Membeli gelaran akan menmbulkan krisis keyakinan

TERAS memandang serius gejala “membeli” gelaran Datuk dari luar negara dan PhD ‘secara ekspres’ seperti yang didedahkan oleh Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr. Rais Yatim kelmarin. Menurut beliau kegiatan tersebut semakin serius dan menjadi-jadi.

Kata beliau, budaya membeli gelaran sosial sudah berlarutan hampir satu dekad dan pembelian dari luar adalah lanjutan daripada sikap menjual gelaran yang sama di dalam negara.

Sementara TERAS tidak terlalu ghairah dengan sindrom gelaran yang dicipta oleh sistem kini , namun gejala menipu dan mengeksploitasi gelaran untuk kepentingan diri adalah suatu jenayah yang perlu dibenteras dengan tegas.

Kami berpendapat bahawa punca gejala ini berleluasa ialah apabila ujudnya persepsi masyarakat terhadap gelaran yang boleh meraih keuntungan wang yang lumayan. Pengaruh gelaran dan sijil kini sudah menjadi suatu produk dagangan yang digilai oleh masyarakat lantaran budaya dan nilai tinggi kepada ilmu dan pengorbanan semakin menipis dalam masyarakat.

TERAS dengan itu mengesa pihak yang bertanggungjawab untuk bertindak ke atas mereka yang terbukti melakukan penipuan agar gejala ini tidak dilihat remeh oleh masyarakat.

Dalam masa yang sama kami berpendapat persepsi masyarakat terhadap gelaran dan sijil perlu diubah untuk mengelakkan masyarakat dari terlalu bergantung kepada sifat kulit dan bentuk dan mengutamakan isi serta nilai sahsiyah yang lebih murni. Kita tidak mahu masyarakat berkasta diujudkan di negara ini berdasarkan gelaran dan sijil.

Sementara itu imej negara akan terjejas teruk jika hal ini dibiarkan berleluasa. Bukan sahaja nilai ilmu di negara ini akan dipandang rendah oleh pihak luar malah Malaysia akan dilabel sebagai negara yang menghasilkan ‘ilmuan palsu’.

TERAS memandang dakwaan Rais bahawa lahirnya pemimpin muda yang sesetengahnya berstatus pemimpin masyarakat , memiliki ijazah PhD belian dan tidak diiktiraf adalah dakwaan yang serius. Kenyataan beliau perlu disiasat segera. Mereka yang terlibat perlu didedahkan agar masyarakat tidak menjadi mangsa penipuan yang berterusan.

Kami mengesa undang-undang yang ketat dalam hal ini perlu digubal.

Bukan sahaja kesan jangka pendek negara akan terjejas malah Malaysia berpotensi melahirkan krisis keyakinan yang parah dalam jangka panjang dikalangan warga tempatan malah juga dari pihak luar.

Mohd Azmi Abdul Hamid
Presiden TERAS

Advertisements
Perihal

TERAS PENGUPAYAAN MELAYU, sebuah badan bukan kerajaan yang memperjuangkan agenda melayu

Dikirim dalam Minda Presiden

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Perhubungan TERAS

Bagi mendapatkan maklumat lebih lanjut mengenai TERAS Pengupayaan Melayu (TERAS), sila hubungi:

Salman Siddiqiy (019-4013782)
Cikgu Azmi (019-4744856)
Tarmizi (017-5606131)

KELAS BAHASA ARAB
(selangkah memahami al-Quran dan As-sunnah)
Di Kiosk Palestin, Sungai Petani
Hubungi : Ustaz Salman 019-4013782

laman utama
Jumlah Pengunjung
  • 340,661 hits
Kalendar
September 2009
I S R K J S A
« Ogo   Okt »
 123456
78910111213
14151617181920
21222324252627
282930  
%d bloggers like this: