TERAS sokong syor dan kempen cegah rokok dipertingkatkan

TERAS menyokong syor Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun), Abdul Fattah Harun (Pas-Bukit Tuku), di persidangan DUN negeri Kelantan ke 12 kelmarin yang mencadangkan supaya Kerajaan Kelantan tidak memberi peluang kenaikan pangkat kepada mana-mana Adun dan pegawai kerajaan negeri yang merokok atau enggan berhenti daripada tabiat itu.

Kami berpendirian bahawa membasmi tabiat merokok adalah suatu jihad besar jika diambilkira kesan merokok kepada kesihatan , ekonomi , produktiviti pekerja , sosial, alam sekitar dan pencegahan generasi muda dari terjebak dengan penagihan dadah.

Jihad ini bukan hanya berkait dengan soal kesihatan akan tetapi berdasarkan fatwa yang telah dikeluarkan sejak 1995 oleh Majlis Fatwa Kebangsaan , ia sudah menjadi tanggungjawab agama yang serius.

Oleh itu langkah yang paling tepat yang sepatutnya dilakukan ialah pihak Kerajaan mewartakan fatwa kebangsaan tersebut sebagai undang-undang dalam enakmen hal ehwal Islam negeri dan dikuatkuasakan dengan bersungguh-sungguh.

Kenyataan bahawa banyak program dan kempen menghentikan tabiat merokok di kalangan rakyat termasuk oleh Kerajaan Pusat tidak membuahkan hasil yang diharapkan adalah kerana pihak berkuasa dan rakyat maseh bersikap bahawa merokok adalah hak peribadi. Padahal sangat jelas merokok adalah perbuatan yang menjejaskan bukan sahaja diri,keluarga malah juga negara.

Kami berpendirian langkah pewartaan dan penguatkuasaan Fatwa Merokok Haram adalah langkah terbaik. Langkah-langkah yang lain hanya menjadi pelengkap kepada langkah perundangan ini kerana kami menganggap bahawa industri rokok pada hakikatnya adalah industri jenayah. Jenayah tidak hanya boleh dibendung melalui kesedaran tetapi perlu dicegah dengan penguatkuasaan undang-undang.

Sementara itu kami berpendapat Saranan Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, sebelum ini bahawa mana-mana pemimpin Pas yang merokok tidak akan dipertimbangkan untuk bertanding dalam pilihan raya , adalah satu saranan yang sangat perlu dijadikan polisi tegas jika PAS benar-benar bersungguh-sungguh untuk melaksanakan perintah mencegah kemungkaran dalam apa bentuk sekalipun.

Sebenarnya cadangan pimpinan kerajaan negeri meletakkan syarat iaitu Adun dan pegawai kerajaan yang merokok tidak akan dinaikkan pangkat maseh minima.

Kemudharatan merokok yang sering diremehkan pihak tertentu lupa bahawa merokok bukan sahaja membabitkan diri sendiri malah juga kepada orang persekitaran termasuk keluarga , rakan dan mereka berada berdekatan dengan orang yang sedang merokok.

Kami juga berpendapat langkah kerajaan yang menghadkan kawasan merokok maseh tidak berkesan lantaran ia belum dianggap sebagai suatu tindakan yang bersungguh oleh orang ramai.

TERAS juga mengalukan-alukan kenyataan Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga dan Kesihatan negeri Kelantan, Wan Ubaidah Omar, bahawa kerajaan negeri sedia mengkaji memberi insentif kepada premis perniagaan yang tidak menjual rokok sebagai langkah memastikan rakyat menghentikan tabiat itu. Cadangan ini perlu segera dilakukan walaupun ia tidak akan mengatasi penjualan rokok secara total kerana pekedai maseh melihat menjual rokok maseh merupakan perniagaan yang laris dan lumayan. Jika tidak masakan berdasarkan laporan, lebih separuh lelaki Kelantan adalah perokok.

TERAS juga mengesyorkan supaya belanjauwan yang akan dibentangkan di Parlimen kali ini sekali lagi menaikkan cukai jualan rokok. Ini kerana cukai sebagai suatu langkah pencegahan didapati sangat berkesan untuk mengurangkan tabiat merokok dibanyak negara seperti New Zealand , Kanada dan Thailand.
Mohd Azmi Abdul Hamid
Presiden TERAS Pengupyaan Melayu
F1014A , Kg.Pondok , Merbok , Kedah
Tel: 019 4744856

Advertisements
Perihal

TERAS PENGUPAYAAN MELAYU, sebuah badan bukan kerajaan yang memperjuangkan agenda melayu

Dikirim dalam Minda Presiden

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Perhubungan TERAS

Bagi mendapatkan maklumat lebih lanjut mengenai TERAS Pengupayaan Melayu (TERAS), sila hubungi:

Salman Siddiqiy (019-4013782)
Cikgu Azmi (019-4744856)
Tarmizi (017-5606131)

KELAS BAHASA ARAB
(selangkah memahami al-Quran dan As-sunnah)
Di Kiosk Palestin, Sungai Petani
Hubungi : Ustaz Salman 019-4013782

laman utama
Jumlah Pengunjung
  • 330,558 hits
Kalendar
Oktober 2009
I S R K J S A
« Sep   Nov »
 1234
567891011
12131415161718
19202122232425
262728293031  
%d bloggers like this: