TERAS kutuk serangan keatas gereja

TERAS  dengan tegas membantah  tegas mana-mana pihak yang mengambil tindakan melampau menyerang gereja seperti yang dilaporkan dalam media hari ini.

Tindakan esktrim ini adalah samasekali tidak dapat diterima kerana bantahan terhadap penggunaan Kalimah Allah tidak sepatutnya mengambil bentuk ganas seperti yang telah dilaporkan dalam media.

TERAS kesal ada pihak yang telah mengambil kesempatan untuk mencetus keganasan dan mempertajamkan ketegangan antara umat beragama akibat konflik isu kalimah Allah.

TERAS mengesa pihak polis segera menyiasat dan dan mendakwa mereka yang terlibat mengikut peruntukan undang-undang yang ada.

TERAS mengesa semua pihak mengambil pendekatan yang lebih rasional dan hikmah untuk menyelesaikan konflik ini.

Kami berpendapat bahawa tindakan emosional harus dihentikan dan pihak berwajib segera mengambil tindakan meredakan sebarang tindakan yang melampau.

Kami memohon agar pihak-pihak yang berwibawa mengguna  pendekatan rasional dengan mengadakan perbincangan antara pemimpim-pemimpin agama khususnya antara Islam dan Kristian sesegera mungkin demi mencari jalan penyelesaian .

Kami berpendapat saluran mahkamah sahaja tidak dapat menyelesaikan isu ini. Semua pemimpim-pemimpin agama perlu mencari jalan untuk meredakan sentimen penganut masing-masing.

TERAS sekali lagi merayu agar Majlis raja-raja tidak bertangguh untuk mengeluarkan perintah dalam sidang khas Majlis raja-raja Melayu. Sesungguhnya kuasa tertinggi urusan agama Islam adalah berada ditangan Majlis Raja-raja Melayu. Semua pihak harus akur dan mencari jalan meredakan ketegangan yang timbul.

Mohd Azmi Abdul Hamid

Presiden TERAS

Advertisements
Perihal

TERAS PENGUPAYAAN MELAYU, sebuah badan bukan kerajaan yang memperjuangkan agenda melayu

Dikirim dalam Minda Presiden
One comment on “TERAS kutuk serangan keatas gereja
  1. pakcikli00 berkata:

    “ Blog Dengan Nama Islam Menghina Islam”

    Assalamu’alaikum warohmatullahi wabarokaatuhu,
    Ada sebuah blog yang benar-benar tidak pantas untuk dibaca (berisi pelecehan terhadap agama Islam dan Nabi Muhammad shallallaahu ‘alaihi wasallam).Bapak Ibu kaum muslimin wal muslimat yang di rahmati Alloh silahkan buka blog yang menghina ajaran Islam di : Berita Muslim Sahih
    atau:
    http://beritamuslim.wordpress.com
    Banyak artikel yang menghina ajaran Islam dan Nabi Muhammad SAW
    Oleh karena itu, mari kita melaporkannya agar blog itu di tutup dengan cara sebagai berikut : Pertama buka alamat
    http://en.wordpress.com/report-spam/
    Lalu isi data-data yang diperlukan:… Lihat Selengkapnya
    Your Email : email Anda
    http://beritamuslim.wordpress.com
    Why : isi dengan ” BLOG SPAMMING and that blog was insulting religion islam. “[/quote]
    semakin banyak yang melapor semakin cepat blognya ditutup. semoga kita terhindar dari hal2 yang bisa melemahkan iman kita dan semoga kita selalu ada dalam ridha dan lindungan-Nya… Amin
    Syukran. Jazakallah khoiran katsira. Allahu Akbar. dikirim ulang dari grup Kajian Keilmuan bagi Aktivis dakwah Wassalamu’alaikum warohmatullahi wabarokaatuhu  — era muslim

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Perhubungan TERAS

Bagi mendapatkan maklumat lebih lanjut mengenai TERAS Pengupayaan Melayu (TERAS), sila hubungi:

Salman Siddiqiy (019-4013782)
Cikgu Azmi (019-4744856)
Tarmizi (017-5606131)

KELAS BAHASA ARAB
(selangkah memahami al-Quran dan As-sunnah)
Di Kiosk Palestin, Sungai Petani
Hubungi : Ustaz Salman 019-4013782

laman utama
Jumlah Pengunjung
  • 347,201 hits
Kalendar
Januari 2010
I S R K J S A
« Dis   Feb »
 123
45678910
11121314151617
18192021222324
25262728293031
%d bloggers like this: