MAPIM dan SHURA mengecam tindakan membenarkan kapal Israel berlabuh di Pelabuhan Klang

MAPIM dan SHURA(Sekretariat Himpunan Ulama Rantau Asia) mendesak kerajaan menjelaskan kenapa membenarkan kapal Israel ZIM yang berdaftar di Israel berlabuh di Pelabuhan Barat , Klang. Pendedahan yang telah dibuat di dalam rencana Utusan Malaysia pada 9hb Jun2010 membuktikan pada haikatnya kerajaan tidak konsisten dalam hal hubungannya dengan Israel.

Makluman bahawa ada juga barangan dari negara rejim Yahudi ini memasuki negara ini , semada secara terus atau dari negara ketiga adalah amat mengejutkan.

Persoalan yang ditanya benarkah Israel diizinkan memasuki ke pelabuhan kita dan mengadakan aktiviti perdagangan dengan negara ini , secara jelas telah dijawab oleh Menteri Pengangkutan hari ini.

MAPIM dan SHURA amat kesal dengan pendedahan yang menunjukkan hiprokasi yang amat nyata.

Anehnya ketika usul khas di Parlimen dibentangkan oleh Perdana Menteri pada 7hb Jun 2010 yang lalu berkaitan dengan kecaman dan tindakan yang akan dibawa oleh kerajaan Malaysia ke PBB untuk bertindak ke atas Israel , tiba-tiba pada hari yang sama itu juga dilaporkan kapal bernama Zim Genova milik syarikat Zim Israel Navigation Company berlabuh di Pelabuhan Klang membawa kargo-kargo yang besar.

Lebih pelik lagi dilapor oleh rencana tersebut selain Zim Genova, kapal-kapal Zim lain yang berulang-alik ke Pelabuhan Klang ialah Zim USA (didaftarkan di Israel), Zim Kingston, Zim Monaco (pelabuhan terakhir: Pelabuhan Klang enam hari lalu), Zim Dalian dan Zim Lovorno (yang kesemuanya didaftarkan di beberapa buah negara lain).

MAPIM dan SHURA terkejut bagaimana pula ada rundingan senyap hubungan perdagangan atau perkhidmatan pelabuhan dilakukan dengan syarikat perkapalan Israel dengan Malaysia.

Ini sudah pasti suatu penipuan kepada rakyat Malaysia dan dunia umumnya , betapa Malaysia bertalam dua muka dalam perhubungannya dengan Israel.

Kenyataannya bila kapal kemanusiaan Mavi Marmara dan Racheal Corrie yang disertai rakyat Malaysia kita dihalau dan diserang di pengairan antarabangsa kenapa pula kapal Israel sewenang-wenangnya dibenarkan berlayar dan berdagang di negara ini!

Tepat sekali bila rencana itu bertanya bolehkah pula kapal MISC kita memasuki Pelabuhan Haifa di Israel? Jawapannya, tidak.

MAPIM dan SHURA berpendirian dengan jawapan jelas pihak Kementerian Pengangkutan bahawa kapal Israel dibenar berdagang di Malaysia , membuktikan Malaysia telah mengkhianati Rakyat Palestin.

Walau apapun syarat dan peraturan dikenakan ke atas kapal Israel , membenarkan kapal tersebut berlabuh itu sendiri adalah suatu tindakan yang bertentangan dengan sikap yang diambil oleh seluruh rakyat Malaysia dan semangat dari usul yang diluluskan di Parlimen baru-baru ini..

Penjelasan Kementerian bahawa pihak West Port menetapkan syarat kepada kapal Israel itu tidak boleh diterima samasekali. Jika Malaysia mempunyai dasar tidak mahu ada apa-apa hubungan dengan negara yang tidak ditiktiraf , kenapa kapal itu dibenarkan masuk dan berlabuh di Klang?

MAPIM dan SHURA dengan itu mendesak supaya kerajaan mengarahkan kapal itu keluar dari pelabuhan Klang dan menyatakan dengan jelas bahawa tidak ada lagi kapal Israel yang akan dibenarkan berlabuh di pengairan Malaysia.

Mohd Azmi Abdul Hamid (Setiuausha Agung MAPIM)

Abdul Ghani Samsuddin (Pengerusi SHURA)

Advertisements
Perihal

TERAS PENGUPAYAAN MELAYU, sebuah badan bukan kerajaan yang memperjuangkan agenda melayu

Dikirim dalam Minda Presiden

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Perhubungan TERAS

Bagi mendapatkan maklumat lebih lanjut mengenai TERAS Pengupayaan Melayu (TERAS), sila hubungi:

Salman Siddiqiy (019-4013782)
Cikgu Azmi (019-4744856)
Tarmizi (017-5606131)

KELAS BAHASA ARAB
(selangkah memahami al-Quran dan As-sunnah)
Di Kiosk Palestin, Sungai Petani
Hubungi : Ustaz Salman 019-4013782

laman utama
Jumlah Pengunjung
  • 340,661 hits
Kalendar
Jun 2010
I S R K J S A
« Mei   Jul »
 123456
78910111213
14151617181920
21222324252627
282930  
%d bloggers like this: