Menilai polisi ganas China terhadap wilayah Xinjiang

Oleh : Muhammad Nuruddin Bashah ( Setiausaha Teras Caw Perak)

Menilai rusuhan antara kaum di wilayah Xinjiang yang berlau baru-baru ini bukan sekadar melihat aspek pertembungan etnik dan kekejaman tangkapan yang dibuat, tetapi menilai satu bentuk penjajahan yang terancang pada tahun 1949 serta melihat secara terperinci agenda  demi agenda yang dilakukan oleh pihak China untuk merosakkan struktur masyarakat di wilayah itu dari aspek sosiologi, antropologi dan geopolitik.

6 Julai 2009 menyaksikan hampir 200 rakyat Uygur (bangsa Turkistan Islam) mati ditembak secara rambang oleh polis China apabila rusuhan kaum Uygur berlaku di Urumqi (Ibu negeri Xinjiang). Rusuhan ini berlaku akibat pertembungan etnik Uygur dan Han yang telah lama berlaku. Perlu diketahui, Uygur telah dijajah bermula 1949 serta dipaksa menganut komunis serta meninggalkan Islam. Sesiapa yang didapati bersolat akan dikupas kulit kepala, dikupas tapak kaki, dicabut kepala dan kaki menggunakan trak, diseksa di penjara tanpa diberi mandi dan melihat cahaya selama 1-2 tahun, dimasukkan bom pada kemaluan perempuan berdasarkan pengarang  kisah sebenar kekejaman China dalam  novel Weil China yang telah diterbitkan oleh PMRAM.

Jika diteliti dalam web-web kerajaan China dan pro China, Xinjiang dikatakan telah berada dalam wilayah China sejak dinasti silam dengan mengenepikan etnik Kazaks dan Uygur sebagai salah satu pencetus ketamadunan Turki pada era Abbasiyyah dan Utmaniyyah. Mereka mendakwa dasar liberal China pada era 1980an telah menjadikan bangsa Uygur ‘naik kepala’ serta mula ingin mengeluarkan wilayah tersebut dari China.

Cendiakawan China juga berpendapat bahawa kehadiran idea Pan-Turki atau Pan Islam oleh Khalifah Utmaniyyah telah menyemarakkan semangat bangsa Uygur untuk bangun menentang ‘kerajaan’ mereka iaitu komunis China.

Menurut tesis Master of Arts in Law and Diplomacyyang disediakan oleh  Nancy Eranosian pada 21 Julai 2005, Bangsa Cgina Han telah menjadi semakin dominan di Republik Rakyat China dan bilangan mereka semakin bertambang serta menguasai etnik Uyghur yang kemudiannya menjadi minoriti. Bangsa Han memiliki kuasa di China serta melaksanakan pentadbiran di peringkat nasional mahupun di peringkat wilayah-wilayah termasuk di Xinjiang atau lebih baik sahaja disebut sebagai Turkistan Timur.  Jawatan terbesar di Xinjiang ini adalah Setiausaha XUAR Parti Komunis China yang selalunya berbangsa Han. Penjajahan sosial berlaku lebih teruk apabila bahasa Mandarin diguna secara total di semua sekolah rakyat Uygur serta dinafikan bahasa asal Uygur. Dasar ini berasaskan satu matlamat iaitu menghakis nilai Islam dalam jiwa anak muda Uygur. Buku literasi berbahasa Uygur yang membawa nilai kebangsaan Islam serta nilai agama dibakar besar-besaran pada tahun 2002. Negara jiran China digesa agar membantu Chiana membasmi pejuang pemisah Xinjiang. Media massa saban hari melabelkan bangsa Uygur sebagai bangsa mundur, pemalas dan ganas. Hal inilah yang menimbulkan ketegangan di kalangan rakyat malah diskriminasi bantuan kerajaan berlaku secara berleluasa.

Populasi Xinjiang adalah sekitar 18.5 juta (data tahun 2000). Uygur adalah pribumi asal sebanyak 446.5% populasi manakala Han adalah sebanyak 38.7%. manakala kaum minoriti lain adalah seperti Kazakh, Rusia, Hui (China islam), Mangolia, Uzbek, Tatar, Manchu, Daur dan Xibe.

Sebelum tahun 1949, populasi Uygur adalah sebanyak 75% dan bilangan ini semakin berkurangan akibat polisi China untuk membawa etnik Han menduduki wilayah itu serta mencetuskan kejutan budaya, pertembungan norma sekaligus menghilangkan tradisi Islam di wilayah muslim tersebut.

Polisi China dengan satu kerja komprehensif untuk mensekularkan Uygur, menghapuskan Islam terserlah. Malah China kononnya cuba mengikuti kempen anti pengganas Bush apabila menahan 1300 penduduk Xinjiang menjelang Sukan Olimpik China pada taun 2008. Menurut Procuratorial Daily, tangkapan ‘rahsia’ pihak China adalah bertujuan menjaga keamanan. Siksaan dan deraan yang dilakukan oleh polis China jarang sekali dihebahkan kerana komunis memiliki 1001 cara penyeksaan yang tidak masuk di akal manusia.

Jika dahulu penindasan terhadap etnik ini atas dasar menghapuskan Islam dan mengkomuniskan semua rakyat, hari ini China telah jauh melaksanakan dasar liberalisasi ekonominya seiring kempen Amerika Syarikat sekaligus memerangi ‘pengganas’ sepertimana yang diajar oleh barat. China kini mengalami perkembangan ekonomi terbaik dunia, justeru perlu menghilang semua ketegangan dalamnnya termasuk isu Uygur ini  demi menjadi jaguh ekonomi dunia. Di saat Amerika mengalami kejatuhan  ekonomi serta kemuflisan beberapa syarikat automotifnya, China kini mengalami kenaikan 36.5% serta diramal oleh pihak Deutsche Bank bakal memegang ekonomi dunia menjelang 2015. Menurut Berita Harian 10 Julai 2009, China bakal mengambil alih Amerika Syarikat dalam perusahaan automobil serta akan terus berkembang. Tidak hairan, polisi China dalam menghadapi golongan pemisah dan kaum minoriti terutama Islam adalah sama sahaja dengan polisi Amerika Syarikat.

Muhammad Nuruddin Bashah

Jurutera Metallurgis

http://soldier-of-muhammad.blogspot.com/

Muhammad Nuruddin Bashah Metallurgist
Prima Metal Group
Ipoh Perak
nuruddin@primametals.com
017-6291368
http://primametals.com/

Perihal

TERAS PENGUPAYAAN MELAYU, sebuah badan bukan kerajaan yang memperjuangkan agenda melayu

Dikirim dalam Minda Presiden

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Perhubungan TERAS

Bagi mendapatkan maklumat lebih lanjut mengenai TERAS Pengupayaan Melayu (TERAS), sila hubungi:

Salman Siddiqiy (019-4013782)
Cikgu Azmi (019-4744856)
Tarmizi (017-5606131)

KELAS BAHASA ARAB
(selangkah memahami al-Quran dan As-sunnah)
Di Kiosk Palestin, Sungai Petani
Hubungi : Ustaz Salman 019-4013782

laman utama
Jumlah Pengunjung
  • 317,616 hits
Kalendar
Julai 2009
M T W T F S S
« Jun   Aug »
 12345
6789101112
13141516171819
20212223242526
2728293031  
%d bloggers like this: