NAJIB TIDAK WAJAR MENUDING PULA KEPADA USTAZ ABU BAKAR BASYIR

Kenyataan Perdana Menteri , Datuk Seri Najib bahawa Nordin Mat Top yang didakwa menjadi pengganas adalah kerana dipengaruhi oleh ustaz Abu Bakar Basyir adalah kenyataan yang tidak bertanggungjawab.

Apakah bukti yang ada untuk Najib membuat tuduhan tersebut? Apakah ini bermakna Najib mempunyai bukti bahawa Ustaz Abu Bakar itu seorang pendalang kepada keganasan hanya kerana itu yang sering dituduh oleh Amerika Syarikat dan Australia terhadap beliau selama ini?.

SHURA berpendirian bahawa walaupun Nordin Mat Top hanyalah orang yang terduduh namun sehingga beliau dikatakan meletupkan dirinya dalam serangan pihak polis Indonesa kelmarin, beliau tidak boleh secara muktamad dikatakan pengganas kerana ia hanya boleh dibuktikan dalam proses pendakwaan di mahkamah..

Kami berpendapat adalah sangat tidak adil untuk Najib membuat tuduhan terhadap Ustaz Abu Bakar Basyir hanya kerana mahu mengelakkan Malaysia dari dituduh mempunyai imej sebagai sarang pengganas.

SHURA kesal dengan apa yang berlaku di Indonesia , akan tetapi kami tetap berpendirian bahawa penyebab sebenar tercetus pelbagai tragedi serangan secara berani mati adalah disebabkan ketidakadilan dan kezaliman yang dilakukan ke atas perjuangan Islam diseluruh dunia.

Kami bertegas bahawa Amerika dan Israel adalah punca utama kenapa lahirnya gerakan militan dikalangan beberapa pihak pejuang-pejuang Islam. Tindakbalas dalam bentuk ketentaraan akibat pencerobohan dan penganiayaan yang dilakukan oleh tentara Amerika dan sekutunya  ke atas orang awam di banyak negara dikalangan umat Islam tidak boleh dituduh sebagai keganasan.

Kemusnahan , penafian hak ,  pencerobohan , pemerkosaan , pembunuhan , penangkapan , penyiksaan , perampasan adalah rentetan kezaliman yang dilakukan ke atas umat Islam di Palestin , Iraq , Afghanistan , Somalia , Bosnia , Kashmir , Mindanao , Thailand Selatan , Arakan dan Chechnya .Semua ini membabitkan kuasa Barat yang diketua oleh Amerika. Apakah semua ini tidak diambil kira sebagai keganasan yang sudah puluhan tahun dideritai oleh umat Islam?

Kenapakah hanya dengan dakwaan dan tuduhan semata-mata sudah cukup untuk Najib beria-ia membuat kenyataan menuding pihak lain sebagai dalang .

SHURA dengan ini menegaskan selagi hak umat Islam serta nasib umat Islam tidak cukup dibela dari pelbagai penindasan dan kezaliman , selagi itulah tindakbalas pejuang-pejuang Islam tidak akan dapat dielakkan.

Abdul Ghani Samsuddin

Pengerusi SHURA

Perihal

TERAS PENGUPAYAAN MELAYU, sebuah badan bukan kerajaan yang memperjuangkan agenda melayu

Dikirim dalam Minda Presiden

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Perhubungan TERAS

Bagi mendapatkan maklumat lebih lanjut mengenai TERAS Pengupayaan Melayu (TERAS), sila hubungi:

Salman Siddiqiy (019-4013782)
Cikgu Azmi (019-4744856)
Tarmizi (017-5606131)

KELAS BAHASA ARAB
(selangkah memahami al-Quran dan As-sunnah)
Di Kiosk Palestin, Sungai Petani
Hubungi : Ustaz Salman 019-4013782

laman utama
Jumlah Pengunjung
  • 317,612 hits
Kalendar
September 2009
M T W T F S S
« Aug   Oct »
 123456
78910111213
14151617181920
21222324252627
282930  
%d bloggers like this: