MAPIM desak semua barangan bantuan kemanusiaan yang dirampas dituntut semula

Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM) mengesa kerajaan Malaysia menggunakan seluruh pengaruh dan keupayaannya untuk mendesak PBB dan Majlis Keselamatan serta Mahkamah Jenayah Antarabangsa supaya semua barangan bantuan kemanusiaan yang dirampas tentera Israel dari kapal-kapal freedom flotilla dituntut semula.

Israel tidak boleh dibiarkan dengan tindakan seperti lanun dan penyangak antarabangsa itu kerana rakyat Gaza berhak mendapat bantuan yang telah disumbang oleh masyarakat dunia untuk merengankan kesengsaraan yang dideritai rakyat Gaza semenjak beberapa tahun yang lalu..

Merampas dan merosakkan barangan bantuan tersebut adalah jenayah yang mesti dipertanggungjawabkan oleh Israel.

PBB mesti memastikan barangan tersebut tidak dirosakkan dan tidak diguna oleh Israel untuk tujuan mereka. Suatu misi khas dari PBB mesti dihantar sertamerta ke Israel untuk membuat inspeksi ke atas semua barangan yang dirampas.

Israel mesti didakwa di Mahkamah Jenayah Antarabangsa atas pelanggaran yang biadab terhadap undang-undang antarabangsa bila barangan dirampas tanpa sebab yang boleh diterima..

Bukan itu sahaja malah tentara Israel telah merampas segala barangan milik peribadi para aktivis misi kapla kemanusiaan itu seperti pasport , kamera , komputer dan telefon bimbit…

Kami mendesak kerajaan Malaysia jangan hanya selesa dengan dapat membawa pulang aktivis Malaysia balik ke negara dengan selamat tetapi hendaklah melihat secara lebih menyeluruh kesan dari tindakan ganas Israel itu.

Israel telah melakukan jenayah antarabangsa atas nama sebuah negara yang layak , akibat perbuatan ganas itu , Israel dilabel sebagai negara pengganas nombor satu didunia.

Malaysia juga harus mengambil tanggungjawab betapa dengan membiarkan Israel melakukan jenayah secara terang-terangan ke atas kapal kemanusiaan itu , termasuk ke atas kapal yang dibeli dengan mengguna wang derma orang ramai di Malaysia , akan melepaskan Israel dari hukuman yang sepatutnya di kenakan ke atas negara penjenayah itu.

Kami mengandaikan barangan bantuan yang bernilai jutaan dolar itu mungkin akan dimusnah atau diguna oleh Israel sendiri .

Bantuan yang dirampas Israel itu menafikan hak kanak-kanak Palestin di Gaza untuk mendapat ubatan dan keperluan persekolahan yang sangat minima. Begitu juga keperluan asas untuk kehidupan seharian penduduk Gaza , juga dinafikan. Kini hampir 85 % keperluan harian di Gaza bergantung kepada bantuan dari luar.

Dengan membiarkan barangan itu tidak dituntut semula bermakna membiarkan penjenayah Israel itu bebas dari hukuman yang sepatutnya dikenakan.

Kami berpendirian bahawa Malaysia mesti bersuara dengan lantang terhadap insiden yang samasekali tidak boleh diterima ini.

Sebagai salah sebuah negara anggota dalam PBB , NAM , OIC , ASEAN , Commonwealth dan APEC , kerajaan Malaysia semestinya boleh melakukan desakan untuk menuntut semula barangan bantuan yang dirampas Israel atau Israel dihukum dengan memaksa membayar pampasan yang maksimal terhadap semua barangan yang dirampas dari freedom flotilla tersebut. , .

PBB selayaknya bertindak dengan tegas terhadap Israel. Suatu keputusan yang tidak bertolak ansur terhadap Israel mesti dilakukan.

Berikut ialah tuntutan MAPIM terhadap seluruh masyarakat dunia untuk diambil tindakan:: :

1. Israel mesti meminta maaf kepada seluruh dunia dan mengaku kesalahannya melanggar undang-undang antarabangsa

2. Israel mesti didakwa di Mahkamah Jenayah Antarabangsa kerana melakukan keganasan menyerang kapal bantuan kemanusiaan di laut antarabangsa.

3. Israel mesti dipaksa membayar pampasan kepada seluruh keluarga mangsa yang dibunuh dan ditembak sehingga mencedarakan puluhan aktivis.

4. Israel mesti membebaskan Gaza dari sekatan yang telah dilakukan semenjak 2005 dan semua kerosakan dan mereka yang terbunuh dalam serangan 22 hari pada Disember 2008- Januari 2009 mesti mendapat pembelaaan disisi undang-undang antarabangsa sebagaimana yang telah diputuskan hasil dari penelitian Goldstone.

5. Kapal dalam misi kemanusiaan Freedom Flotilla yang maseh belum sampai diperairan Gaza dijamin keselamatannya untuk meneruskan objektif menyampaikan bantuan tersebut kepada rakyat Gaza.

6. Siasatan sertamerta mesti lancarkan oleh PBB ke atas keganasan Israel terhadap aktivis antarabangsa yang mengakibatkan beberapa orang terbunuh dan puluhan yang lain tercedara..

7. Oleh kerana keganasan ini lakukan atas nama sebuah negara maka PBB mesti bersidang khas untuk Israel di gantung keanggotaannya di PBB.

8.Israel mesti dipinggirkan oleh dunia dalam semua aspek : politik , ekonomi, sosial , pendidikan dan budaya.. Boikot terhadap Israel mesti dilancarkan secara menyeluruh.

9. Amerika mesti menghentikan bekalan semua senjata ketenteraan kepada Israel dan seluruh masyarakat dunia bangkit menyatakan bantahan kepada Amerika yang secara terang-terangan menyokong Israel menyerang kapal kemanusiaan.

10. Seluruh masyarakat dunia mengadakan Hari Kemarahan seperti yang dianjurkan oleh

Syeikh Dr. Yusuf Qardhawi bagi menyatakan kemarahan yang jelas kepada Israel dan negara-negara yang mendokong tindakan Israel.

Mohd Azmi Abdul Hamid

Setiausha Agung MAPIM

Advertisements
Perihal

TERAS PENGUPAYAAN MELAYU, sebuah badan bukan kerajaan yang memperjuangkan agenda melayu

Dikirim dalam Minda Presiden

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Perhubungan TERAS

Bagi mendapatkan maklumat lebih lanjut mengenai TERAS Pengupayaan Melayu (TERAS), sila hubungi:

Salman Siddiqiy (019-4013782)
Cikgu Azmi (019-4744856)
Tarmizi (017-5606131)

KELAS BAHASA ARAB
(selangkah memahami al-Quran dan As-sunnah)
Di Kiosk Palestin, Sungai Petani
Hubungi : Ustaz Salman 019-4013782

laman utama
Jumlah Pengunjung
  • 342,480 hits
Kalendar
Jun 2010
I S R K J S A
« Mei   Jul »
 123456
78910111213
14151617181920
21222324252627
282930  
%d bloggers like this: