Wujudkan skim perumahan untuk generasi muda

TERAS mengalu-alukan langkah Kerajaan yang mencadangkan memperluas penjualan rumah Program Perumahan Rakyat (PPR) ke seluruh negara yang diumumkan oleh Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Seri Kong Cho Ha semalam.

Sememangnya isu perumahan rakyat sepatutnya diberi perhatian utama. Bukan sahaja persoalan keupayaan dan kemampuan membeli rumah sangat genting , malah kualiti rumah dan persekitaran rumah rakyat perlu juga dijadikan kriteria penting.

TERAS ingin mengesa pihak kerajaan supaya merangka strategi mengenai isu perumahan untuk generasi muda. Kami melihat ini sebagai suatu aspek perumahan rakyat yang sering tidak diungkap. Sedangkan pasangan muda yang baru berumah tangga biasanya tidak mampu membeli rumah .

Isu perumahan generasi muda bagi kami adalah isu yang sangat penting kerana sering berlaku golongan ini gagal mendapat rumah sendiri ketika mana usia mereka semakin lanjut sedangkan pendapatan maseh rendah dan kos hidup semakin meningkat.

TERAS mengesyorkan supaya skim simpanan untuk membeli rumah dikalangan generasi muda diujudkan dengan segera.

Dalam penelitian kami , negara seperti UK sudah lama memikirkan isu perumahan genarasi muda. Malah generasi muda dibimbing untuk mengetahui bagaimana merancang untuk memilikki rumah sendiri.

Pengumuman , Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin amat positif . Kenyataan beliau yang mengatakan sebanyak 44,905 unit rumah sewa di bawah PPR sedia dijual kepada penghuni yang selama ini menyewa rumah terbabit bermula November ini secara berperingkat-peringkat sepatutnya juga direncanakan agar mengambilkira perumahan untuk generasi muda.

Kenyataan bahawa terdapat kira-kira 72,000 unit rumah PPR di seluruh negara termasuk yang dimiliki oleh kerajaan tempatan dan Wilayah Persekutuan pula memiliki 44,000 unit rumah itu, menunjukkan peluang untuk menyediakan skim perumahan rakyat sangat luas di negara ini.

Malangnya maklumat dan kempen serta penyebaran maklumat mengenai rumah rakyat yang ada tidak cukup tersebar dikalangan masyarakat. Pihak yang menguruskan hal ini jika tidak agressif dalam menghebahkan maklumat yang penting ini kepada rakyat.

Kami juga menegaskan bahawa mekanisme untuk menerima permohonan membeli rumah rakyat hendaklah telus. Penyalahgunaan kedudukan dan kuasa telah menyebabkan sering berlaku kumpulan sasaran yang layak tidak mendapat kesempatan untuk membeli rumah.

Kami berpendapat jika peraturan serta prosedur menjual rumah rakyat tidak diperketatkan , akan berlaku penyelewengan yang akhirnya pengumuman Menteri berkenaan tidak mencapai matlamat.
Mohd Azmi Abdul Hamid
Presiden TERAS

Advertisements
Perihal

TERAS PENGUPAYAAN MELAYU, sebuah badan bukan kerajaan yang memperjuangkan agenda melayu

Dikirim dalam Minda Presiden

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Perhubungan TERAS

Bagi mendapatkan maklumat lebih lanjut mengenai TERAS Pengupayaan Melayu (TERAS), sila hubungi:

Salman Siddiqiy (019-4013782)
Cikgu Azmi (019-4744856)
Tarmizi (017-5606131)

KELAS BAHASA ARAB
(selangkah memahami al-Quran dan As-sunnah)
Di Kiosk Palestin, Sungai Petani
Hubungi : Ustaz Salman 019-4013782

laman utama
Jumlah Pengunjung
  • 342,507 hits
Kalendar
Julai 2009
I S R K J S A
« Jun   Ogo »
 12345
6789101112
13141516171819
20212223242526
2728293031  
%d bloggers like this: