TERAS bantah saham BERNAS dikuasai syarikat luar

TERAS menyatakan bantahan keras terhadap tindakan pihak pengurusan BERNAS yang telah membenarkan sekitar 30% sahamnya dimilikki oleh sebuah frima pelaburan  luar Wang Tak Co.Ltd. berpengkalan di Hong Kong seperti yang dilaporkan dalam media kelmarin.

Firma itu dikatakan menguasai 141.51 juta saham iaitu 31.36% daripada keseluruhan 470.402 juta saham BERNAS .  Laporan urus niaga pemegang saham utama BERNAS di Bursa Malaysia  menyatakan firma itu muncul sebagai pemegang saham tunggal tersbesar.

Kenyataan yang dilaporkan oleh Bursa Saham Kuala Lumpur kelmarin sangat memeranjatkan TERAS dan  kami tidak dapat menerima tindakan ini samasekali.

Beras ialah makanan asas yang sangat perlu dikawal pengeluaran , pembekalan , pemasaran dan pengedarannya. Bukan sahaja ia adalah termasuk dalam sukuriti makanan negara malah ia juga sangat penting untuk sentiasa berada dalam penguasaan negara.

TERAS kesal kenapa kerajaan membenarkan keputusan membenarkan pemegang saham tunggal terbesar BERNAS di kuasai oleh syarikat luar. Soalnya adakah pihak kerajaan tidak dirujuk untuk memastikan BERNAS tidak membuat keputusan yang akan menjejaskan pemilikkan syarikat yang sangat strategik ini . Bukankah sebagai syarikat GLC .

TERAS dengan ini mendesak pihak kerajaan agar bertindak memastikan pemilikan 30% saham BERNAS yang dikuasai oleh syarikat luar tersebut segera dikembalikan kepada syarikat dalam negara.

TERAS melihat tindakan liberalisasi tanpa kawalan seperti ini sangat merbahaya kerana sektor yang penting seperti pembekalan beras tidak boleh di bebaskan untuk dikuasai semahunya oleh pihak luar tanpa kawalan.

TERAS mendesak supaya pihak kerajaan menyiasat bagaimana hal ini boleh berlaku , apakah ia tepat seperti yang dilaporkan oleh media , apakah rasional yang diguna oleh pihak pengurusan BERNAS , bagaimana pihak lembaga boleh membuat keputusan melepaskan saham tersebut ?

TERAS juga mendesak supaya kerajaan mengawal industri padi yang kini dikuasai oleh BERNAS agar tidak mudah keluar dari dasar menjaga sekuriti makanan negara.

Mohd Azmi Abdul Hamid

Presiden TERAS

tel 019-4744856

Advertisements
Perihal

TERAS PENGUPAYAAN MELAYU, sebuah badan bukan kerajaan yang memperjuangkan agenda melayu

Dikirim dalam Minda Presiden
One comment on “TERAS bantah saham BERNAS dikuasai syarikat luar
  1. anaktani berkata:

    assalamualaikum

    Kami masyarakat Melayu Islam Patani diluar negeri, sangat berterima kasih atas tanggungjawab anda merupakan organisasi masa yang berani berdepan dengan halangan semasa mungkin dari pihak berkempentingan.

    Namun apapun kami yakin anda bisa mengatasinya demi tanggungjawab yang mulia itu.

    salam dari kami

    Anaktani

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Perhubungan TERAS

Bagi mendapatkan maklumat lebih lanjut mengenai TERAS Pengupayaan Melayu (TERAS), sila hubungi:

Salman Siddiqiy (019-4013782)
Cikgu Azmi (019-4744856)
Tarmizi (017-5606131)

KELAS BAHASA ARAB
(selangkah memahami al-Quran dan As-sunnah)
Di Kiosk Palestin, Sungai Petani
Hubungi : Ustaz Salman 019-4013782

laman utama
Jumlah Pengunjung
  • 335,910 hits
Kalendar
Julai 2009
I S R K J S A
« Jun   Ogo »
 12345
6789101112
13141516171819
20212223242526
2728293031  
%d bloggers like this: