Menganjak Sistem Pendidikan Tinggi; satu keperluan ummah

Tajuk menganjak pendidikan tinggi adalah satu tajuk yang cukup kompleks. Ada penilai suka menilai melalui indikator falsafah dan pegangan yang mempengaruhi fungsi dan prestasi pendidikan tinggi negara. Ada juga yang suka melihat kemandirian mahasiswa sebagai satu kayu ukur. Ada pula yang menilai aspek kognitif, akademik dan prestasi melalui gred-gred tertentu. Dalam penulisan ini kita akan lebih mendalami isu penghasilan ‘pakar’ dan individu mahir serta tahu sebagai indikator pendidikan tinggi negara.

Pendidikan merupakan bahagian yang tidak dapat dipisahkan dari tamadun. Tamadun itu sendiri adalah isi pendidikan dan konsekuensi logik aktiviti manusia. Melalui kemampuan berfikirnya, manusia bukan hanya membuat kehidupannya, tetapi juga menaruh perhatian kepada pelbagai cara memperoleh erti hidup. Proses inilah yang melahirkan upaya pendidikan dan tamadun. Daya olah fikiran manusia yang dibentuk oleh persekitaran, lama kelamaan akan membentuk suatu sistem. Kristalisasi sistem itulah yang membentuk kebudayaan.

Bagi Ibn Khaldun, kebudayaan (al-thaqafat) adalah suatu aspek kemanusian. Kebudayaan mengacu pada masyarakat. Dengan kata lain, kebudayaan terbentuk sebagai hasil kecenderungan semula jadi manusia untuk bekerja sama. Ia merupakan alat untuk keperluan manusia. Melalui penciptaan budaya, manusia dapat meningkatkan kondisi hidup sesuai dengan persekitarannya. Melalui aspek ini, pendidikan dituntut agar dapat memajukan kebudayaan dan tamadun umat. Pendidikan dapat mengarah kepada pencapaian tingkat hidup yang lebih baik dengan tingkat kebudayaan dan tamadun lebih maju.

Berkenaan dengan definasi yang disebut, terdapat pertikaian mengenai soalan universiti yang mana adalah yang tertua. Universiti Takshashila mungkin merupakan universiti tertua yang pernah tercatat dalam sejarah. Perkataan bahasa Latin asal universitas yang julung kali digunakan sewaktu kebangkitan minat terhadap tradisi Greek dan Rom Purba, cuba mencerminkan ciri-ciri Akademi Plato ini.

Istilah universiti dalam Islam ialah jaamiah yang bermaksud himpunan. Himpunan ini bererti menghimpunkan ilmuwan, pengkaji dan penuntut ilmu yang komited dengan pekerjaan ilmu sahaja. Fakulti pula disebut kulliyyah yang juga bermaksud satu kumpulan besar yang mengkaji sesuatu bidang secara spesifik.

Universiti al-Azhar al-Shareef, “Azhar yang Mulia”, adalah sebuah institusi pendidikan tinggi ulung di Mesir, dan terkenal di dunia sebagai pusat kesarjanaan dan pendidikan. Mula dibina pada 969M, ia merupakan universiti yang kedua tertua ditubuhkan yang masih beroperasi selepas Universiti al-Qarawiyin di Fes , Maghribi.

Universiti al-Azhar dibina oleh kerajaan Fatimiyyah (909-1171) yang menjadikan Kaherah sebagai pusat pemerintahannya. Universiti ini asalnya dibina sebagai Masjid al-Azhar. Pada masa dulu, masjid merupakan pusat pelbagai aktiviti orang Islam termasuklah pendidikan.

Universiti al-Azhar ini diasaskan oleh dinasti Fatimiyyah di Mesir, keturunan Fatimah, anak perempuan dari Rasulullah SAW. Fatimah dikenali sebagai Az-Zahra (yang pintar), dan universiti ini mengambil nama tersebut sebagai penghormatan kepada beliau.

Pengajian bermula di Al-Azhar pada bulan Ramadan, 975 AD. (Jami’ah) Universiti memiliki fakulti dalam Undang-undang Islam dan perundangan (jurisprudence), nahu Arab (Arabic grammar), Ilmu Falak (Islamic astronomy), falsafah awal Islam, dan logik.

Pada abad ke-12, dengan kejatuhan dinasti Syiah Fatimiyyah, Sultan Salahuddin Al Ayubi menukar Al-Azhar menjadi pusat pembelajaran Sunni Shafi’y. Kehadiran Muhammad Abduh juga telah menyebabkan pembelajaran antara mazhab, antara pemikiran dan kemasukan ilmu mantik secara besar-besaran berlaku.

Pada 1961, Al-Azhar dirombak kembali di bawah kerajaan Presiden Mesir ke-2, Presiden Gamal Abdel Nasser dan beberapa fakulti sekular di tambah ke universiti tersebut, seperti perubatan, kejuruteraan, dan pertanian. Fakulti wanita Islam turut ditambah pada tahun yang sama.

Menurut QS Top Universities, Universiti Malaya hanya berjaya menduduki tangga ke-39 manakala University Of Singapore berada pada tangga ke-10 Asia . Ini hanya melibatkan senarai rangking universiti Asia sahaja.

Ranking 10 universiti terbaik dunia pada tahun 2009  (www.topuniversities.com)

1        HARVARD University ( USA )

2        University of CAMBRIDGE (United Kingdom)

3        YALE University ( USA )

4        UCL ( University College London )         ( UK )

5        IMPERIAL College London          ( UK )

6        University of OXFORD     ( UK )

7        University of CHICAGO    ( USA )

8        PRINCETON University    ( USA )

9        Massachusetts Institute of Technology ( USA )

10      California Institute of Technology ( USA )

Berdasarkan hierarki di atas, jelas 2 buah negara hegemoni dunia menguasai kemahsyuran daripada pelbagai aspek pembangunan pendidikan tinggi. Malah ini juga menunjukkan penguasaan politik, ekonomi dan keselamatan dkuasai oleh blok barat melalui penguasaan institusi pendidikan di peringkat dunia.

Jika di Amerika Syarikat, istilah University, Institute of Technology ataupun Polytechnic Institute tidaklah memberi apa-apa makna dari segi taraf. Semuanya sama. Cuma yang membezakan mereka adalah jumlah ‘schools/faculty’ dalam institusi tadi dan bidang pengkhususan pengajian dan penyelidikan. Dalam kedudukan tahunan yang dikeluarkan agensi bebas di sini, terdapat banyak juga institusi biasa yang kedudukannya lebih baik dari universiti-universiti.

Tetapi di Malaysia, persepsi pelajar dan masyarakat terhadap kolej universiti atau kolej politeknik dilihat sebagai institusi kelas dua berbanding universiti. Lantaran itu mahasiswa dan pensyarah berbangga apabila tahap  kolej universiti mereka dinaikkan ke tahap universiti walaupun kemampuan kajian, nilai keperpustakaan dan penghasilan kajian ilmiah jauh terlalu rendah.

Universiti di Malaysia juga dijadikan gula-gula politik. Pernah sebuah universiti dijanjikan akan dibina sekiranya rakyat negeri itu menyokong kerajaan. Universiti umpama komoditi dan alat pasang siap di Malaysia , seperti membina keranda mayat!

Menjadi mahir; itu matlamat utama

Amerika Syarikat masih mendahului dunia dalam bidang sains dan teknologi akan tetapi terdapat sedikit kemunduran dalam hal ini.

Di Korea, R&D bertumbuh lebih  10% setahun,  pecahan perbelanjaan R&D daripada KDNK melebihi Amerika pada 2004.

China pula perbelanjaan R&D telah tumbuh  20% pada 2004 dan 25% dalam 2005; kajian asas mereka masih kecil tetapi berkembang dengan amat pesat sekali.

India tidak terlalu banyak perbelanjaan R&D nya akan tetapi berhasrat untuk mencapai kapabiliti untuk bersaing dalam industri high-tech[2].

Di sebabkan ketidakmampuan lagi umat Islam merekacipta atau menjadi perintis kepada penemuan baru, umat Islam kini lebih jelas menjadi pengikut sistem sains berfikir, sains teknologi dan sains sosial warisan barat. Lantaran itu jatuh bangunnya tamadun umat Islam kini dipegang oleh mereka.

Adakah ini bermakna umat Islam perlu beruzlah (isolisasi) dari sistem peradaban barat? Atau kita hanya bersemuka (engagement) dalam hal dharurat sahaja?

Pandangan yang kerap diperdengarkan oleh Imam Jamaluddin Al Afghani serta Syed Qutb adalah melalui penguasaan umat Islam dalam aspek keilmuan yang dirintis barat. Kita perlu mahir apa yang mereka mahir sebelum kita mencapat kemuncak; menjadi perintis semula. Kita perlu tahu apa yang mereka tahu serta bersaing melalui gelanggang yang mereka pentaskan di hadapan kita. Menghindarkan diri dari gelanggang barat adalah langkah yang tidak bijak.

Lantaran itu umat Islam lebih gemar menyambung pengajian di institu pengajian tinggi Eropah. Persoalannya sejauhmana mereka mampu membawa pulang khazanah pengetahuan ke dalam kosmo umat Islam?

Di mana bermulanya kelemahan universiti Malaysia ? Ruangan ini kita tidak ingin berbahas panjang berkenaan persoalan epistemologi serta falsafah pendidikan yang sewajarnya diikuti oleh sistem pendidikan tinggi di Malaysia . Adalah suatu yang mengkhuatirkan kita apabila kelemahan penghasilan tenaga pakar dalam negara oleh barisan IPT yang telah bercambah bagaikan cendawan di negara ini. Antara parameter umum untuk dinilai tahap kapabiliti dan efesiensi pusat pendidikan tinggi Malaysia ialah menilai

  1. keefektifan kajian-kajian inovasi yang dilakukan,
  2. jumlah tenaga pakar yang dihasilkan berdasarkan bilangan pakar perseribu atau persejuta rakyat.
  3. pecahan (peratusan) wang dari KDNK yang digunakan untuk mengurus pengajian tinggi serta urusan R&D.
  4. jumlah artikel ilmiah/jurnal yang disiar di peringkat antarabangsa dan dalam negara.
  5. keampuhan jurnal yang dihasilkan untuk renovasi sistem negara dan teknologi.
  6. kadar pertumbuhan ekonomi negara berasaskan pengetahuan yang terjana akibat pengurusan penyelidikan yang mantap.

Bagaimana hal ini boleh terhasil jika korupsi dan salah laku masih berlaku?

Beberapa kelemahan dikesan dalam pengurusan Program Pembangunan Modal Insan, Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) mengakibatkan objektif program tidak dapat dicapai sepenuhnya.

Menurut Laporan Ketua Audit Negara Mengenai Pengurusan Program Pembangunan Modal Insan Dalam Bidang Sains, Teknologi dan Inovasi Tahun 2008, antara masalah lain termasuklah pembiayaan kepada penerima tidak mematuhi syarat kelayakan, kelemahan dalam kontrak perjanjian, kelewatan mengagihkan peruntukan, kegagalan mematuhi syarat perjanjian serta kelemahan pemantauan dan penilaian terhadap pelaksanaan program.

“Kementerian memperuntukkan RM500 juta untuk melaksanakan Program Pembangunan Modal Insan bagi membiayai latihan serta penyelidikan seramai 6,230 pelajar dan pegawai sepanjang tempoh Rancangan Malaysia Kesembilan (2006 hingga 2010). “Bagaimanapun, semakan audit mendapati setakat 31 Dis 2008, seramai tidak kurang daripada 7,010 orang menerima pembiayaan daripada program ini melibatkan perbelanjaan RM153.73 juta iaitu 30.8 peratus daripada peruntukan keseluruhan dan ini menyebabkan sasaran mengikut skim tidak dapat dicapai,” menurut laporan itu[3].

Menurut  Laporan Daya Saing Global Forum Ekonomi Dunia (WEF) bagi 2009-2010, untuk kekalkan prestasi Malaysia pada tangga ke-24 dunia ini, Malaysia perlu menyediakan prestasi produktiviti berasaskan ‘knowledge-based’ serta ekonomi berpandukan inovatif. Malaysia juga perlu meningkatkan prestasi pendidikan tinggi dalam bentuk kuantiti mahupun kualiti. Pendidikan tinggi Malaysia kini berada di tangga ke-41. Malaysia juga perlu mempertingkatkan tahap teknologi yang peka dengan perkembangan dunia di mana kini Malaysia berada pada tangga ke-37 disamping terus meningkatkan tahap ICT negara. Malaysia kini berada pada tangga ke 2 ranking dunia iaitu rangking negara membangun di bawah stage2-3 dan stage 3.. Dalam laporan yang sama, Singapura dilaporkan berada pada tangga pertama dunia dalam sub pillar pengurusan sistem pendidikan tinggi! Manakala kemudahan untuk kajian dan penyelidikan adalah pada tahap ke-14 dunia. Secara keseluruhan Singapura berada di tangga ke-5 pendidikan tingginya!

Antara punca kemunduran pendidikan tinggi: bajet penyelidikan yang rendah

Menurut Profesor Ekonomi Universiti Malaya, Prof Rajah Rasiah, perbelanjaan untuk R&D dari pecahan KDNK Malaysia hanya 0.64% berbanding Korea Selatan dan Taiwan lebih dari 3% manakala China pula 1.3%[4]. Pada tahun 2002, sebanyak 0.69% perbelanjaan R7D malaysia daripada KDNK, namun lebih separuhnya (0.3+5) adalah diperuntukkan untuk sektor swasta. Bagaimana mungkin graduan dan saintis yang bertugas untuk pembangunan negara boleh diperluaskan potensi jika bajet untuk sektor swasta sama banyak dengan kerajaan, amalah bajet untuk sektor pendidikan awam lebih rendah daripada institut penyelidikan kerajaan. Sudahlah bajet pendidikan tinggi awam berkongsi dengan bajet penyelidikan kerajaan.

Pada 2002 juga Perbelanjaan bagi R&D bagi Korea Selatan adalah 2.53%, Taiwan 2.3%, Singapura 2.15, India 0.78%, Amerika Syarikat 2.72%, Finland 3.42%. sasaran dasar sains dan Teknologi II ialah mencapai 1.5% daripada KDNK menjelang 2010[5].

Dasar Sains dan Teknologi II bertujuan meningkatkan perbelanjaan P&P (penyelidikan dan Pembangunan/ R&D) negara mencapai sekurang-kurangnya 1.5 peratus daripada Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) menjelang 2010 melalui tujuh teras strategik. Teras tersebut bertujuan untuk:

• Memperkukuhkan keupayaan dan kebolehan dalam penyelidikan dan teknologi;

• Mengutamakan pengkomersilan usaha-usaha penyelidikan;

• Membangunkan keupayaan dan kebolehan sumber manusia;

• Mempromosikan budaya sains, inovasi dan teknokeusahawanan;

• Mewujudkan rangka kerja institusi dan pengurusan S&T serta melaksanakan dasar S&T yang memenuhi permintaan pasaran;

• Mempercepatkan penyebaran dan aplikasi teknologi secara meluas yang akan menghasilkan  aktiviti P&P yang didorong oleh faktor komersil; dan

• Membina kepakaran dalam teknologi utama yang baru muncul.

Bagi saintis dan jurutera, hanya 367 orang daripada 1 juta penduduk. Manakala Korea Selatan lebih 4000 per sejuta, Singapura dan China lebih daripada 1500 orang per sejuta.

Universiti umpama komoditi

Kini dalam pembentangan Bajet 2010, kerajaan berniat  untuk membenarkan Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) menjana hasil pendapatan sendiri agar dapat mengurangkan kebergantungan kewangan IPTA kepada kerajaan.

Apa yang dibimbangkan ujarnya, kebebasan yang diberikan kepada IPTA untuk menjana pendapatan sendiri itu akan menjejaskan fungsi IPTA untuk membangunkan modal insan. Universiti akan menjadi pusat trader, perlaburan sehingga mengasyikkan tenaga akadimik untuk mendapat ‘share’.

Jauh lebih awal sebelum diisytiharkan IPTA perlu jana ekonomi sendiri,  mahasisaw telah telah terasa nilai komersial IPTA yag telah diterapkan. Yuran dan pinjaman yang tinggi perlu dilakukan oleh pelajar jika ingin belajar.

AUKU yang bermula sejak tahun 1960an lagi telah menjebak mahasiswa ke lembah malap hingga tidak lagi mampu berdikari belajar menganjur program mega atau bertaraf dunia. Yang ada hanya program skema yang ditetapkan oleh universiti.

Universiti diberikan semacam satu kebebasan untuk menjana pendapatan, tetapi tidak disentuh dalam pembentangan bajet 2010 mengenai peluang-peluang yang harus diberikan kepada universiti untuk benar-benar membangunkan modal insan.

Kelemahan ekonomi negara jangan sehingga menjadikan kampus sebagai pintu keluar untuk selamatkan bajet negara, kerana pembinaan modal insan adalah antara syarat-syarat pillar utama di dala penilaian prestasi negara seperti mana di dalam laporan WEF dan IMD.

Hubungan erat antara ekonomi dan pengetahuan

Ekonomi Malaysia bukan berasaskan pengetahuan sepertimana yang dijadikan piawaian oleh badan-badan antarabangsa seperti IMD, WEF dan sebagainya. Ekonomi Malaysia masih kuat berpegang kepada bahan mentah atau dalam ertikata lain memanipulasikan bahan mentah untuk menonjolkan kekayaan. Singapura adalah contoh terbaik sebuah negara yang berasaskan pengetahuan dalam aspek ekonominya tanpa bergantung kepada sumber. CIA menyatakan Singapura memiliki ekonomi inovatif yang bergantung kepada eksport, penghasilan industri (terutama elektronik), IT, perubatan dan sektor servis seperti pengangkutan dan sebagainya. Peratusan sektor yang menyumbang kepada KDNK Singapura ialah Pertanian: 0%, Industri: 33.2%, Perkhidmatan: 66.8% (2008 est.) Manakala CIA menunjukkan Malaysia masih banyak bergantung dengan sumber alam untuk KDNK, Pertanian: 9.7%, Industri: 44.6%, Perkhidmatan.: 45.7% (2008 est.)[6]

Indeks Inovasi Global 2008-2009 menunjukkan malaysia berada pada tangga ke 25 dunia pada indeks 4.06. malaysia gagal bersaing dengan Singapura yang berada pada tangga ke-5 dengan indeks sebanyak 4.81. Di atas Malaysia adalah Qatar pada tangga ke-24 dan Israel pada tangga ke-23. Akan tetapi Israel boleh berbangga dengan inovasi mereka sendiri kerana teknologi Yahudi telah sekian lama menguasai dunia terutama Amerika Syarikat yang kekal pada tangga pertama .

Indeks yang sama juga menunjukkan dari segi ‘pengetahuan’ (knowledge), Malaysia berada pada tangga 17 dunia di mana Singapura pula berada pada tangga 11. Indeks ‘pengetahuan’ ini menilai tahap sesebuah negara dalam mencipta nilai tambah bagi sesuatu keluaran atau produk serta berpotensi meningkat hasil berdasarkan tahap ekonomi. Indeks ini menunjukkan Malaysia ketinggalan berbanding Singapura yang amat terhad sumber alamnya.

Human Capacity juga diukur oleh Indeks Inovasi Global 2008-2009 dan menunjukkan Malaysia berada pada tangga ke-18 manakala Singapura pada tangga ke-7!  Indeks Human Capacity mengukur peningkatan modal insan yang kompeten, berilmu serta mampu menjalankan kerja R&D secara tersusun untuk peningkatan negara.

Jurnal Malaysia terpinggir

Nilai jurnal Malaysia juga dinilai sebagai tidak mesra-pembaca.  Pengamat jurnal antarabangsa menyatakan terlalu sukar mendapati jurnal ekonomi atau sains sosial yang dipapar melalui online-atau plugged dalam jaringan jurnal antarabangsa. Sebagai contoh, Malaysian Journal of Economic Studies, yang diterbit oleh UM hanya disiarkan abstraknya sahaja melalui online. Ini menunjukkan betapa elitnya jurnal malaysia sehingga sukar didapati intipatinya secara mudah apatahlagi jika ingin membaca tulisan  yang dicetak. Adakah ini menunjukkan intelegensia malaysia risau nilai tulisan mereka turun apabila ia dibaca secara meluas seluruh dunia?

Jika kita menekan journal malaysia di dalam google, pertamanya kita akan menjumpai  ‘Electronic Journal of University of Malaya’ (EJUM). Ia memiliki 5 jurnal yang isolisasi dari himpunan jurnal antarabangsa. Ia sukar dicari secara rawak di dalam internet[7].

Penyelidikan di Singapura: satu perbandingan dekat

Kajian dan penyelidikan (R&D) di  Singapura sedang berkembang pesat. Bidang ini menjadi berkembang melalui peruntukan wang yang besar serta individu yang terlibat juga ramai. $6 billion telah dibelanjakan untuk R&D pada 2007. Ini melibatkan  2.61% daripada KDNK Singapura dan matlamat mereka adalah mencapai 3% pada  2010[8].

Jika dibanding keluasan negara, Singapura hanya seluas 697 km2, manakala malaysia ialah 329,847 km2. Malaysia seluas 400 kali ganda berbanding Singapura. Namun dalam hal kajian dan pembangunan, Singapura mempu berbelanja 2 kali ganda daripada peruntukan peratusan  Malaysia .

Lihat rajah di bawah

http://www.aaas.org/spp/rd/world06se.pdf

http://www.aaas.org/spp/rd/world07.pdf

Teladan untuk Malaysia ; umat Islam

Laporan kajian  Bank Dunia 2007 menunjukkan sistem pendidikan tinggi universiti-universiti negara kita berada pada tahap memalukan dan semakin ketinggalan berbanding negara jiran. Dalam buku laporan setebal 258 muka surat itu jelas membayangkan bahawa tanpa satu daya usaha yang besar untuk memulihkan kelemahan tersebut sistem pendidikan tinggi di Malaysia mungkin akan jauh ketinggalan berbanding negaranegara jiran yang giat membangunkan universiti masing-masing.

Menurut laporan Bank Dunia itu, sistem pendidikan tinggi di negara ini perlu mempunyai fokus dan strategi pembaharuan. Yang jelas jika mahu bersaing di peringkat antarabangsa.Saranan Bank Dunia dalam Laporan bertajuk Malaysia dan Ekonomi Berasaskan Pengetahuan: Membina Sistem Pendidikan Bertaraf Dunia, antara lain mengariskan beberapa perubahan yang perlu dibuat termasuk:-

* Memilih model tadbir urus dan kewangan yang lebih efektif.

* Meningkatkan keseluruhan kualiti universiti dengan memberi fokus kepada program akademi, pengurusan fakulti, dan pembelajaran.

* Melengkapkan graduan dengan ilmu ekonomi berasaskan pengetahuan.

* Mengukuhkan sistem inovasi kebangsaan dengan mewujudkan rangkaian kukuh antara firma-firma di Malaysia dan universiti-universiti.

Ibn Khaldun menjelaskan ;

Manusia sebagaimana makhluk haiwani lainnya juga mempunyai sifat hayawaniyat-nya seperti al-hiss (rasa), al-harakat (gerak), memerlukan alqiza (makanan) dan tempat tinggal (al-kanni). Manusia berbeza dengan makhluk lain kerana manusia berkeupayaan untuk berfikir. Dengan potensi itu manusia dapat mencari keperluan hidup. Dengan potensinya, manusia dapat berinteraksi dengan sesamanya untuk tujuan-tujuan kesejahteraan hidup bersama. Juga dengan potensinya, manusia dapat menerima ajaran-ajaran dari Allah yang disampaikan oleh para Nabi kepadanya[9].

Justeru pembinaan pakar dan tenaga mahir umat Islam perlu melalui teras-teras yang dinyatakan oleh Ibnu Khaldun antaranya.

Pendidikan tinggi perlu mengambilkira fungsi dan aspek berikut dalam pembinaan modal insan berteraskan rohani:-

  1. Rasa dan perasaan
  2. Pergerakan dan jasmani
  3. Aspek makanan dan sumber
  4. Prasarana dan tempat pembelajaran

Mari bersama meneliti faktor  utama perkembangan ilmu pengetahuan pada zaman Abbasiyah;

a.       Kreativiti para ulamak

b.       Usaha dan galakan para khalifah

c.       Aktiviti penterjemahan pelbagai ilmu

d.       Kestabilan politik dan kewangan kerajaan Abbasaiyah

e.       Dasar kerajaan abbasiyah yang memberi keutamaan kepada ilmu pengetahuan

f.        Kewujudan prasarana pendidikan yang baik

g.       Islam menggalakkan umatnya sepaya mengkaji alam sekitar

h.       Hubungan diplomatik antara kerajaan Abbasiyah dengan negara luar

i.    Kedudukan Baghdad yang menjadi pusat keilmuan dan perdagangan antara bangsa.


[1] Kertas kerja ini dibentang di Institut Perguruan Pulau Pinang 8 November 2009

 

[2] AAAS R&D Budget and Policy Program

[3] http://bernama.com/bernama/v5/bm/newsgeneral.php?id=448067 (Bernama 19 Oktober 2009)

[4] Konsep Era Pakatan 1-15 November 2009

[5] Ariffin Samsuri, Persidangan Kebangsaan Penerbitan Ilmiah 2006 Johor Baharu

[6] http://www.theodora.com/wfb/

[7] http://educationmalaysia.blogspot.com/2006/11/knowledge-management-and-dissemination.html

[8] http://www.straitstimes.com/Breaking%2BNews/Singapore/Story/STIStory_291619.html

[9] Ibn Khaldun. (1930), Muqaddimah, m s : 34

Muhammad Nuruddin Bashah

Setiausaha TERAS caw Perak

Advertisements
Perihal

TERAS PENGUPAYAAN MELAYU, sebuah badan bukan kerajaan yang memperjuangkan agenda melayu

Dikirim dalam Minda Presiden

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Perhubungan TERAS

Bagi mendapatkan maklumat lebih lanjut mengenai TERAS Pengupayaan Melayu (TERAS), sila hubungi:

Salman Siddiqiy (019-4013782)
Cikgu Azmi (019-4744856)
Tarmizi (017-5606131)

KELAS BAHASA ARAB
(selangkah memahami al-Quran dan As-sunnah)
Di Kiosk Palestin, Sungai Petani
Hubungi : Ustaz Salman 019-4013782

laman utama
Jumlah Pengunjung
  • 323,969 hits
Kalendar
November 2009
M T W T F S S
« Oct   Dec »
 1
2345678
9101112131415
16171819202122
23242526272829
30  
%d bloggers like this: