WEHDAH – Mohon Majlis Raja-Raja Melayu Bincang segera implikasi guna nama Allah oleh Gereja

Majlis Muafakat Pertubuhan-pertubuhan  Islam Kedah (WEHDAH)  mengambil pendirian tegas mengenai isu Kalimah Allah yang telah dibenarkan oleh keputusan Mahkamah Tinggi diguna dalam majalah Kristian Herald Weekly.

Implikasinya sangat besar. Ini bermaknsa kalimah Allah dengan maksud yang digunapakai oleh penganut Kristian sebagai Allah yang bukan Esa malah tiga boleh selepas ini diguna dalam pelbagai lagi penerbitan yang lain oleh gereja.

WEHDAH menyanggah keputusan ini . Malah kes ini pada awalnya lagi tidak seharusnya dibawa ke Mahkamah samasekali.

Sememangnya pihak gereja yang menerbitkan majalah ini akan menggunakan kalimah Allah dalam maksud mereka yang membawa makna Allah yang berkonsep Trinity iaitu Anak , Bapa dan Ruhul Qudus. Oleh itu tidak timbul mereka boleh guna kalimah tersebut dengan berhati-hati dan dikena syarat dan pengawasan yang ketat.

WEHDAH berpendirian bahawa oleh kerana jelas kini ketegangan awam sudah terjejas maka pihak penjaga agama yang tertinggi iaitu Raja-raja Melayu tidak perlu menunggu sebarang keputusan muktamad dari pihak mahkamah. Sesungguhnya isu ini adalah secara langsung dalam bidangkuasa mutlaq Raja-raja Melayu. Lantaran itu pihak berkuasa tidak boleh membiarkan ketegangan ini belarutan.

WEHDAH menggesa agar isu ini dengan segera diselesaikan melalui peruntukkan perlembagaan yang meletakkan agama Islam sebagai agama Persekutuan dan Raja-raja berhak untuk campurtangan bilamana isu yang berkaitan ada kesan langsung dengan agama Islam.

WEHDAH membantah dengan keras percubaan pihak gereja yang telah menyalahguna proses undang-undang untuk mencabar kedudukan agama Islam dinegara ini.

Tindakan pihak geraja yang dengan sengaja mahu mencabar wibawa umat Islam telah mencetuskan kemarahan masyarakat Islam . Hal ini tidak boleh dikompromi kerana keharmonian yang ujud selama ini cuba digugat dengan menceroboh sensitiviti umat Islam.

WEHDAH dengan ini mendesak pihak gereja menarik balik hasrat mereka dan menyatakan permohonan maaf kepada umat Islam di atas tindakan yang sangat tidak bertanggungjawab.

Dr. Abdul Rahman Ahmad

Timbalan Pengerusi WEHDAH

Perihal

TERAS PENGUPAYAAN MELAYU, sebuah badan bukan kerajaan yang memperjuangkan agenda melayu

Dikirim dalam Minda Presiden

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Perhubungan TERAS

Bagi mendapatkan maklumat lebih lanjut mengenai TERAS Pengupayaan Melayu (TERAS), sila hubungi:

Salman Siddiqiy (019-4013782)
Cikgu Azmi (019-4744856)
Tarmizi (017-5606131)

KELAS BAHASA ARAB
(selangkah memahami al-Quran dan As-sunnah)
Di Kiosk Palestin, Sungai Petani
Hubungi : Ustaz Salman 019-4013782

laman utama
Jumlah Pengunjung
  • 317,616 hits
Kalendar
Januari 2010
M T W T F S S
« Dec   Feb »
 123
45678910
11121314151617
18192021222324
25262728293031
%d bloggers like this: