SHURA gesa jangan gadai perpaduan Islam rantau Nusantara oleh perangkap musuh

SHURA mengesa perselisihan yang digembar-gemburkan oleh segelintir pihak yang bernafsu untuk menimbulkan ketegangan perhubungan antara umat Islam di rantau ini perlu dibendung oleh semua gerakan Islam .

Isu yang ditimbulkan oleh segelintir mereka  di Indonesia yang beria-ia untuk “menganyang” Malaysia dan dengan itu melepaskan kemarahan hanya kerana dakwaan suatu aspek keseniaan Indonesia  di”curi” oleh Malaysia adalah insiden yang sangat malang .

SHURA berpendirian adalah terlalu rapuh untuk mengizinkan kesatuan umat dirosakkan dengan rumusan dan penyebaran emosi tidak terkawal di atas isu yang sangat mungkin diselesaikan dengan cara yang rasional . Umat Islam seharusnya sangat mengerti betapa keutuhan perpaduan dan kesatuan umat Islam di nusantara ini sudah lama dicemburui oleh kuasa Barat. Apa sahaja isu kecil apatahlagi isu besar akan dijadi bahan bakar emosi yang boleh membuka celah untuk mereka menjustifikasikan campurtangan di ranatau ini atas nama menjamin stabilitas.

Lantaran itu semua pihak terutama media dan para aktivis ormas dan orpol di kedua-dua negara serumpun dan seakar ini hendaklah sejujurnya mengelakkan diri dari menyumbang kepada ketegangan yang menyemarakan sentimen kemarahan yang samasekali tidak membina.

SHURA merakamkan rasa amat sedih dan malang sekali jika ada umat Islam yang mudah terperangkap dengan agenda “ pecah dan perintah” yang sedemikain lama digerakkan oleh musuh Islam diseluruh dunia.

Sesungguhnya fanatik nasionalisme kenegaraan mahupun kebangsaan  tidak boleh mengambil tempat persaudaraan dan kesatuan umat .

SHURA mengingatkan Islam samasekali tidak dapat menerima perpecahan  akibat kelalaian umat yang dipengaruhi oleh sentiment sempit asobiyyah watoniyyah. Bertitik tolak dari ingatan Allah S.W.T. dalam Surah Al Imran  “ Berpeganglah Kamu sekalian kepada tali Allah dan janganlah kamu berpecah belah…” adalah landasan yang paling kukuh untuk setiap warga keluarga Muslimin di rantau ini jangan membenarkan mana-mana pihak melaksanakan rancangan jahat untuk memecah belahkan umat Islam  .

Oleh yang demikian SHURA menyarankan perhubungan baik dan rasa kebersamaan umat di rantau ini hendaklah disuburkan melalui pelbagai gerakerja dipelbagai lapisan. Bahawa agenda lebih awla iaitu iqamatuddinul Islam  fil ardh dan cabaran yang lebih besar iaitu menangani kemunduran dan keterbelakangnya umat dari segenap aspek disamping makar musuh untuk menghancur sendi kekuatan umat , tidak boleh diganggu oleh isu-isu kecil yang dihangatkan diluar proposi dan diluar rasional.

Abdul Ghani Samsudin

Pengerusi /Ketua Umum SHURA

Perihal

TERAS PENGUPAYAAN MELAYU, sebuah badan bukan kerajaan yang memperjuangkan agenda melayu

Dikirim dalam Minda Presiden

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Perhubungan TERAS

Bagi mendapatkan maklumat lebih lanjut mengenai TERAS Pengupayaan Melayu (TERAS), sila hubungi:

Salman Siddiqiy (019-4013782)
Cikgu Azmi (019-4744856)
Tarmizi (017-5606131)

KELAS BAHASA ARAB
(selangkah memahami al-Quran dan As-sunnah)
Di Kiosk Palestin, Sungai Petani
Hubungi : Ustaz Salman 019-4013782

laman utama
Jumlah Pengunjung
  • 317,612 hits
Kalendar
September 2009
M T W T F S S
« Aug   Oct »
 123456
78910111213
14151617181920
21222324252627
282930  
%d bloggers like this: