TERAS mahu isu sosio-ekonomi rakyat terpinggir dibela

TERAS menuntut agar mana-mana kerajaan negeri memberi perhatian untuk membela golongan yang terpinggir merentas kaum.

Mana-mana golongan yang terpinggir dan menjadi mangsa kepada pembangunan yang tidak mesra rakyat distrata ekonomi yang lemah hendaklah segera diperbetulkan dan mereka dibela.

TERAS menegaskan akibat model pembangunan yang lebih memihak kepada golongan yang kaya dan lebih berkemampuan telah mengakibatkan sebahagian besar kelompok berpendapat rendah dan miskin sering menjadi mangsa.

Di negeri yang padat penduduk seperti Pulau Pinang didapati mempunyai golongan terpinggir dan terhimpit dikawasan Bandar seperti Butterworth dan Georgetown . Ia adalah akibat dari pembangunan yang mengutamakan golongan kaya.

Tidak dinafikan juga statistik kemiskinan dan peminggiran golongan yang tertindas nampaknya lebih menunjukkan kaum Melayu bawahan yang menjadi mangsa.

TERAS menegaskan bahawa golongan kaum Melayu yang mendapat bantuan untuk memajukan diri dan keluar dari lingkaran kemiskinan , hendaklah berusaha keras dan mengambil peluang membangun di negeri ini. Segala bantuan yang disalurkan mesti diguna semaksimanya . Sementara itu ,  inisiatif masyarakat Melayu secara berdikari mesti juga diusahakan.
Dalam pada ini adalah sangat penting dilaksanakan , segala polisi pembangunan yang menyentuh aspek perumahan , pemilikan hartanah serta kemudahan sosial yang mencukupi hendaklah diberi kepada mereka yang kini terhimpit oleh pembangunan .

Kenyataan orang Melayu yang terhimpit dan sering tidak mampu memilikki rumah yang dibangunkan dengan nilai yang tinggi mengakibatkan jurang kaya miskin antara kaum Melayu dan kaum yang lain nampak ketara di negeri Pulau Pinang.

TERAS juga menegaskan semua agensi Pusat dan negeri yang diwujudkan untuk kaum bumiputera di negeri ini hendaklah menyemak semula semua fungsi institusi berkenaan agar bantuan yang disalurkan menepati sasaran.

Amat malang dengan begitu banyak agensi yang diujudkan untuk membantu kaum bumiputera di negeri ini sejak dari puluhan tahun yang lalu , sehingga kini gagal mencapai matlamat untuk membangun orang Melayu.

TERAS mengesa semua pihak melihat isu peminggiran rakyat lemah dalam model pembangunan yang ada sebagai isu yang merentas kaum.

Kerajaan negeri perlu melakukan anjakan paradigm yang besar untuk melakukan perubahan kepada konsep pembangunan bandar-bandar di negeri Pulau Pinang agar benar-benar mengarah kepada  pembangunan yang seimbang dan tidak hanya mengikut model pasaran bebas.

TERAS berpendapatan sementara kaum Melayu yang paling tinggi menghadapi peminggiran , ini juga tidak bermakna dikalangan kaum lain yang miskin tidak menghadapi masalah yang sama. Sebab itu perlu ada suatu semakan semula terhadap kedudukan semua kelompok yang miskin dan tidak berkemampuan di negeri ini.

Sesungguhnya,  mengatasi ketidakseimbangan yang melebarkan jurang antara golongan kaya dan miskin yang berlaku di negeri Pulau Pinang hendaklah menjadi keutamaan dalam polisi kerajaan , bukan hanya bertindak mencari dan meruntuhkan gerai-gerai kecil yang melanggar peraturan.

Selaian itu , TERAS  berpendapat apa yang perlu ditangani juga ialah isu bagaimana kaum bumiputera yang sudah ada pelbagai agensi untuk membantu nasib mereka , mengambil daya usha sendiri agar dapat memanfaatkan bantuan yang ada disamping memperbetulkan kepincangan yang berlaku akibat salahguna kuasa serta salah urustadbir agensi-agensi berkenaan.

TERAS menegaskan bahawa faktor penyelewengan urustadbir pelbagai agensi-agensi pusat dan negeri yang ada menyumbang kepada keadaan kaum Melayu yang terpinggir di negeri ini.

TERAS juga menyatakan pendirian yang tegas bahawa kerajaan negeri Pulau Pinang perlu mengambil sikap yang terbuka supaya rintihan serta sungutan dan kemarahan masyarakat Melayu akibat pelbagai tindakan meruntuhkan gerai dan kawasan perniagaan kecil Melayu yang dilakukan , di perbetulkan segera. Tindakan yang menambah burukkan lagi keadaan terhimpitnya peniaga kecil Melayu  tidak boleh hanya diselesaikan melalui undang-undang.

Alternatif penempatan yang manasabah kepada semua peniaga kecil semada kaum bumiputera mahupun bukan bumiputera yang didapati berada dilokasi yang tidak sesuai hendaklah dibincang dengan terperinci sehingga berlaku keadaan menang-menang.

Mohd Azmi Abdul Hamid

Presiden TERAS

Advertisements
Perihal

TERAS PENGUPAYAAN MELAYU, sebuah badan bukan kerajaan yang memperjuangkan agenda melayu

Dikirim dalam Minda Presiden

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Perhubungan TERAS

Bagi mendapatkan maklumat lebih lanjut mengenai TERAS Pengupayaan Melayu (TERAS), sila hubungi:

Salman Siddiqiy (019-4013782)
Cikgu Azmi (019-4744856)
Tarmizi (017-5606131)

KELAS BAHASA ARAB
(selangkah memahami al-Quran dan As-sunnah)
Di Kiosk Palestin, Sungai Petani
Hubungi : Ustaz Salman 019-4013782

laman utama
Jumlah Pengunjung
  • 330,879 hits
Kalendar
Februari 2010
I S R K J S A
« Jan   Mac »
1234567
891011121314
15161718192021
22232425262728
%d bloggers like this: