TERAS kesal politik rasuah masih dipilih menjadi calon

TERAS sangat kesal betapa politik rasuah yang terang-terangan terbukti tetap menjadi pilihan untuk diketengahkan sebagai calon pilihanraya Bagan Pinang. Apapun alasan bahawa calon yang berkenaan mempunyai keberangkalian untuk menang namun ketetapan untuk memileh calon tersebut merupakan mesej yang sangat jelas membawa implikasi buruk untuk generasi muda.

Apa yang jelas ialah kriteria pemimpin yang bersih dari amalan politik wang hanya menjadi retorik kosong semata-mata. Betapapun calon tersebut mungkin boleh ditabalkan sebagai pemenang yang dipileh melalui proses pilihanraya yang dianggap demokratik , namun rakyat tidak lagi boleh berbangga dengan politik yang berintegriti yang kononnya menjadi kriteria utama dinegara ini.

TERAS sangat khuatir dengan tren yang sedang diukir oleh pemimpin negara sekarang. Nampakanya keghairahan untuk menang sudah mengatasi segala pertimbangan lain. Sesungguhnya pemimpin yang menteriakkan slogan 1 Malaysia yang mendakwa mengenengahkan prinsip rakyat diutamakan dan kecemerlangan didahulukan , sebenarnya cuma slogan kosong. Hanya dengan kegilaan untuk menang dengan mengataskan namakan “kehendak rakyat” , politik wang diabsahkan sebagai amalan politik yang boleh diterima.

Apakah rasuah dalam parti dianggap isu kecil .? Padahal ia adalah petunjuk pertama mengenai integriti sebuah parti untuk diberi kepercayaan memerintah diperingkat kerajaan. Jika perwakilan seramai 2500 orang diperhimpunan agung boleh dibeli dengan wang , siapa yang dapat menjamin nasib rakyat tidak digadai oleh orang yang sama bila kuasa berada ditangannya.

TERAS mendesakkan agar pihak SPR bertindak membatalkan pencalonan tersebut jika beliau terus menyerahkan borang pencalonan di Bagan Pinang pada 3 hb Oktober 2009 ini. Kesalahan rasuah sepatutnya menjadi kriteria yang sangat serius untuk pencalonan ditolak kerana pilihanraya akan menjadi medan sesiapa sahaja yang telah melakukan jenayah rasuah untuk tetap diterima menyertai pilihanraya.

Demokrasi negara ini bermakna tidak ada nilai lagi lantaran ia boleh ditandingi oleh sesiapa sahaja tanpa mengambil kira rekod jenayah yang dilakukan.

Mohd Azmi Abdul Hamid

Presiden TERAS

Advertisements
Perihal

TERAS PENGUPAYAAN MELAYU, sebuah badan bukan kerajaan yang memperjuangkan agenda melayu

Dikirim dalam Minda Presiden

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Perhubungan TERAS

Bagi mendapatkan maklumat lebih lanjut mengenai TERAS Pengupayaan Melayu (TERAS), sila hubungi:

Salman Siddiqiy (019-4013782)
Cikgu Azmi (019-4744856)
Tarmizi (017-5606131)

KELAS BAHASA ARAB
(selangkah memahami al-Quran dan As-sunnah)
Di Kiosk Palestin, Sungai Petani
Hubungi : Ustaz Salman 019-4013782

laman utama
Jumlah Pengunjung
  • 324,014 hits
Kalendar
Oktober 2009
M T W T F S S
« Sep   Nov »
 1234
567891011
12131415161718
19202122232425
262728293031  
%d bloggers like this: