MEB perlu jelas mekenisma bantu kaum Melayu

TERAS berpendapat MEB yang diistiharkan oeh PM belum jelas menunjukkan mekanisme dan sasaran untuk memastikan pembangunan ekonomi Melayu dapat dicapai.

Berbanding DEB sasaran 30% setidak-tidaknya menjadi sasaran yang dapat diukur pencapaiannya. Walaupun DEB teah gagal dicapai akibat pendekatan dan mekanisme yang disalahurus , namun DEB kelihatan lebih jelas sasaran yang hendak dicapai untuk orang Melayu.

Sementara MPEN menyatakan bahawa kapasiti usahawan Melayu akan dipertingkat melalui bantuan , akan tetapi hambatan sebenar pembangunan ekonomi masyarakat Melayu ialah mekanisme penyampaian yang telah dicacatkan oleh urustadbir yang pincang.

Sebagai contoh bekas PM Tun Abdullah Badawi pernah mendedahkan betapa ketirisan dalam perlaksanaan pelbagai projek untuk kaum bumiputera sangat tinggi. Ertinya peruntukan untuk membangun ekonomi Melayu tidak kesampaian adalah lantaran pengurusan agensi-agensi yang diperrtanggungjawabkan tidak berjalan seperti yang diharapkan.

Jika sasaran mencapai pendapatan tinggi secara menyeluruh sehingga ke tahap RM20,000-30,000 per kapita rakyat Malaysia hendak dicapai menjelang 2020 , ia tetap tidak boleh menjamin kedudukan orang Melayu terjamin kerana pendapatan bumiputera maseh berada ditahap terbawah berbanding kaum lain hatta setaah 2 tahun DEB dilaksanakan.

TERAS khuatir ukuran menyeluruh untuk mencapai pendapatan tinggi akan menengelam kepentingan orang Melayu kerana insiden kemiskinan bumiputera jauh lebih tinggi.

Sementara TERAS tidak menafikan hak semua kaum untuk mendapat ni’mat dari pembangunan , namun hendaklah diingat sepanjang DEB berjalan tidak berlaku hak bukan Meayu terjejas. Malah yang nyata dalam perlaksanaan dasar tersebut asset orang Melayulah yang sebenarnya mengincup.

TERAS dengan itu membantah jika Suruhanjaya khas yang diujudkan untuk melaksanakan persamaan anatara kaum tidak mengambilkira isu ketidakseimbangan antara kaum serta kedudukan orang Meayu dalam ekonomi negara.

Model yang terlalu bersandar kepada pasaran bebas akan mendedahkan negara kepada ketidaktentuan . TERAS menuntut agar keadilan ekonomi dalam konteks realiti ekonomi orang Melayu perlu diutamakan dan bukan hanya melayan pasaran bebas untuk mencapai tahap pendapatan tinggi.

Mohd Azmi Abdul Hamid

Presiden TERAS Pengupayaan Melayu

Advertisements
Perihal

TERAS PENGUPAYAAN MELAYU, sebuah badan bukan kerajaan yang memperjuangkan agenda melayu

Dikirim dalam Minda Presiden

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Perhubungan TERAS

Bagi mendapatkan maklumat lebih lanjut mengenai TERAS Pengupayaan Melayu (TERAS), sila hubungi:

Salman Siddiqiy (019-4013782)
Cikgu Azmi (019-4744856)
Tarmizi (017-5606131)

KELAS BAHASA ARAB
(selangkah memahami al-Quran dan As-sunnah)
Di Kiosk Palestin, Sungai Petani
Hubungi : Ustaz Salman 019-4013782

laman utama
Jumlah Pengunjung
  • 330,515 hits
Kalendar
April 2010
I S R K J S A
« Mac   Mei »
 1234
567891011
12131415161718
19202122232425
2627282930  
%d bloggers like this: