Mewarnai semula assobiyyah MELAYU tidak menjamin “survival” bangsa

TERAS merakamkan tahniah kepada Perkasa dalam melancarkan mesyuarat agung pertamanya kelmarin.

Dengan syarat ia benar-benar berlandaskan Islam seutuhnya dan bukan qaumiyyah assobiyyah TERAS berpendapat apa sahaja badan Melayu yang ditubuhkan boleh menyumbang kepada mengembalikan maruah dan harakat bangsa.

Tanpa pendirian yang tegas dan program yang jelas berciri Islam dalam pernyataan dan kenyataan , kami berpendapat pertubuhan ini tidak akan kemana-mana.

Menempa sejarah tidak mungkin  hanya dengan laungan tetapi perlu dengan program nyata yang sangat konsisten dan rapi yang menyerlahkan ketinggian akhlaq dan agenda Islam yang cukup menyeluruh.

Hanya kerana mahu kelihatan sebagai juara yang lantang dan mendapat tempat dalam media massa tidak memenuhi syarat untuk menjadi sebuah gerakan yang bertahan lama.

Slogan yang diutarakan untuk mempertahankan hak istimewa orang Melayu dan kedudukan Islam tidak boleh hanya sebuah retorik emosional.

Pada hakikatnya apa yang dislogankan oleh Perkasa bukan suatu yang baru. Sudah berapa perhimpunan Melayu di adakan yang menjadikan tema Hidup Melayu bila ada isu kedudukan Melayu dipersoalkan.

Sememangnya perhimpunan Melayu mudah dan boleh digembleng disaat politik bangsa yang sudah bercelaru.

Siapa dikalangan orang Melayu yang tidak tersentuh bila statusnya bangsa diapi-apikan tergugat dan sentimennya dibakar dengan laungan bahawa hak bangsa sudah diceroboh.

Dalam suasana yang dipanaskan oleh politik perkauman yang terus-menerus menjadi isu paling mudah menyentuh sentimen , emosi Melayu akan cepat terusik untuk menarik perhatian.

Namun pada realitinya sudah puluhan tahun emosi Melayu sering diusik seperti yang dilakukan oleh Perkasa , akan tetapi keutuhan orang Melayu tetap berada pada takok yang sama.

Bukankah 52 tahun kemerdekaan negara adalah tempoh yang cukup panjang untuk Melayu sepatutnya berada ditahap yang utuh dan tidak mudah digugat.?

Apakah dengan kepimpinan yang selama ini diterajui oleh pemimpin-pemimpin UMNO ternyata gagal mempertahankan hak orang Melayu.?

Kenapa analisa yang tulus dan jujur tidak dilakukan untuk mencari punca sebenar kenapa Melayu mudah digugat ditangan  UMNO?

Apa yang dilakukan selama ini, dengan segala kuasa yang diamanahkan kepada pemimpin-pemimpin Melayu UMNO termasuk Ibrahim Ali yang pernah berada dalam kerajaan pada suatu ketika dahulu .

Perpecahan dan politik cantas mencantas itulah budaya yang berterusan dilagukan dipelbagai bilek perancang dan konspirasi politik sesama Melayu. Siapa yang membudayakan politik semacam ini , sesudah 52 tahun memerintah negara?

Menjadi juara mempertahankan hak Melayu setepatnya hanya akan menjadi bermakna jika dilihat kepada fakta dan kenyataan yang dapat disaksikan secara realistik.

Disamping laungan bersama dengan keris terhulur tidak membayangkan gah yang selaras dengan kenyataan , kami juga berpendapat Melayu yang hilang jati diri Islam yang tidak menjadi teras kepada perjuangan juga tidak membawa makna apa-apa.

Simbol kepahlawanan dan keperwiraan Melayu tidak semasakali dapat dibuktikan hanya dengan sebilah keris dan serangkai kata-kata yang sarat dengan emosi.

Dunia sebenar tetap mengukur bahawa kemantapan dan mutu berfikir , kecemerlangan keilmuan , keutuhan kepimpinan , kemurniaan intergriti , kekuatan ekonomi , dan keupayaan membangun sumber insan yang berkualiti , menjadi indikator martabat sesuatu bangsa yang sebenar.

TERAS khuatir gejala assobiyyah muncul semula dan akhirnya bukan untuk memartabatkan Islam sebagai teras kebangkitan Melayu tetapi atas kepentingan politikus Melayu  yang telah hilang tempat dalam arus perdana politik nasional.

Mohd Azmi Abdul Hamid

Presiden TERAS

Advertisements
Perihal

TERAS PENGUPAYAAN MELAYU, sebuah badan bukan kerajaan yang memperjuangkan agenda melayu

Dikirim dalam Minda Presiden

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Perhubungan TERAS

Bagi mendapatkan maklumat lebih lanjut mengenai TERAS Pengupayaan Melayu (TERAS), sila hubungi:

Salman Siddiqiy (019-4013782)
Cikgu Azmi (019-4744856)
Tarmizi (017-5606131)

KELAS BAHASA ARAB
(selangkah memahami al-Quran dan As-sunnah)
Di Kiosk Palestin, Sungai Petani
Hubungi : Ustaz Salman 019-4013782

laman utama
Jumlah Pengunjung
  • 342,480 hits
Kalendar
Mac 2010
I S R K J S A
« Feb   Apr »
1234567
891011121314
15161718192021
22232425262728
293031  
%d bloggers like this: