah menyebabkan Caterpillar telah mengurangkan pekerjanya sebanyak  20 000 orang.

Sehingga 2 Julai 2009, jumlah kes selsema babi di seluruh benua Amerika adalah sebanyak 65 256 kes termasuk 365 kematian meliputi 29 negeri di benua Amerika. Menurut Kementerian Kesihatan Amerika Syarikat,  statistik sehingga   2 Julai  2009 33,902 kes selesema babi telah melanda USA.

Kejatuhan harga minyak sebanyak AS$50 per tong dipercayai ramai pihak adalah akibat wabak selesema babi yang kian menular. Industri perlancongan, makanan dan pengangkutan di Amerika juga merudum rentetan ketidakpercayaan pelabur dengan jaminan kesihatan dan keselamatan di sana. Menurut Mark Zandi seorang ahli ekonomi di Moody’s Economy.com, masalah wabak ini yang berlarutan sehingga berbulan-bulan akan menyebabkan lebih kematian dalaman negara serta menyebabkan pemulihan ekonomi Amerika sehingga 2010 tergencat. Terlalu banyak laman web analisa ekonomi dunia yang mengaitkan kes selesema babi ini dengan kejatuhan ekonomi Amerika serta melambatkan pemulihannya semula. Daripada membazirkan wang dalam sektor peperangan, Obama memilih untuk menyuntik AS$500 bilion untuk memulihkan aset bank dan FDIC (Federal Deposit Insurance Corporation) .

Sebelum Obama menaiki kerusi tertinggi AS itu, ramai pihak menyelarnya kerana dasar Obama yang bakal mengurangkan pengeluaran peralatan perang termasuk kapal selam, jet pejuang dan peluru berpandu  dikatakan akan menggadai keselamatan Amerika. Hari ini dunia menyaksikan bahawa Amerika gawat bukan kerana ancaman senjata luar atau pengganas yang menghunus meriam ke arah mereka, sebaliknya kesukaran demi kesukaran yang cukup membimbangkan telah melanda domestik AS secara mendadak.

Umat Islam di malaysia pula perlu sedar bahawa kebergantungan kita terhadap sistem dolar Amerika yang hanya berbentuk `khayalan kertas kosong’ adalah berbahaya. Optimistik kita terhadap sistem dinar dan kekuatan tamadun beraasaskan jatibangsa Islam adalah resepi utama sepertimana yang disarankan oleh Al Farabi dan Ibnu Khaldun suatu ketika dahulu.

Muhammad Nuruddin Bashah

Setiausaha Teras Cawangan Negeri Perak

Advertisements
Perihal

TERAS PENGUPAYAAN MELAYU, sebuah badan bukan kerajaan yang memperjuangkan agenda melayu

Dikirim dalam Minda Presiden

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Perhubungan TERAS

Bagi mendapatkan maklumat lebih lanjut mengenai TERAS Pengupayaan Melayu (TERAS), sila hubungi:

Salman Siddiqiy (019-4013782)
Cikgu Azmi (019-4744856)
Tarmizi (017-5606131)

KELAS BAHASA ARAB
(selangkah memahami al-Quran dan As-sunnah)
Di Kiosk Palestin, Sungai Petani
Hubungi : Ustaz Salman 019-4013782

laman utama
Jumlah Pengunjung
  • 330,515 hits
Kalendar
Julai 2009
I S R K J S A
« Jun   Ogo »
 12345
6789101112
13141516171819
20212223242526
2728293031  
%d bloggers like this: