MAPIM MOHON KERAJAAN MALAYSIA AGAR BERTINDAK MENJAGA KESELAMATAN MISI KAPAL KE GAZA

YAB Datuk Seri Najib Tun Razak

Perdana Menteri Malaysia

Assalamualaikum wr.wb.

Kami dari MAPIM yang terdiri dari 24 buah organisasi Islam seluruh Malaysia memohon perhatian dan tindakan sewajarnya dari pihak YAB Datuk Seri.

Seperti yang YAB Datuk Seri sedia maklum suatu misi kapal yang kini berhimpun di Turki dari Ireland , Greece , Sweden , Free Gaza Movement , Malaysia  sedang bersiap belayar ke Gaza untuk memecah sekatan Israel dan menyampikan bantuan kepada Gaza.

MAPIM menggesa kerajaan Malaysia dan seluruh ahli Parlimen supaya bertindak untuk mengambil langkah perlu  bagi menjaga keselamatan misi kapal yang menghantar bantuan kemanusiaan kepada Gaza dalam beberapa hari ini.

Kerajaan Malaysia perlu mengguna pengaruhnya untuk memberi tekanan antarabangsa terhadap Isarel yang bersikap angkuh dan degil menyekat dan menindas penduduk Gaza serta menafikan kemasukan bantuan kemanusiaan kepada Gaza.

Gesaan kami adalah berdasarkan sikap dan pendirian angkuh Israel dan amaran yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa Israel yang mahu menyekat dan mungkin mengambil tindakan militeri terhadap misi kapal yang digelar Freedom Flotilla.

Gerakan Pembebasan Gaza ( Free Gaza Movement) atas nama Freedom Flotilla dengan beberapa  organisasi lain yang mengambil inisiatif menganjurkan usha pelayaran 8 buah kapal penumpang dan kargo kini sedang bergerak ke arah Gaza melalui laut Mediterranian untuk masuk ke pelabuhan Gaza.

Matlamat misi kapal ini adalah untuk memecah kepungan Israel terhadap Gaza dan menyampaikan bantuan berupa ubatan , alat persekolahan dan bahan binaan untuk rakyat Gaza yang sedang menderita sejak polisi mengepung Gaza yang dikenakan oleh Israel dan serangan ganas Israel yang dilancarkan ke atas Gaza  selama 22 hari pada awal 2009 yang lalu.

MAPIM mendapati tindakan Israel yang cuba menghalang kemasukan kapal-kapal kemanusiaan tersebut tidak boleh diterima dan mesti dicabar. Ia bukan sahaja melanggar undang-undang maritim antarabangsa malah menafikan hak asasi  penduduk Gaza.

MAPIM menggesa kerajaan Malaysia segera menghantar nota desakan supaya pejabat Setiausaha Agung PBB mengambil langkah segera supaya misi kapal yang membawa lebih 600 orang penumpang dari 20 negara  yang terdiri dikalangan  ahli parlimen , tokoh jurnalis , ahli akedemik dan aktivis NGO antarabangsa serta  ahli media bersama lebih 20,000 ton bahan bantuan , dilindungi dari sebarang tindakan agresif pihak Israel.

Kerajaan Malaysia juga sewajarnya menimbangkan agar satu kapal pengiring khas dihantar untuk memastikan kapal kemanusiaan itu dapat sampai dan barang bantuan disalurkan kepada rakyat Gaza.

MAPIM merasakan ini wajar dipertimbangkan . Malaysia secara langsung juga terlibat dengan misi ini kerana sebuah kapal khas hasil dari wang derma yang dikumpulan dikalangan rakyat Malaysia telah dibeli melalui Perdana Global  Peace Organization .

MAPIM menyeru ahli Parlimen Malaysia juga mengambil daya usaha untuk memberi tekanan kepada badan antarabangsa seperti PBB , Kesatuan Eropah dan OIC supaya misi kapal tersebut mencapai matlamat menyelamat penduduk Gaza. Sidang Parlimen yang akan datang ini perlu mengeluarkan suatu usul khas untuk mengutuk Israel dan mendesak suapaya tindakan undang-undang diambil ke atas Israel. Masyarakat dunia perlu mengisitiharkan Israel dan Amerika yang turut mendokong kezaliman ini dipertunggjawabkan  ke atas penderitaan yang dialami oleh rakyat Palestin di Gaza khasnya dan diseluruh Palestin amnya.

Tindakan dan maklumbalas dari pihak YAB Datuk Seri sangat diharapkan.

Sekian Wassalam

Yang benar,

Mohd Azmi Abdul Hamid

Setiausaha Agung MAPIM/ Presiden TERAS Pengupayaan Melayu

Advertisements
Perihal

TERAS PENGUPAYAAN MELAYU, sebuah badan bukan kerajaan yang memperjuangkan agenda melayu

Dikirim dalam Minda Presiden
One comment on “MAPIM MOHON KERAJAAN MALAYSIA AGAR BERTINDAK MENJAGA KESELAMATAN MISI KAPAL KE GAZA
  1. fahiz10 says:

    Salam Tuan Hj AZMI…sy sungguh terharu dengan perjuangan MAPIM dan TERAS dalam membantu rakyat PALESTIN…tertarik dengan 24 buah organisasi Islam seluruh Malaysia yang terlibat sama….di sini saya ingin mendapat jasa baik Tuan Hj untuk menyenaraikan kesemua 24 pertubuhan tersebut…sekian…Wassalam..

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Perhubungan TERAS

Bagi mendapatkan maklumat lebih lanjut mengenai TERAS Pengupayaan Melayu (TERAS), sila hubungi:

Salman Siddiqiy (019-4013782)
Cikgu Azmi (019-4744856)
Tarmizi (017-5606131)

KELAS BAHASA ARAB
(selangkah memahami al-Quran dan As-sunnah)
Di Kiosk Palestin, Sungai Petani
Hubungi : Ustaz Salman 019-4013782

laman utama
Jumlah Pengunjung
  • 323,876 hits
Kalendar
Mei 2010
M T W T F S S
« Apr   Jun »
 12
3456789
10111213141516
17181920212223
24252627282930
31  
%d bloggers like this: