Bertegas terhadap pencetus ketegangan dialu-alukan

TERAS menyambut baik kenyataan YAB TPM Tan Sri Muhyidin Yassin untuk tidak berkompromi dengan sesiapa yang bertanggungjawab mencetuskan ketenggangan dikalangan rakyat dalam isu kalimah Allah.

Bukan sahaja pihak yang terlibat perlu disiasat malah mereka perlu dihukum sesuai dengan peruntukan undang-undang yang ada.

TERAS bagaimanapun berpendirian bahawa jika isu ini tidak segera diselesaikan secara perundingan diluar mahkamah  mungkin , kesan rasa tidakpuashati akan terus berpanjangan dan keamanan awam boleh terjejas.

TERAS tetap melihat bahawa punca isu ini adalah dari pihak penerbit akhbar Herald yang maseh tidak mahu menimbangkan kesan dari penggunaan kalimah Allah yang sangat sensitif kepada umat Islam.

Sebarang penyelesaian diluar Mahkamah perlu dilakukan dalam konteks menjaga sentimen dan sensitiviti agama. Membiarkan isu ini berlarutan dengan menunggu keputusan Mahakamah adalah bagaikan membiar bara api terus bernyala.

Penyelesaian yang muktamad mengenai peraturan dan had penggunaan kalimah Allah yang sangat jelas mengikut enakmen-enakmen di 10 negeri perlu difahami sebagai suatu peraturan yang juga perlu dihormati diseluruh negeri yang tidak mempunyai enakmen tersebut.

TERAS berpendapat sentimen sebagai sebuah negara perlu diutamakan dan bukan membeza-bezakan kedudukan pentafsiran Islam mengikut negeri ke negeri. Jika rakyat hendak dipupuk menghormati Islam disemua peringkat maka penggunaan kalimah-kalimah yang khusus untuk Islam perlu dipelihara diseluruh negara.

Mohd Azmi Abdul Hamid

Presiden TERAS Pengupayaan Melayu

Advertisements
Perihal

TERAS PENGUPAYAAN MELAYU, sebuah badan bukan kerajaan yang memperjuangkan agenda melayu

Dikirim dalam Minda Presiden

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Perhubungan TERAS

Bagi mendapatkan maklumat lebih lanjut mengenai TERAS Pengupayaan Melayu (TERAS), sila hubungi:

Salman Siddiqiy (019-4013782)
Cikgu Azmi (019-4744856)
Tarmizi (017-5606131)

KELAS BAHASA ARAB
(selangkah memahami al-Quran dan As-sunnah)
Di Kiosk Palestin, Sungai Petani
Hubungi : Ustaz Salman 019-4013782

laman utama
Jumlah Pengunjung
  • 330,556 hits
Kalendar
Januari 2010
I S R K J S A
« Dis   Feb »
 123
45678910
11121314151617
18192021222324
25262728293031
%d bloggers like this: