WEHDAH gesa Kerajaan Kedah sebagai negeri sifar judi

WEHDAH mencadangkan agar kerajaan Kedah melancarkan usaha bersungguh untuk berbenteras gejala berjudi semada melalui kaedah kempen kesedaran mahupun dengan cara mengguna kaedah peraturan dan undang-undang.

WEHDAH mengusulkan supaya negeri Kedah dijadikan negeri sifar judi.

Matlamat ini adalah wajar jika manifesto kerajaan untuk merealisasikan slogan Kedah Sejahtera hendak dijadikan sebuah kenyataan.

Kenyataan MB Kedah Datuk Seri Azizan Abdul Razak kelmarin untuk tidak bercadang meluluskan secara otomatik pembaharuan lesen mahjung kepada persatuan-persatuan yang telah diberi lesen, adalah dialu-alukan.

Semua pihak tidak kira agama mahupun bangsa sepatutnya disedarkan mengenai akibat buruk dari amalan berjudi , iaitu bukan sahaja kepada keluarga malah juga kepada sosial , keselamatan dan ekonomi masyarakat diperingkat individu , keluarga dan negara.

Pihak kerajaan seharusnya boleh meyakinkan kepada semua pihak yang telah diberi lesen mahjung sebelum ini agar menghentikan amalan tersebut dengan alasan kukuh betapa berjudi akan merugikan semua pihak .

Kelulusan memperbaharui lesen itu perlu diperketatkan melalui kuasa yang diberi kepada Jawatankuasa Hiburan Pihak-pihak berkuasa tempatan (PBT).

Berjudi dengan permainan mahjung sudah menjadi kelaziman kebanyakan mereka yang terlibat dengan permainan tersebut yang awalnya dianggap permainan sosial semata-mata , namun lazimnya melibatkan pertaruhan wang . Oleh itu kerana itu pemberian lesen mahjung sebenarnya adalah meluluskan lesen judi .

WEHDAH berpendapat jika semua kaum di negara ini mahu melahirkan masyarakat yang bermoral tinggi maka amalan seperti judi hendaklah dibenteras. Tidak ada kaum yang akan bersetuju bahawa amalan mempertaruhkan wang hanya kerana mahu kaya cepat boleh dianggap sebagai amalan yang baik.

Malah perjudian melalui apa cara sekalipun akhirnya akan memberi kesan yang buruk. Berdasarkan jenayah yang terkait dengan judi , WEHDAH berpendirian meluluskan lesen judi adalah seperti memberi senjata merbahaya kepada seseorang yang akhirnya disalahgunakan .

Lantaran itu mereka yang terjebak dengan hutang dengan Ah Long kerana berjudi mengakibatkan mereka terdedah dengan pelbagai jenayah yang sering berlaku .

WEHDAH berpendapat institusi keluarga yang sering menjadi mangsa kepada gejala berjudi tidak boleh dibiarkan . Tindakan kerajaan untuk memastikan masyarakat menjalani budaya hidup sihat hendaklah di terapkan melalui kesedaran dan juga peraturan undang-undang.

Membina masyarakat yang sihat merentas kaum dan tidak boleh dilihat sebagai menganggu hak kaum dan golongan bukan Islam.

 

Mohd Azmi Abdul Hamid

Pengerusi WEHDAH

Presiden TERAS Pengupayaan Melayu

Advertisements
Perihal

TERAS PENGUPAYAAN MELAYU, sebuah badan bukan kerajaan yang memperjuangkan agenda melayu

Dikirim dalam Minda Presiden

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Perhubungan TERAS

Bagi mendapatkan maklumat lebih lanjut mengenai TERAS Pengupayaan Melayu (TERAS), sila hubungi:

Salman Siddiqiy (019-4013782)
Cikgu Azmi (019-4744856)
Tarmizi (017-5606131)

KELAS BAHASA ARAB
(selangkah memahami al-Quran dan As-sunnah)
Di Kiosk Palestin, Sungai Petani
Hubungi : Ustaz Salman 019-4013782

laman utama
Jumlah Pengunjung
  • 330,558 hits
Kalendar
November 2009
I S R K J S A
« Okt   Dis »
 1
2345678
9101112131415
16171819202122
23242526272829
30  
%d bloggers like this: