Benteras pelacuran hingga ke akar umbi

TERAS mengambil berat terhadap pendedahan Utusan Malaysia mengenai operasi pelacur luar negara yang bergiat di Malaysia.

Walaupun pelacuran dianggap pekerjaan paling tua dalam sejarah manusia , ini tidak bermakna masyarakat harus bersikap sambil lewa dan tidak peduli langsung.

Laporan yang telah didedahkan dalam Utusan Malaysia mengenai arus kedatangan pelacur dari negara luar yang menjadikan Malaysia sebagai destinasi bukan sahaja sangat mengecewakan malah menandakan ujudkan sindrom tidak peduli dikalangan sebahagian besar masyarakat kita.

Kita pernah didedahkan bahawa jika dijumlahkan pelacur tempatan dan pelacur luar ia mencecah angka puluhan ribu. Pelacur luar yang dinyatakan datang dari 21 negara mengambarkan Malaysia sudah menjadi destinasi dan hub pelacuran antarabangsa.

Soalnya kenapa fenomena ini semakin berleluasa. Seolah-olah ia akan menjadi suatu realiti Malaysia yang semakin kekal dalam lanskap sosial negara ini.

Setelah segala tindakan dilaksanakan oleh pihak berkuasa semada dari Bukit Aman mahupun dari pejabat agama Islam akan tetapi nampaknya kegiatan maksiat yang menjijikkan ini bukan semakin mengurang malah semakin bertambah.

Harus dingat bahawa yang dilapor oleh pihak Bukit Aman mengenai angka tangkapan dan pendakwaan mereka yang terlibat itu hanya secebis sahaja dari keseluruhan yang tidak dapat dikesan.

Sementara pihak berkuasa serius untuk membendung gejala ini namun kita tahu ia sangat sukar untuk dibersihkan kerana adanya permintaan.

Bermakna isu yang lebih mendasar ialah pelacuran terus ujud kerana adanya sebuah pekerjaan yang beroperasi berdasarkan nafsu manusia yang tidak dapat dikawal.

Pasaran industri pelacuran adalah nafsu dan bahan dagangnya adalah tubuh manusia. Dengan yang demikian akan berpanjanganlah isu ini sehingga kehari terakhir bumi ini ujud.

Akan tetapi kita tidak pula dilepaskan dari tanggungjawab untuk berusaha sekeras mungkin agar gejala ini di enteras.

Disamping adanya undang-undang untuk pihak berkuasa bertindak kita juga sedar bahawa hidup beragama yang kukuh sahaja yang mampu membendung gejala ini daripada berleluasa.

Kita tidak mungkin akan bersetuju untuk mengambil langkah seperti negara-negara lain yang mengujudkan kawasan khas untuk membenarkan pelacuran beroperasi secara sah. Alasan langkah ini dilakukan ialah agar ia tidak berleluasa dimana-mana dan akan lebih mudah dikawal.

Namun ini juga bermakna kita mengabsahkan pelacuran yang tidak boleh diterima semasekali dalam Islam dan budaya kita.

Lantaran itu jalan yang perlu kita ambil ialah melakukan tindakan serampang banyak arah.

Kita harus adakan langkah pendidikan yang sangat efektif baik melalui saluran formal mahupun tidak formal . Langkah ini ialah dengan menanamkan penghayatan tatacara hidup Islam yang mantap dikalangan masyarakat Islam disemua lapisan.

Sekaligus dengan itu kita mesti mengintensifkan kempen kesedaran akibat buruk dari melanggan pelacur dari segi kesihatan , sosial, kestabilan keluarga, jenayah, dan ekonomi negara.

Kami juga menyarankan supaya segala lorong dan kesempatan untuk pihak yang cenderung untuk mengambil peluang menjalankan pelacuran secara bersindiket hendaklah segera ditutup seketat-ketatnya.

Dalam hal ini kita tidak ada cara lain melainkan mengambil sikap tegas bila ada pihak dari dalam agensi penguatkuasa sendiri yang bersekongkol untuk meraih kekayaan melalui industri pelacuran.

Mereka yang diamanahkan dengan kuasa dan didapati terlibat dengan sindiket pelacuran tidak boleh dikompromi semasekali. Kakitangan dari pihak agensi penguatkuasa mesti diambil tindakan tegas jika didapati turut terlibat mendapat keuntungan dengan cara melindungi dan menjadi dalang kepada sindiket pelacuran.

Kami juga menyarankan bahawa pihak berkuasa dan masyarakat perlu bermuafakat dalam membenteras gejala ini dengan mengawal segala kegiatan yang boleh membuka ruang untuk pihak tertentu terjebak dengan maksiat.

Sudah terlalu banyak acara hiburan yang tidak terkawal yang meransang anak muda untuk melayan nafsu yang sukar dibendung jika tidak dengan kesedaran agama yang kuat.

Lantaran itu kerjasama dan persefahaman dikalangan pihak berkuasa , ibubapa , ketua masyarakat, pemimpin dan media perlu saling mengukuh supaya program membenteras gejala ini dapat dijayakan dengan sempurna.

Mohd Azmi Abdul Hamid

Presiden TERAS

Advertisements
Perihal

TERAS PENGUPAYAAN MELAYU, sebuah badan bukan kerajaan yang memperjuangkan agenda melayu

Dikirim dalam Minda Presiden

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Perhubungan TERAS

Bagi mendapatkan maklumat lebih lanjut mengenai TERAS Pengupayaan Melayu (TERAS), sila hubungi:

Salman Siddiqiy (019-4013782)
Cikgu Azmi (019-4744856)
Tarmizi (017-5606131)

KELAS BAHASA ARAB
(selangkah memahami al-Quran dan As-sunnah)
Di Kiosk Palestin, Sungai Petani
Hubungi : Ustaz Salman 019-4013782

laman utama
Jumlah Pengunjung
  • 335,432 hits
Kalendar
Oktober 2009
I S R K J S A
« Sep   Nov »
 1234
567891011
12131415161718
19202122232425
262728293031  
%d bloggers like this: