Politik Rakyat dan Politik Parti

Kini poltiik di Malaysia menghadapi persimpangan. Manakah yang lebih diutamakan. Memastikan seseorang itu kukuh dalam parti ataukah mendapat penerimaan di hati rakyat.

Jika dilihat dengan lebih mendalam parti hanyalah kenderaan untuk seseorang itu memperjuangkan nasib rakyat . Tidak berguna seorang itu berjuang politik untuk politik atau parti atau parti semata-mata.
Pada hakikatnya politik adalah suatu bidang kehidupan dalam pengurusan masyarakat dimana kuasa diperolehi dari mandat rakyat untuk akhirnya berkhidmat kepada rakyat.

Adalah pemikiran yang janggal bila seorang ahli poltik bekerja matia-matian untuk mendapat tempat dalam parti yang kemudiannya ditolak oleh rakyat dalam pilihanraya.

Ini kerana penolakan rakyat terhadap seorang yang bertanding mewakili parti adalah petanda rakyat menolak parti yang bertanding itu sendiri.

Natijahnya ialah kedudukan dalam parti tidak bererti dalam konteks mendapati tempat dihati rakyat.

Ironinya gejala merebut jawatan dalam parti menjadi tumpuan habisan-habisan oleh kebanyakan ahli poltiki hari ini.

Gejala berpuak-puak dalam parti dan kemudiannya merebak kepada politik wang dalam pemilihan jawatan dalam parti melambangkan politik di negara ini sudah hilang arah.

Lalu apa yang berlaku kini ialah keghairhan yang berlebihan para ahli poltik menghabiskan tenaga untuk menjamin kedudukan dalam parti.

Pada saat nyawa politik terletak kepada kedudukan dalam parti , ketika itu bermulalah pergelutan saling bersaing dalam parti mewabak .

Jika dalam pilihanraya umum janji politik kepada rakyat dihamburkan , persaingan dalam parti juga menjadi sengit bila mereka yang bersaing untuk jawatan yang dianggap strategik juga melakukan tabiat yang sama iaitu menabur janji kepada perwakilan.Malah menabur janji manis dalam persaingan dalam parti menjadi jauh lebih hodoh kerana bilangan perwakilan yang kecil memungkinkan wang dilaburkan semahunya asalkan mendapat undi yang diperlukan untuk menang dalam jawatan parti.

Pada hakikatnya seorang itu tidak semestinya boleh menjadi pemimpin hanya dengan berada dalam parti. Sesungguhnya peranan kepimpinan itu boleh dilaksanakan walaupun diluar parti politik.

Apa yang diperlukan oleh rakyat ialah mereka yang jujur dan mempunyai keupayaan untuk memperjuangkan nasib dalam sebuah negara yang meletakkan prinsip kebenaran dan keadilan sebagai prinsip yang utama. Rakyat memerlukan pemimpin rakyat yang murni dan konsisten, bukan hanya parti yang boleh datang dan pergi.

Kami berpendapat suhu politik dalam parti politik di negara ini perlu segera distabilkan. Fenomena parti-parti politik yang kini tegang sesama sendiri akan membuat rakyat muak dan mual dengan gelagat politikus yang melihat jawatan dalam parti sebagai kesempatan untuk meraih kekayaan.

Generasi muda sudah pasti tidak boleh mengambil iktibar dari semua ketegangan yang berlaku dikalangan parti-parti politik kini.Melihat kepada kehangatan ahli politik bertarung antara satu sama lain dalam parti sudah cukup untuk membuat generasi muda mengambil sikap bebal dari politik .

Walhasil politik semakin diabsahkan sebagai suatu medan yang sangat kotor dan perlu dijauhi oleh mereka yang mempunyai hasrat murni untuk berpolitik untuk rakyat.

Kami mendapati negara ini sudah tepu dengan isu-isu politik yang terlalu meleret-leret dan tidak berkesudahan.

Bukankah isu rakyat seperti wabak HINI , kegawatan ekonomi , kadar jenayah yang meningkat , rasuah , pengangguran , kerosakan akhlaq , keperluan perumahan rakyat , kos hidup yang semakin meningkat , peluang melanjutkan pendidikan yang terhad , kadar kemalangan jalanraya yang terus bertambah, perhubungan Malaysia dengan negara jiran , perhubungan antara kaum dan pengagihan ekonomi negara adalah isu-isu yang lebih mendesak untuk ditangani? Apakah ahli politik hanya menunggu kesempatan berada dalam kedudukan yang selesa dalam parti , barulah hendak memperjuangkan nasib rakyat?

Jika selepas 52 tahun kita mendakwa merdeka , para politikus hanya berada dalam kepompong yang sangat sempit ketika bertelagah dalam parti , kami melihat tidak ada masa depan yang dapat diharapkan dari para ahli politik.

Lantaran itu rakyatlah yang menjadi penilai sebenar dalam mengukur siapakah mereka yang layak untuk memimpin.

Pada hakikatnya kekuatan pemimpin walaupun berada dalam parti yang dianggap kuat bukanlah jaminan rakyat dapat menerimanya. Parti yang super besar sekalipun tidak akan mampu menewaskan keperibadian seorang pemimpin politik yang disenangi rakyat.

Lantaran itu bukan menjadi kes yang terlalu asing bila rakyat memilih seorang calon yang tidak mewakili parti. Parti yang melabur wang berjuta-juta ringgit untuk membeli undi dari rakyat akhirnya juga akan ditolak rakyat kerana akan dicop oleh rakyat sebagai parti yang melihat politik sebagai pelaburan golongan kaya-raya untuk kemudiannya meraih dividen kekayaan bila rakyat dianggap tidak penting lagi untuk survival politiknya dalam parti.

Jika ini , berlaku masa depan negara ini akan sirna dan jangan disungutkan lagi bila generasi pewaris kepimpinan negara akan mempusakai politik kotor yang tidak boleh dipulih lagi , lebih parah dari wabak HINI.

Mohd Azmi Abdul Hamid
Preisiden TERAS

Advertisements
Perihal

TERAS PENGUPAYAAN MELAYU, sebuah badan bukan kerajaan yang memperjuangkan agenda melayu

Dikirim dalam Minda Presiden
One comment on “Politik Rakyat dan Politik Parti
  1. Nuruddin berkata:

    Saya amat bersetuju dengan ulasan Cikgu. Siasah adalah agen musleh yang membaiki rakyat dan sosial. Namun siasah yang dijadikan matlamat akan mencederakan misi untk kemakmuran dan kemanusiaan, malah ia menjadi api yang memecah belah masyarakat. Saya tertarik dengan beberapa argumen Al qaradhawi dalam buku barunya berkenaan cara berinteraksi dengan siasah.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Perhubungan TERAS

Bagi mendapatkan maklumat lebih lanjut mengenai TERAS Pengupayaan Melayu (TERAS), sila hubungi:

Salman Siddiqiy (019-4013782)
Cikgu Azmi (019-4744856)
Tarmizi (017-5606131)

KELAS BAHASA ARAB
(selangkah memahami al-Quran dan As-sunnah)
Di Kiosk Palestin, Sungai Petani
Hubungi : Ustaz Salman 019-4013782

laman utama
Jumlah Pengunjung
  • 340,676 hits
Kalendar
September 2009
I S R K J S A
« Ogo   Okt »
 123456
78910111213
14151617181920
21222324252627
282930  
%d bloggers like this: