SHURA mengutuk polisi double standard US dan Israel dalam isu senjata Neuklear

SHURA dan TERAS mengutuk kelab negara-negara yang memilikki senjata nuklear seperti US , Russia , China , UK dan Perancis yang bersikap double standard dan hipokrit bila bercakap soal bahaya senjata tersebut yang didakwa dimiliki oleh Iran.

Apatah lagi bila dunia tahu Israel adalah negara yang sememangnya memiliki senjata nuklear . Mengikut Dr. Avner Cohen, pengarang buku “Israel and the Bomb” dianggar Israel memilikki 200 lebih peluru berpandu nuklear atau nuclear warheads .

Bukan sahaja Israel mempunyai keupayaan dari segi mengembangkan kekuatan nukliarnya malah juga keupayaannya menyerang negara lain (striking capacity) .

Akan tetapi Israel tidak dipersoalkan oleh negara-negara lain terutamanya US.

Polisi “ jangan tanya dan jangan beritahu “ ( don’t ask and don’t tell policy) yang telah dimeterai antara US dan Israel pada 26 September 1969 telah membenarkan Israel membangunkan senjata nukliarnya tanpa disoal oleh US atau oleh mana-mana kuasa besar .

Israel sememangnya mempunyai keupayaan nukliar dan senjata nukliar dan secara resmi Israel mempunyai polisi tidak mengakuinya dan juga tidak menafikannya.

Stesyen Nukliar Dimona Israel terletak dipadang pasir Negev.

Malah Israel adalah negara yang paling berahsia mengenai senjata nukliarnya dan ia tidak diperlukan untuk mendedahkannya kepada badan dunia mengenai tenaga atom iaitu International Atomic Energy Agency (IAEA).

Pada hal badan itu beria-ia mengenakan siasatan paling terperinci terhadap Iran yang didakwa mempunyai keupayaan nukliar.

Israel mengatakan ia mendesak komuniti antarabngsa untuk mengambil langkah tegas dan segera untuk menyekat program nukliar Iran.

Akan tetapi bagaimana pula dengan senjata nukliar Israel?

Sebab itu SHURA dan TERAS sependirian dengan pelbagai aktivis anti nukliar dunia bahawa usaha untuk menyekat pembangunan senjata nukliar semada di Asia Barat mahupun dikawasan lain tidak akan berjaya kerana ujudnya double standard terhadap Israel yang diamalkan oleh kuasa-kuasa besar dunia.

Walaupun ada ura-ura jabatan negara US ingin Israel menandatangani perjanjian menyekat proliferasi nukliar , tetapi kenyataan dari Rumah Putih US pula menyebut bahawa program nukliar Israel dan Iran tidak dapat disamakan kerana ini bagaikan “buah epal dan buah oren”

Lebih jelas lagi US didapati bersikap membisu mengenai senjata nukliar Israel

Mengikut laporan yang tidak ada yang berani menafikannya dari kedutaan Israel di Washington dan di Majlis Keselamatan Nasional di Rumah Putih , Presiden Barack Obama telah bersetuju untuk mematuhi polisi 40 tahun yang membiarkan Israel menyimpan senjata nukliar tanpa mendedahkannya kepada pemeriksaan antarabangsa , mengikut sebuah akhbar US.

Dalam laporan pada 3 hb Oktober 2009 The Washington Times menyebut 3 sumber tanpa nama yang mengatakan Obama mengesahkan kepada Binyamin Netanyahu, PM Israel, bahawa beliau akan mengekalkan policy “don’t ask, don’t tell”. Insiden itu dilaporkan ketika kedua-duanya bertemu di Rumah Putih di Washington Mei yang lalu.

Avner Cohen, seorang pakar Israel dan penulis, mengatakan menurut akhbar tersebut “the United States passively [accepts] Israel’s nuclear weapons status as long as Israel does not unveil publicly its capability or test a weapon”.

Tiada semakan secara resmi perrjanjian menegai polisi ini yang dikatakan dimeterai pada 1969 antara Richard Nixon dan Golda Meir, PM Israel ketika itu.

Nampaknya bila Obama bercakap mengenai polisi dunia tanpa senjata nukliar ia dianggap tidak terpakai untuk Israel. Israel tetap mengatakan hal itu dituju hanya kepada Korea utara dan Iran sahaja.

Inilah yang dikatakan hubungan persefahaman strategik antara Isreal dan US.

Although there is no formal record of the understanding – nor have Israeli nor American governments ever publicly acknowledged it – some documents hint at an agreement between the two nations.

Sebuah dokumen rahasia yang didedahkan dari perpusatakaan Nixon pada 2007 yang disimpan sebagai dokumen sulit iaitu memo July 19, 1969, dari Henry Kissinger,ketika sebagai penasihat keselamatan nasional US menunjukkan ada perjanjaian tersebut.

Memo tersebut mengatakan “while we might ideally like to halt actual Israeli possession, what we really want at a minimum may be just to keep Israeli possession from becoming an established international fact”.

Mohd Azmi Abdul Hamid

Setiausaha Agung SHURA

Presiden TERAS

Advertisements
Perihal

TERAS PENGUPAYAAN MELAYU, sebuah badan bukan kerajaan yang memperjuangkan agenda melayu

Dikirim dalam Minda Presiden

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Perhubungan TERAS

Bagi mendapatkan maklumat lebih lanjut mengenai TERAS Pengupayaan Melayu (TERAS), sila hubungi:

Salman Siddiqiy (019-4013782)
Cikgu Azmi (019-4744856)
Tarmizi (017-5606131)

KELAS BAHASA ARAB
(selangkah memahami al-Quran dan As-sunnah)
Di Kiosk Palestin, Sungai Petani
Hubungi : Ustaz Salman 019-4013782

laman utama
Jumlah Pengunjung
  • 335,907 hits
Kalendar
Oktober 2009
I S R K J S A
« Sep   Nov »
 1234
567891011
12131415161718
19202122232425
262728293031  
%d bloggers like this: