Terlalu banyak Isu Nasional yang tidak terlerai oleh Kerajaan

TERAS mengamati akhir-akhir ini semenjak Perdana Menteri baru mengambil aleh teraju negara terlalu banyak isu yang berkepentingan nasional tidak terlerai dengan baik.

Dengan sebab itu TERAS ingin menarik perhatian semua pihak yang ingin melihat Malaysia bergerak kehadapan dengan lebih kukuh segera mengadakan penilaian terhadap keupayaan kerajaan untuk memikul tanggungjawab menyelamatkan negara dari keadaan yang tidak menentu.

Berita demi berita yang dilaporkan kini mengakibatkan rakyat dalam keadaan yang tidak jelas apa sebenarnya yang berlaku dan siapa yang harus dipertanggungjawabkan.

Isu-isu seperti  kepincangan dalam projek PKFZ , kos berganda dalam pembinaan dwi landasan tren , kes kehilangan enjin kapalterbang TUDM , pembelian kapal selam TLDM yang penuh kontravesi , stimulus rangsangan  yang tidak memulihkan ekonomi negara ,  kedudukan BERNAS yang terjual ke tangan syarikat luar negara , kes keruntuhan stadium Trengganu, , peningkatan kadar jenayah awam , bajet 2010 yang hampir ditolak di Parlimen , pertelingkahan hak royalti minyak Kelantan , laporan Audit Negara yang menunjukkan salahurus perbelanjaan yang tidak diperbetul oleh agensi-agensi kerajaan , isu pengenalan GST yang dikritik pelbagai pihak , ketidakstabilan dan pertarungan dalaman dan antara parti politik yang semakin sengit , ketidakyakinan rakyat terhadap SPR , SPRM , PDRM dan badan kehakiman , kadar rasuah yang tidak menurun, perbahasan mengenai hak dan status orang Melayu yang tidak kunjung selesai … semua isu-isu ini menunjukkan kerajaan kini tidak berupaya menangani masalah-masalah tersebut dengan tuntas.

Sebagai akibat ternyata apa yang berlaku ialah lebih banyak pengumuman dilontarkan dan sangat sedikit penyelesaian benar-benar berlaku diperingkat rakyat.

TERAS melahirkan rasa khuatirnya kerana nampaknya tahun 2010 tidak menjaminkan keadaan akan menjadi lebih baik. Situasi ekonomi dunia akan terus memberi tekanan kepada ekonomi Malaysia selagi sebuah kerajaan yang berani , kreatif dan inovatif mampu membawa pendekatan diluar kotak biasa. Kerajaan yang ada sekarang nampaknya hanya mampu menjadi pengikut kepada model ekonomi yang sudah tidak mampu bertahan . Tidak ada apa-apa idea yang segar dan meyakinkan untuk  Malaysia boleh menampilkan kekuatan ekonominya yang tersendiri.

Apa yang lebih merisaukan TERAS ialah setelah janji dan laungan pemimpin-pemimpin negara mahu membawa transfiormasi , yang jelas semuanya berada pada titik status-quo.

Tidak nampak isu-isu pokok seperti mekanisme pengurusan ekonomi akan menjadi lebih baik atau ketelusan dan intergriti agensi kerajaan dan ahli politik dapat dipertingkatkan. Apa yang jelas ialah indikator seperti kemampuan kakitangan akan jadi lebih efesien tidak tercapai sehingga hari ini.

Perihal

TERAS PENGUPAYAAN MELAYU, sebuah badan bukan kerajaan yang memperjuangkan agenda melayu

Dikirim dalam Minda Presiden

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Perhubungan TERAS

Bagi mendapatkan maklumat lebih lanjut mengenai TERAS Pengupayaan Melayu (TERAS), sila hubungi:

Salman Siddiqiy (019-4013782)
Cikgu Azmi (019-4744856)
Tarmizi (017-5606131)

KELAS BAHASA ARAB
(selangkah memahami al-Quran dan As-sunnah)
Di Kiosk Palestin, Sungai Petani
Hubungi : Ustaz Salman 019-4013782

laman utama
Jumlah Pengunjung
  • 317,654 hits
Kalendar
Disember 2009
M T W T F S S
« Nov   Jan »
 123456
78910111213
14151617181920
21222324252627
28293031  
%d bloggers like this: