TERAS bantah keras JAG minta kajisemula dan mansuhkan undang-undang Jenayah Syariah

TERAS semasekali tidak akan dapat menerima sebarang usaha dari mana-mana pihak yang cuba mengesa supaya kerajaan pusat mahupun negeri mengkaji semula dengan tujuan untuk memansuhkan undang-undang syariah seperti yang terkandung dalam memorandum Joint Action Group for Gender Equality (JAG) yang telah diserah kepada Perdana Menteri pada 1 hb Oktober 2009 baru-baru ini.

TERAS membantah keras usaha kumpulan ini yang berniat untuk menafikan kedaulatan undang-undang syariah sebagai undang-undang yang sah di negara ini seperti yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.

Kumpulan sekular dan liberal ini yang terdiri dari kalangan individu dan organisasi berfikiran Barat yang mendakwa memperjuangkan hak dan kesamaan kaum wanita ala gerakan fenimisme Barat secara jelas bertujuan untuk menentang perlaksanaan undang-undang jenayah syariah di negara ini.

TERAS mengecam kumpulan ini yang mendakwa hukuman sebat yang ada dalam undang-undang syariah seperti yang telah dijatuhkan ke atas kes Kartka Seri Sukarno bersabit dengan kesalahan minum arak sebagai kejam dan tidak bermaruah.

TERAS menganggap bahawa kumpulan dan individu yang telah mendokong memorandum tersebut telah menghina hukum Islam yang jelas dan secara sengaja mencabar kewibawaan mahkamah syariah yang ujud di negara ini.

Tuduhan kumpulan ini bahawa hukuman sebat seperti yang ditetapkan oleh undang-undang syariah yang telah dijatuhkan ke atas Kartika sebagai menjejaskan maruah dan imej negara merupakan tuduhan yang berniat jahat dan menghasut masyarakat untuk menghina undang-undang Islam .

Apatahlagi urusan undang-undang syariah adalah juga terletak dibawah bidangkuasa Raja-raja Melayu , maka tindakan kumpulan ini secara jelas mencabar kuasa Raja-raja Melayu dalam hal urusan agama Islam di negara ini.

TERAS menegaskan bahawa JAG dengan jelas mempunyai agenda untuk menghapuskan undang-undang syariah di negara ini . Mereka bukan sahaja melakukan tindakan ini kerana kejahilan dan berfikir dangkal dalam hal memahami keadilan hukuman Islam dalam semua bidang , malah perbuatan mereka ini adalah lahir dari minda mereka yang terpengaruh dengan agenda Barat berkaitan dengan Islam .

TERAS mendesak supaya pihak kerajaan melihat percubaan kumpulan ini untuk menghapuskan undang-undang syariah di negara ini sebagai tindakan menghasut orang ramai untuk mempersoalkan bidangkuasa mahkamah syariah dan mencabar bidangkuasa Raja-raja Melayu.

Bagi TERAS , tindakan kumpulan ini boleh membawa kepada gangguan kestabilan awam kerana ia boleh mencetuskan kemarahan dikalangan umat Islam , bila hukum syariah dicabar dan dihina.

TERAS juga mengesa pihak berkuasa yang berkenaan segera menyiasat kumpulan ini dan memastikan tindakan tegas diambil agar masyarakat tidak terkeliru dengan pemikiran yang menyentuh perkara Islam .

Mohd Azmi Abdul Hamid

Presiden TERAS

Advertisements
Perihal

TERAS PENGUPAYAAN MELAYU, sebuah badan bukan kerajaan yang memperjuangkan agenda melayu

Dikirim dalam Minda Presiden

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Perhubungan TERAS

Bagi mendapatkan maklumat lebih lanjut mengenai TERAS Pengupayaan Melayu (TERAS), sila hubungi:

Salman Siddiqiy (019-4013782)
Cikgu Azmi (019-4744856)
Tarmizi (017-5606131)

KELAS BAHASA ARAB
(selangkah memahami al-Quran dan As-sunnah)
Di Kiosk Palestin, Sungai Petani
Hubungi : Ustaz Salman 019-4013782

laman utama
Jumlah Pengunjung
  • 340,661 hits
Kalendar
Oktober 2009
I S R K J S A
« Sep   Nov »
 1234
567891011
12131415161718
19202122232425
262728293031  
%d bloggers like this: