TERAS lancar gerakan Masyarakat Basmi Arak

TERAS akan melancarkan kempen basmi arak melalui Gerakan Masyarakat Bertindak Basmi Arak (Action Against Alcoholism) . Gejala minuman keras semakin serius di negara ini yang telah melibatkan kesan buruk ke atas pelbagai kaum .

Kami berpendapat bukan sahaja gejala arak menjejaskan kesihatan , malah memburukkan keadaan sosial , ekonomi dan budaya masyarakat.

TERAS berpendapat isu hak orang bukan Islam untuk minum arak tidak boleh disekat tidak timbul kerana keselamatan dan kesejahteraan awam lebih utama dari kepuasaan dan hak individu.

Gerakan ini akan melibatkan pelbagai kaum supaya mesej mengenai bahaya arak dan kesannya akan dapat disampaikan kepada semua etnik di negara ini. Mesej yang akan disampaikan akan merentas keperayaan ideologi dan agama.

Kami berpendirian bahawa negara ini tidak harus meneruskan pengeluaran lesen menjual arak semada untuk minum peribadi atau di majlis terbuka. Matlamat sifar arak adalah matlamat yang akan cuba dicapai oleh gerakan ini.

Lantaran itu pendirian kami usaha untuk akhirnya menutup kilang arak di Malaysia perlu didokong oleh semua pihak.

Hujah kesan kepada ekonomi dari segi pendapatan cukai untuk kerajaan tidak boleh mengatasi hujah kesan sosio-ekonomi yang jauh lebih tinggi.

TERAS sangat prihatin terhadap gejala minum arak yang jelas membawa kesan buruk kepada masyarakat.

Pelbagai insiden betapa ia terbukti menjadi budaya cukup merbahaya di negara ini sudah memadai untuk industri arak di basmi.

Kenyataan pengambilan minuman beralkohol atau arak dikenal pasti punca kepada 30 peratus kemalangan jalan raya di Malaysia seperti yang didedahkan oleh Sekretariat Pertubuhan Antarabangsa Kawalan Produk Malaysia, David Ong Chan Hor adalah bukti kukuh kenapa kempen ini mesti dijayakan. Beliau mendedahkan hal tersebut berdasarkan laporan Majlis Keselamatan Jalan Raya (MKJR).

TERAS yakin masyarakat Malaysia boleh menerima kenyataan bahawa individu yang minum arak terutama dalam kuantiti yang banyak akan mabuk dan berada dalam keadaan kurang normal. Risiko terlibat dalam kemalangan pastinya adalah tinggi.

Bukan sahaja fakta ini tidak dapat dinafikan malah pengambilan minuman beralkohol juga mengakibatkan keganasan rumah tangga.

Berdasarkan maklumat Pertubuhan Bantuan Wanita di negara ini, pengaruh alkohol menyebabkan seseorang itu terutama suami melakukan keganasan terhadap pasangannya.

Lebih buruk lagi Alkohol menyebabkan pemikiran individu tidak normal yang juga menyumbang kepada masalah penderaan terhadap anak.

Malah David berkata lagi bahawa, kesan lain yang sering timbul daripada pengambilan alkohol atau arak adalah melakukan pembunuhan dan perceraian.

Di Eropah, seorang pakar perunding, Peter Anderson yang mengkaji kesan berhubung pengambilan alkohol mendapati ia menyumbang 40 peratus kes keganasan dan penderaan terhadap sembilan juta kanak-kanak.

Dengan ini TERAS yakin kempen ini akan mendapat sambutan dari sebilangan besar rakyat di negara ini tidak mengira ideologi dan kaum.

Mohd Azmi Abdul Hamid

Presiden TERAS

Advertisements
Perihal

TERAS PENGUPAYAAN MELAYU, sebuah badan bukan kerajaan yang memperjuangkan agenda melayu

Dikirim dalam Minda Presiden
3 comments on “TERAS lancar gerakan Masyarakat Basmi Arak
  1. amirul berkata:

    Salam, tahniah kepada TERAS atas wajah baru blog ini. Moga ianya akan sentiasa dikemaskini bagi menjadi sumber rujukan ilmiah di ruang siber yang penuh dengan bermacam-macam fakta dongeng..

  2. baktiar berkata:

    Tahniah, diatas wajah baru blog ini. semoga kita dapat bekerjasama dalam pelbagai usaha mengupaya komuniti setempat. Gerakan Masyarakat Basmi Arak baik dan perlu mendapat dokongan pelbagai pihak. Tq

  3. siti askah berkata:

    tahniah teras. alhamdulillah, kesedaran di kalangan masyarakat kita tentang arak ini semakin baik. cuma tiada tindakan yang benar-benar tegas diambil oleh pihak berkuasa. apakan daya, kita hanya insan kecil yang berusaha mencari jalan mencegah kemungkaran .ALLAHUAKBAR!

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Perhubungan TERAS

Bagi mendapatkan maklumat lebih lanjut mengenai TERAS Pengupayaan Melayu (TERAS), sila hubungi:

Salman Siddiqiy (019-4013782)
Cikgu Azmi (019-4744856)
Tarmizi (017-5606131)

KELAS BAHASA ARAB
(selangkah memahami al-Quran dan As-sunnah)
Di Kiosk Palestin, Sungai Petani
Hubungi : Ustaz Salman 019-4013782

laman utama
Jumlah Pengunjung
  • 330,555 hits
Kalendar
September 2009
I S R K J S A
« Ogo   Okt »
 123456
78910111213
14151617181920
21222324252627
282930  
%d bloggers like this: