PERLAKSANAAN HUKUM SEBAT KE ATAS KARTIKA – SIS JANGAN GANGGU

Tindakan Sister in Islam menfailkan permohonan di Mahkamah Tinggi Syariah Kuantan untuk semakan dan menangguhkan perlaksanaan hukum terhadap hukuman sebat ke atas Kartika Sari Dewii Sukarno dalam kes kesalahan minum arak oleh Jabatan Agama Islam Pahang  , adalah tindakan menentang perlaksanaan hukum syariah di negara ini.

Jelas tindakan SIS adalah beragenda untuk menyekat sebarang hukuman jenayah berlandaskan syariah dikuatkuasakan di negara ini..

TERAS membantah keras niat SIS untuk terus bersikap anti hukum syariah. Perlaksanaan hukuman jenayah syariah adalah sah dan jelas termaktub dalam perlembagaan negeri dan Perlembagaan Persekutuan.

Oleh kerana itu tidak ada hak untuk SIS cuba menyekat perlaksanaannya hanya kerana ia dikatakan sedang didebatkan diperingkat masyarakat terbuka dalam negara dan luar negara.

Kami mempersoalkan atas hak apa SIS beria-ia mahu menyekat perlaksanaan hukuman syariah dinegara ini.

Pemikiran Barat yang berlandaskan faham liberal dan melihat bahawa Islam adalah soal peribadi dan tidak berkait dengan soal negara dan undang-undang menjadi latarbelakang fikiran SIS.

Oleh itu tindakan pihak SIS untuk mengheret perdebatan kes Kartika kepada Mahkamah Tinggi Syariah hanya bertujuan untuk mempersoalkan bidangkuasa mahkamah syariah..

TERAS dengan ini mengesa supaya pihak kerajaan tindak tunduk kepada tekanan mana-mana pihak . Undang-undang yang jelas diluluskan melalui perundangan negeri hendaklah dilaksanakan tanpa sebarang kekhuatiran.

Walaupun enakmen jenayah syariah di peringkat negeri yang ada kini tidak seluruhnya menepati kehendak syariat Islam yang sebenar , namun bidangkuasa dan wibawa Jabatan Agama Islam dan mahkamah Syariah hendaklahlah dipertahankan.

Mohd Azmi Abdul Hamid

presiden TERAS

Advertisements
Perihal

TERAS PENGUPAYAAN MELAYU, sebuah badan bukan kerajaan yang memperjuangkan agenda melayu

Dikirim dalam Minda Presiden
2 comments on “PERLAKSANAAN HUKUM SEBAT KE ATAS KARTIKA – SIS JANGAN GANGGU
  1. Ghuraba' berkata:

    Satu kisah untuk renungan. Kes Kartika dan hukum sebat: Kita perhatikan ramai sungguh orang Islam ber iya-iya untuk memastikan hukum sebat itu berjalan. Sepatutnya orang jahil pun tahu, hukum sebat dalam Islam hanya 40 kali sebatan tidak boleh kurang tidak boleh lebih. Dia kena sebat 6 kali, itupun sudah menjadi kecoh, dibantah oleh2 golongan Zindik (Munafik yang secara terang menzahirkan kebencian terhadap Islam) dengan sombongnya, sedangkan setiap hari mahkamah sivil menyebat pesalah yang sememangnya bukan dari kaedah syarie. 2 kesimpulan disini:
    1. hukuman yang dilaksanakan oleh mahkamah yang bergelar syariah itu sememangnya tidak syarie
    2. undang2 Allah dipandang sebagai barbarik dan pada masa yang sama undang2 sivik dianggap bertamadun

  2. Faizal Riduan berkata:

    Sudah tiba masanya bagi umat Islam di Malaysia mentakrif semula sokongan kita kepada sistem perundangan syariah memandangkan sistem perundangan sivil tidak lagi mampu melindungi kemashalatan ummah. Hari ini umat Islam adalah populasi terbesar melebihi 85% penghuni penjara dan pusat pemulihan. Kita perlu yakin terhadap karya tuhan jika tidak mahu mengalami kompliksi krisis persepsi sebagaimana sindrom yang menimpa Sisters in Islam (SIS) yang telah ditulis di Malaysiakini dan akhbar Sinar Harian. Muat naik rencana dan tinggalkan komen anda “di sini” atau mana-mana laman sesawang yang memuatkan sebarang rencana mengenainya sebagai satu sokongan bantahan terhadap perlekehan sistem perundangan Islam oleh SIS.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Perhubungan TERAS

Bagi mendapatkan maklumat lebih lanjut mengenai TERAS Pengupayaan Melayu (TERAS), sila hubungi:

Salman Siddiqiy (019-4013782)
Cikgu Azmi (019-4744856)
Tarmizi (017-5606131)

KELAS BAHASA ARAB
(selangkah memahami al-Quran dan As-sunnah)
Di Kiosk Palestin, Sungai Petani
Hubungi : Ustaz Salman 019-4013782

laman utama
Jumlah Pengunjung
  • 330,515 hits
Kalendar
September 2009
I S R K J S A
« Ogo   Okt »
 123456
78910111213
14151617181920
21222324252627
282930  
%d bloggers like this: