Jangan Terlalu Galak dengan Dasar Liberalisasi untuk tarik pelaburan Amerika

TERAS ingin mengingatkan Perdana Menteri Dato’Seri Najib agar jangan terlalu ghairah dengan dasar liberalisasi untuk menarik pelaburan dari Amerika dan Dana Global.

Sebenarnya mereka yang mengetuai konglomerat gergasi di Amerika dan Dana Global itulah yang banyak menjadi punca kepada krisis ekonomi yang dihadapi oleh negara tersebut.

Terlalu ghairah dengan pelabur dari Amerika yang sangat bersifat manipulatif akan mendedahkan negara kepada ketidaktentuan. Walaupun Amerika adalah rakan perdagangan terbesar Malaysia , krisis ekonomi yang melanda Amerika harus menjadikan Malaysia lebih berhati-hati dan sepatutnya mencari alternatif lain.Berdagang dan menarik pelaburan Amerika melalui dasar liberalisasi yang semakin luas akan mendedahkan Malaysia kepada pelbagai sistem yang pincang yang sudah bersarang dalam sistem ekonomi kapitalistik Amerika itu sendiri .

Sepatutnya negara mengambil sikap yang penuh hati-hati dan membuat anjakan baru dalam perdagangan luar negara agar tidak terlalu bergantung kepada pelaburan dan sistem kewangan Barat.

Kini sudah sampai masanya Malaysia melakukan suatu proses de-globalisasi secara beransur-ansur sehingga asas perdagangan dan ekonominya akan lebih melebar dan menumpukan usaha untuk mengukuhkan pasaran domestik.

Usaha untuk mengenengahkan ekonomi berasaskan prinsip-prinsip dan sistem kewangan Islam sepatutnya diberi keutamaan.

TERAS berpendirian bahawa terlalu galak dengan ekonomi Amerika dengan dasar liberalisasi akan mendedahkan negara sekali lagi kepada kemungkinan kepincangan yang lebih parah.

Amerika bakal mengguna segala syarat perdagangan yang jauh lebih memihak kepada kepentingannya dan segala perjanjian dua hala akan pasti dimanipulasi agar ekonomi Amerika menjadi lebih dominan.

Sebarang perundingan dengan pihak Amerika hendaklah dibahaskan didalam Dewan Rakyat untuk dibincangkan akan segala implikasi yang mungkin diterima oleh Malaysia.

Mohd Azmi Abdul Hamid

Presiden TERAS

 

Advertisements
Perihal

TERAS PENGUPAYAAN MELAYU, sebuah badan bukan kerajaan yang memperjuangkan agenda melayu

Dikirim dalam Minda Presiden

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Perhubungan TERAS

Bagi mendapatkan maklumat lebih lanjut mengenai TERAS Pengupayaan Melayu (TERAS), sila hubungi:

Salman Siddiqiy (019-4013782)
Cikgu Azmi (019-4744856)
Tarmizi (017-5606131)

KELAS BAHASA ARAB
(selangkah memahami al-Quran dan As-sunnah)
Di Kiosk Palestin, Sungai Petani
Hubungi : Ustaz Salman 019-4013782

laman utama
Jumlah Pengunjung
  • 330,991 hits
Kalendar
November 2009
I S R K J S A
« Okt   Dis »
 1
2345678
9101112131415
16171819202122
23242526272829
30  
%d bloggers like this: